"Saya... Penat"
Aish, sejak keluar dari tandas lagi dia ulang benda yang sama. Kalau dia nak luah, takpelah juga. Ini tidak, saya penat saya penat saya penat. Dia lagi penat dengar benda yang sama! Nak bernanah telinga!
Lelaki itu berhenti dan hampir sahaja Hana melanggar belakang badannya. Uish, kalau langgar ni patah tak hidung dia? Pernah jugaklah dengar Farisya kata waktu sekolah rendah dulu. Dia terlanggar badan seseorang lelaki ni dan hidung dia sakit. Terus dia anggap scene tu tak romantik.
Herm, Farisya lagi...
Susahnya nak lupakan! Rasa macam nak nangis je! "Saya... penat"
"Dasar cengeng. Cakap jelah" kata Hazriq dengan menekankan sedikit. Marah agaknya?
Hana pula dah terkejut. Woi, mana sifat baik dan lembut kau tadi? Alih-alih keluar dari tandas kau panggil aku cengeng? Dasar ais batu!
Ni kalau aku cekik ni, haa puas hati!
Hazriq beriak kosong sebelum mengalihkan pandangannya ke hadapan. Langkah diaturkan. "Kutuk aku lah tu"
Sekali lagi, terkejut. Dia dapat baca fikiran dirinya! Hueee, ibu tolong!
"Takde lah, penat. Kenapa semua menjauh dari saya? Takkan lah disebabkan kebenaran perlu diselutupi dengan kesalahan orang lain? Diaorang sedar tak yang mereka dah kecilkan hati saya? Dengan ini, pada masa kedepannya apa yang mereka akan dapat? Kepuasan?"
Hana berhenti seketika sambil langkah mereka menuju ke kantin. Masih ada masa. Kalau sempat, bolehlah beli air untuk hilangkan dahaga.
Manakala Hazriq hanya mendengar sambil menyilangkan tangan dan kadang-kadang dia mengangguk kepala. Faham-faham. Sila teruskan.
"Apa diaorang tak takut kematian dengan dosa yang telah diaorang dah buat? Apa semua ni diaorang buat hanya ketawa semata-mata?"
"Saya takut juga. Kalau ayah dan ibu saya tahu pasal ni, teruk nanti"
Selepas itu, Hana menunduk sedikit dan sunyi. Sekurang-kurangnya ada juga yang mendengar. Tapi Hana mengharapkan juga balasan atau komen apa-apa. Alah, cer komen sikit!
"Kau tahu tak?" Susuk lelaki disebelahnya ditatap. Dia nak bagi komen ke?
"Apa yang kau cakap tu betul. Semua akan merasa sakit. Mungkin dari fizikal atau mental. Ataupun kedua-duanya sekali. Dan kau kena tahu juga, kadang-kadang apa yang mereka buat ni sekadar untuk lupakan sesuatu yang bernama kesakitan," terang Hazriq yang masih berjalan dengan santai dan cuba mengabaikan pandangan mata Hana dengan menatap sekeliling.
"Kekayaan, keseronokan, kebahagian. Mereka cuba capai semua benda tu dan kebanyakan mereka mengambil jalan yang berbagai arah. Tak terkira. Seperti membuli, merompak, kelab malam, arak, atau selalunya bagi lelaki adalah perempuan,"
"Dan yang paling orang buat ialah merungut."
Hana terkesima. Dia sedar, sepatutnya dia tidak mempersoalkan semua benda ni malah dia perlu bersyukur kerana masih ada sepasang suami isteri yang menyayanginya.
Minda Hana terus membayangi wajah kedua orang tuanya. Nampaknya, perbincangan kaunseling hari ini berjalan dengan lancar ya?
Hazriq tiba-tiba merasa bosan melihat Hana yang asyik tunduk terus menerus. Dia rasa wajah dia lagi bersih daripada lantai itu.
Pandanglah aku...
Pandanglah aku!
Argh!
Jap, aku ambik perhatian kau.
YOU ARE READING
Samseng Handsome Itu Abang Aku!
Ação"Memang persis seorang gangster tapi percayalah, dalam hati ada taman" Hazriq Anwar, bekas pelajar SMK Damansara Tinggi di Kuala Lumpur memulakan buku kehidupan barunya di Terengganu. Malang bagi dirinya apabila dia ditempatkan di sekolah berprest...