Loceng tamat pembelajaran bergema. Kelihatan pelajar berpusu-pusu keluar dari perkarangan sekolah. Haih, tak sabarnya nak balik terus tidur! Sedap tak terkata!
Eh, jangan tiru keh?
Langkah Hana hanya datar sahaja. Tiada semangat langsung kalau tiada lelaki bernama Hazriq disisinya. Entah kenapa dia memerlukan lelaki itu untuk jadi teman bualnya. Bosan sangat!
Mungkin buat pertama kalinya selepas kejadian yang menjadi kisah silamnya, ada seseorang yang mahu berbual dengannya selain Nuran dan Haris. Kalaulah lelaki itu mengetahui kisah silam yang menghantuinya, mahukan lelaki itu berkawan dengannya lagi?
Disebabkan terlalu terleka, ada sesuatu yang bakal berlaku kepadanya tanpa diduga. Syazwan dan Qaisara tersenyum sinis, seronok dengan apa yang dirancang untuk gadis itu. Harap-haraplah kena, penat sahaja mereka merancang dan mengangkat sebaldi air. Berat tahu?
Mereka berdua kini ada ditingkat atas satu. Mengikut apa yang dirancang, lagi enam tapak kaki gadis itu melangkah, mereka akan menuangkan air keatasnya.
"Lagi tiga tapak, lepas tu kita tuang" ujar Qaisara dan Syazwan mengangguk tanda faham dan tahu. Perempuan ni, aku tahulah! Aku yang rancang semua ni, dia pula yang lebih-lebih. Nasib sayang...
"Tiga, dua..." Syazwan mengira dengan nada berbisik. Senyuman mula terukir. Bayangkan, nikmat suara jeritan Hana sebentar lagi dengan baju yang sudah basah lencun.
Walaupun dia tahu, kenapa perempuan selalu menjerit kalau bajunya basah.
Kali ini pula, Qaisara tersenyum sinis, "Sa- Eh?"
Baldi yang dipenuhi air itu tidak jadi dituangkan dan diletakkan ditepi mereka. Pandangan Syazwan memandang seorang lelaki yang menariknya ketepi dan mula keluar menggunakan pagar belakang sekolah. Ramai yang tidak keluar ikut pagar itu kerana agak jauh.
"Kenapa dia pergi tolong perempuan tu?" soal Syazwan dengan hairan dan memandang Qaisara untuk meminta jawapan tetapi tiada balasan. Muka gadis disebelahnya agak marah dan baginya, mungkin plan nya tidak menjadi hari ni. Ya, Syazwan pasti!
'Siap kau Hana. Jangan rapat dengan crush aku! Tunggulah esok,' Qaisara tersenyum mereng sambil matanya memandang Hana yang masih ditarik oleh Hazriq, membawa pergi dari situ.
***
"A-Awak! Lepaslah! Sakit tangan saya!"
Dengan pantas Hazriq melepaskan pegangannya dari tadi sampai pagar belakang sekolah. Kesian pula terhadap gadis itu, dipermainkan sesuka hati. Tambah lagi sudah memerah lengan dia apabila ditarik.
"Sorry, tapi tak perasan ke ada orang nak kenakan kau?" Hazriq menyoal dan Hana hanya menggeleng sahaja. Langsung tidak tahu menahu.
Hazriq berdecit perlahan, perangai gadis ini memang pelik. Sepertinya seorang yang polos tetapi pintar dalam pembelajaran. Tapi dirinya? Dingin plus pendiam tetapi nak skor A pun susah.
Baguslah sedar diri-
"Ka-kalau tak ada apa-apa saya balik dulu?" Hana terus keluar dari pagar sekolah. Wajahnya tidak ceria, seceria di dalam kelas tadi. Lelaki itu memahami perasannya sekarang. Dalam diam, Hazriq mengekori nya dari belakang.
Kadangkala Hazriq hairan dengan gadis itu. Langsung tidak perasan dengan persekitarannya. Dia yang nampak ada dua manusia yang bagus perangainya dari atas cuba untuk menuangkan air sebaldi keatas gadis itu dari jauh lagi sedangkan gadis itu? Tabah sajalah...
Kaki mereka berdua terhenti disebuah bagunan rumah tetapi Hazriq hanya berdiri jauh dari Hana. Kenapa dirinya rasa mahu menjejakkan kakinya kedalam rumah itu?
YOU ARE READING
Samseng Handsome Itu Abang Aku!
Hành động"Memang persis seorang gangster tapi percayalah, dalam hati ada taman" Hazriq Anwar, bekas pelajar SMK Damansara Tinggi di Kuala Lumpur memulakan buku kehidupan barunya di Terengganu. Malang bagi dirinya apabila dia ditempatkan di sekolah berprest...