"Dasar stalker, dia ingat kita tak boleh cari rumah dia? Aku pun bolehlah! Heh!"
"Alah, kau yang bagi ayat gula-gula dekat cikgu, memang lah dapat,"
Disitu juga, Haris memuncungkan bibirnya, tidak puas hati dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Nuran sebentar tadi.
Di mana lagi dia boleh dapat tahu alamat rumah Hazriq selain pihak sekolah? Takkan nak pergi balai polis pulak kot?
Tak pasal-pasal nanti diserbu beribu-ribu persoalan oleh polis.
"Tapi, kenapa ek Hazriq tu tak datang? Nak dekat tiga hari dah"
Mereka diamkan diri, tiada jawapan untuk itu. Bila mesej, tidak berbalas. Apatah lagi telefon lelaki itu. Seolah-olah, hilang.
Dan itu membuatkan gadis-gadis di sekolah itu makin tak keruan dengan alasan, tak dapat nak tengok wajah Hazriq.
"Hmm, kita dah sampai" kata Haris sebaik sahaja mereka menjumpai rumah yang mereka cari dan berhenti betul-betul dihadapan rumah itu.
"Kau... Pasti ke ini rumahnya?"
"K-kalau diikutkan alamat yang cikgu tulis atas kertas ni, betullah" kertas itu dilayangkan dihadapan dua gadis itu sebelum disimpan di dalam poket.
Okay, rumah dah jumpa tapi,
Kenapa rumah orang cina?
Haris mendekati loceng rumah dan menekan sebanyak tiga kali secara tiba-tiba membuatkan Hana dan Nuran terkejut.
Lelaki ni, memang tak sabar betul!
Disebabkan dah terlanjur menekan loceng, Hana kedepan dan mula memanggil tuan rumah. "Err, hai? Ada sesiapa tak?"
"Ya sekejap!"
Mereka bertiga memandang sesama sendiri apabila mendengar suara yang menyahut panggilan mereka.
Suara orang cina.
Wanita itu datang mendekati pagar yang masih terkunci untuk melihat siapa yang datang ke rumahnya.
"Oh, kamu rupanya Hana? Ada apa datang rumah auntie ni?" soalnya sambil tersenyum kearah mereka bertiga.
Walaupun pelik tetapi Hana tetap menjawab untuk soalannya,
Auntie ni... Kenal dirinya?
"Err um, ini rumah Hazriq kan?"
"Ya, kenapa ya?" Wanita cina itu sedikit resah dan itu membuatkan mereka bertiga pelik. Ada apa-apa yang terjadi ke dekat Hazriq?
"Kami nak tanya, kenapa Hazriq tak datang sekolah ek? Nak dekat tiga hari!" Haris terus bertanya tanpa menunggu lebih lama. Dahlah diluar ni panas!
Tapi wanita cina itu mengerut kan muka, tanda dia pelik dengan soalan tadi. "Eh? Bukan dengan kamu ke? Sebab haritu dia ada cakap maa, yang dia nak tidur rumah kawan dia, tak silap auntie eh, nama dia Haris,"
"Auntie pun tak tanya banyak sebab happy sangat maa. Hazriq tu, bukan rapat sangat dengan orang"
Jawapan yang detail itu membuatkan mereka terdiam. Hazriq tiada kat rumah dia, malah menipu tuan rumah.
Nuran berfikir, rasanya sekarang Hazriq ada masalah sampai dia perlu bertindak sebegini. Kan? Kalau tak takkanlah dia nak tipu.
"Saya Nuran, dan ini kawan saya Haris. Kami bertiga ni kawan dia. Boleh tak kami nak tahu, apa hubungan auntie dengan Hazriq?"
Wanita itu terkaku seketika sebelum menghela nafas, perlahan tapi masih sahaja dapat didengari oleh Nuran.
"Kami penjaga sementara dia saja maa,"
***
Penjaga sementara?
Apa maksud auntie cina tu?
Apa jadi dengan orang tua Hazriq? Dimana diaorang?
"Syaz, you nak buat apa lepas kita intip diaorang ni?"
Suara gadis disebelahnya menyentakkan lamunannya. Qaisara memandang dirinya dengan mata penuh harapan, semestinya mahu lebih tahu tentang Hazriq.
Apa kurang dirinya?
Kenapa Hazriq tu jugak semua orang nak? Semua orang suka?
Siaplah kau, Hazriq!
"Kita tunggu je, sebab kita tak tahu kemana Hazriq pergi dan begitu jugak dengan diaorang,"
Apa yang dikatakan oleh Syazwan tadi ada benarnya. Lokasi Hazriq masih misteri tapi sekurang-kurangnya dia dah tahu mana lelaki itu tinggal.
"Sekarang, biar aku arahkan yang lain intip diaorang bertiga ni. Kita tunggu je maklumat yang penting," balas Syazwan lagi sebagai penutup. Idea ini untuk membolehkan Qaisara menjarakkan diri dari mencari maklumat Hazriq dengan lebih lanjut. Boleh muak dia dengan nama Hazriq tu nanti.
"Ouh, okay!" Mendengar balasan Qaisara, Syazwan menghela nafas perlahan. Baiklah, wait and see.
***
"Hazriq?"
"Tak datang, cikgu!"
Mendengar balasan dari Ketua Kelas, Cikgu Harlini terus menggeleng kepala. Setakat hari ini, dah lima hari lelaki itu tidak sekolah, dan tiada khabar langsung.
Dan bila ditanya pula kepada penjaganya, mereka berdua pun tidak tahu kemana.
Tapi yang peliknya, kenapa penjaganya tidak membuat report polis? Ke diaorang anggap ini kes biasa-biasa?
"Okay, buka latihan semalam. Kita akan bincang sebelum masuk ke bab baru."
Guru itu mengambil sedikit masa untuk membuat persiapan mengajar. Pelajar -pelajar pula hanya beriak biasa sebelum ada seseorang berbisik kepada rakannya tetapi mampu didengar oleh satu kelas.
Kecuali guru itu yang masih leka cari marker pen :v
"Psst, hey. Kau nak tahu tak? Hazriq lari dari rumah sampai tak datang sekolah! Dia dah tak tahan dengan Hana sebab perempuan tu suka ugut-ugut dia!"
"Ye ke ni weh? Macam mana kau boleh tahu ni?" rakan disebelahnya mula ingin tahu apabila nama Hazriq menjadi topik utama.
"Ish adalah. Tapi, jahat kan si Hana tu? Kesian Prince kita."
"Ehem,"
Terus mereka terdiam dan melirik, rupa-rupanya suara mereka terdengar satu kelas dan terus menunduk, malu.
Rakan-rakannya pula berbisik sesama sendiri berkaitan dengan gosip yang didengar tadi. Adakah ianya benar? Adakah itu punca Hazriq tak hadir ke sekolah?
Tapi, macam tak juga.
Yelah, dia tu cool kot? Setakat kena ugut tu, alahai... tak ambil tahu pun takpe kan?
Bukannya Haris tak nampak yang Hana mula gelisah dan muram. Dia kenal riaksi itu, riaksi difitnah.
Dan, tak salah lagi, ini mesti kerja si Qaisara.
Perempuan tu, Ish memang-
"Okay, soalan pertama. Berdasarkan rajah yang diberi...."
=====×××▪▪▪°|♥️|°▪▪▪×××=====
:V
YOU ARE READING
Samseng Handsome Itu Abang Aku!
Acción"Memang persis seorang gangster tapi percayalah, dalam hati ada taman" Hazriq Anwar, bekas pelajar SMK Damansara Tinggi di Kuala Lumpur memulakan buku kehidupan barunya di Terengganu. Malang bagi dirinya apabila dia ditempatkan di sekolah berprest...