SHIAA : 13

0 0 0
                                    

"Bangun! Selamat pagi, Cikgu Khairul!"

"Selamat pagi, kamu semua boleh duduk," Semua murid 5 Neutron duduk semula. Buku yang akan belajar untuk subjek harini diletak kemas di atas meja.

Seketika, Hazriq menjeling Haris yang ada di hujung kelas sebelah kanan. Keningnya diangkat sebelah dan Haris mengangkat bahu, tanda tidak tahu selepas mengetahui apa yang Hazriq cuba sampaikan.

Mana Hana Delisya?

"Baiklah," Cikgu Khairul mengira pelajar yang masuk ke kelas. Kemudian dia melihat jumlah yang ada dalam buku kawalan kelas. Hurm, kurang satu. "Siapa yang tak ada dalam kelas?"

"Hana, Cikgu!" Farisya bersuara, lantang.

"Mana dia pergi? Tak tahu ke dah masuk waktu kelas?"

Buat yang tidak tahu, Cikgu Khairul adalah salah satu Cikgu Disiplin atau lebih tepat bawahan Cikgu Ain. Ketegasan dia memang luar biasa, pantang kalau tidak mengikuti peraturan. Tapi, kejam lagi Cikgu Ain ehe-

Satu kelas diam, tidak mahu membalas atau menyampuk. Kena kacau lagi ke dengan Qaisara? Eh, Qaisara kat ada dalam kelas. Farisya pun sama!

Syazwan? Mungkin juga, kerana lelaki itu duduk di kelas lain.

Tapi aish, takkanlah tak nampak kot mood dia hari ni? Bad bad semacam!

"Tak ada sesiapa ke yang tahu dia ke mana?" soal Cikgu Khairul lagi, kali ini lebih tegas nadanya. Melihat kesunyian satu kelas 5 Neutron, Cikgu Khairul terus memandang ke arah Hazriq yang tiba-tiba sahaja kelihatan segar, tak mengantuk seperti selalu.

"Hazriq Anwar, kamu tak tahu ke mana kawan kamu pergi?" Mendengar sahaja namanya dipanggil, wajah cikgunya dipandang dan digeleng perlahan. Sebenarnya dia malas nak menjawab apa ni semua.

Tak ke cikgu ni risau apa yang bakal terjadi dekat Hana? Atau perempuan itu memang sedang dalam kesusahan? Nak keluar dan mencari, sekolah ni besar kot! Lagi satu, Cikgu ni benarkan ke ada yang keluar dari kelasnya?

Tipikal tipikal Cikgu Garang.

"Takkan kamu tak tahu? Kamu duduk dekat sebelah dia, kamu mesti tahu!"

Hazriq bersabar dalam hati. Cikgu, yang cikgu ni dah terlebih caring ni dah kenapa? Perempuan tu bakal isteri cikgu ke? Menantu cikgu ke nak tahu semua kemana dia pergi? Cuba tanya sikit, tolong carikan di tandas. Ni tidak-

Lagipun, takkanlah semua apa yang Hana buat dia perlu tahu sebagai rakan sebelah bangku? Gila!

Oh lupa, kerja tambahan diaorang kan?

"Saya tak tahu cikgu"

"Cuba bagi jawapan lain sikit? Ini tidak, selalu bagi-"

"Dia bukan isteri saya pun sampai ke tandas nak kena ikut. Cikgu pun, fikir guna otak lah jugak. Dia takde mestilah ke tandas. Takkanlah pergi bunuh diri pulak. Bodoh punya cikgu. Simple macam ni pun nak kena explain kan"

Satu kelas senyap sebaik sahaja mendengar bait-bait kata Hazriq tadi. Berani gila! Sampai Cikgu Khairul pun dan marah, muka dia dah berurat-urat timbul!

Rotan yang dibawa sentiasa kemana-mana dicapai lalu dia menghampiri Hazriq yang menatapnya penuh dingin dan sinis. "Apa kamu kata Hazriq?"

Senyumannya ternaik sikit, "Aku cakap, Bodoh punya Cikgu, tak layak jadi Cikgu Disiplin. Mengaku jelah, kerja cikgu dah 'kantoi'. Bila-bila je polis boleh sampai"

Langkah Cikgu Khairul terhenti, pegangan rotan ditangannya kelihatan longgar sedikit sebelum digenggam erat. Tanpa bertindak lebih, dia kembali ketempat meja guru dan segera memulakan pembelajaran.

Samseng Handsome Itu Abang Aku!Where stories live. Discover now