SHIAA : 15

0 0 0
                                    

"Hana, sekejap sayang!"

Gadis yang bernama Hana itu menoleh, dia baru sahaja menyarung kasut sekolahnya dan bersiap sedia untuk dihantar ke sekolah.

Dan rasanya dia tak tertinggal apa-apa pun. Kenapa ibunya memanggil dirinya?

Muncul sahaja wajah ibunya di muka pintu bersama bekal ditangan membuatkan Hana bertambah pelik. Setahunya, ayah dah beri duit belanja.

"Ni, bekal kamu. Alang-alang ibu buat untuk Nuran, ada lebih sikit. Nanti beri kepada dia ya?"

Oh, untuk Nuran rupanya. Agak-agak, Nuran hadir ke sekolah ke tak eh?

Tapi nampak dari gaya ibu, macam dia datang hari ini.

"Okay ibu!"

Selepas menyalam tangan ibunya, Hana masuk kedalam kereta dan dihantar oleh Pak Ahmad sehingga di hadapan sekolah. Ayahnya pula sudah lama berangkat kerja.

Hana menarik nafas, sedalam-dalamnya sebelum dilepaskan. Nampaknya, lepas ini, dia perlu siapkan segala mental dan fizikal dirinya.

Bangunan sekolahnya yang sudah kelihatan dipandang dengan sedikit rasa sedih.

***

"Hai, you. Asal murung ni?"

Sapaan mengejut daripada Syazwan menyentakkan lamunan Qaisara.

"H-ha? Apa yang you cakap tadi?"

"Tak, you okay? Asal tak bersemangat je ni?" soal Syazwan semula dengan sebelah kening dinaikkan keatas. Dia tanpa segan silu dan tanpa izin terus duduk di bangku berhadapan Qaisara sendiri.

Jam ditilik, ada 25 minit lagi sebelum loceng kelas bermula.

"Oh? Urm... Takde apa-apa. Kenapa? Jelas sangat ke dekat muka I?" Kedua-dua tangannya naik hinggap di muka.

"Haah"

"Ouh, lah takkan you tak tahu kot? Cikgu sekarang bagi banyak kerja. I malas lah nak buat. Kawan-kawan I semua busy buat studygroup" balasnya sambil bibirnya dimuncung kedepan, menampakkan lagi wajah musam nya.

"You tak join?"

Anak matanya diputarkan dan wajah Syazwan dipandang. "I malas lah. But hey, jom keluar? Mak dan ayah I takde kat rumah harini."

"Harini ek? Okay cun! Harini pun ada banyak benda nak tanya"

"What did you said? I tak dengar lah hujung hujung ayat you tadi?"

Sebenarnya sebab wajah Qaisara muram harini, dia tahu. Qaisara tak dapat berjumpa dan balik bersama dengan Hazriq semalam sebaik sahaja waktu pulang tiba. Itupun dia tahu kerana anak buahnya yang beri tahu, betapa sanggupnya Qaisara menunggu semata-mata demi Hazriq.

Dan harini, membuatkan semua gadis di sekolah mereka murung kerana Hazriq sendiri tidak datang ke sekolah. Entah apa masalah lelaki itu pun dia tak tahu.

Syazwan tersenyum nipis. Kenapa hati dia tak sedap je ni? Betul ke Qaisara cuba nak curang?

"Nothing important"

***

"Nuran, kau okay?"

"Ya? Kenapa?"

"Tak, apa yang jadi semalam. Mana kau menghilang dan macam mana kau boleh demam?" soal Haris sambil jari telunjuknya menunjukkan kearah Hana dan Nuran.

Betul, apa yang terjadi semalam memang membuatkan dia pening kepala. Semuanya berlaku sekelip mata. Semuanya berlaku dalam sehari. Semuanya lah!

Nuran mengheka nafas, kasar. "De'Q"

Pendek, tapi boleh menimbulkan beberapa maksud bagi mereka berdua.

"Hah, dan kau pulak? Asal boleh hilang?"

"Haah, aku pergi tandas semalam pun sebab dengar kau hilang"

Hana terdiam seketika, terjatuh dalam lamunan di kepalanya dan membiarkan mereka berdua berbicara sesama sendiri terutama Haris yang terkejut dengan kenyataan Nuran sebentar tadi.

Perlu ke dia ikut kata-kata mereka? Demi keselesaan dan keselamatan Nuran?

Tapi sampai bila?

Sampai bila dia perlu jadi kuli dan mangsa buli Qaisara? Mana dia boleh dapat keberanian yang dah lama dipendam?

"Hana? Kau okay tak? Kenapa sedih ni?"

"H-hah?"

"Muka kau... Risau semacam. Kau okay tak ni sebenarnya? Kau ni makin lama makin peliklah Hana," soalan Haris membuatkan gadis itu terkaku. Bagaimana ya mahu dia terangkan? Perlu ke dia jujur sahaja?

Tapi, kalau dia bagitau, apa jadi dengan hubungan sahabat mereka berempat?

"Aku..."

Mereka berdua masih menunggu kata-kata yang bakal keluar dari mulut Hana.

"...mungkin penat sikit?"

"Kalau kau penat, rehat lah sekejap. Kalau ada apa-apa ya-"

"Shh, okay Hana. Keputusan kau kitaorang hormat. Mungkin kau taknak bagitau sekarang tapi kalau boleh jangan pendam. Kitaorang ada tau?"

Hana hanya tersenyum nipis sebaik sahaja mendengar kata-kata Nuran.

Haris pula sudah pasrah apabila mukanya ditolak dari tepi agar kata-katanya tadi tidak dihabiskan.

'Kring!'

"Okaylah, aku masuk kelas dulu. Bye!"

"Bye!"

Nuran bingkas bangun dan bergerak keluar dari kelas, begitu juga dengan Haris yang menuju ke mejanya, meninggalkan Hana yang masih buntu untuk menentukan keputusannya.

Oh ya!

Meja sebelahnya dipandang, hairan.

Mana Hazriq? Dia tak datang ke hari ini? Dia sakit ke? Bolehlah nanti ajak Nuran dan Haris melawat.

Oh yalah! Rumah dia dekat mana ek?

Mungkin Haris tahu kot dimana rumahnya. Mereka berdua kan, boleh tahan rapat?

Sekejap, rapat?

Urgh, macam mana ni?

Perlu ke dia teruskan dan ikut rancangan De'Q?

Samseng Handsome Itu Abang Aku!Where stories live. Discover now