"Wah wah wah, siapa yang kita jumpa ni?"
Nuran pusing belakang, dimana ada Geng De'Q sedang tersenyum sinis.
"Apa yang-"
'Splash!'
Tanpa Nuran sempat berbuat apa-apa, dirinya disiram dengan baldi air yang sangat sejuk. Baju kurung kuningnya basah kuyup dan badan Nuran menggigil sedikit.
Sejuk gila! Takkanlah diaorang pergi campur dengan ais kot?
Nuran mengangkat muka, melihat wajah-wajah yang tersenyum puas melihat dirinya sebegitu. "Apa yang korang buat ni haa?! Mana Hana?!"
Lia Maisarah mengukir senyuman mengejek sambil melangkah mendekati Nuran. Serentak itu Farisya dan seorang lagi ahlinya meletakkan baldi. Ya guys, dua baldi air sejuk.
"Well, urusan kami dengan Hana dah selesai. Tinggal kau pulak. Kau jangan-"
"Jangan dekat dengan Hazriq sebab kau punya? Please lah, aku dengan dia takda apa-apa pun. Kami dekat sebab dia kawan dengan Haris. Tu je. Kau nak ambil, nak culik, nak jadi girlfriend, suami dia pun aku tak kisah. Yang penting sekarang ni, mana Hana?"
Mereka diam, tak percaya yang Nuran tiada apa-apa dengan Hazriq sedangkan mereka kelihatan sangat dekat. Setiap hari ada je mereka berdua bualkan.
"Kenapa? Tak percaya ke Raisya? Zulaikha?"
Yap, dua orang lagi ahlinya adalah Raisya dan Zulaikha. Mereka berdua memandang sesama sendiri, terselit sedikit kepercayaan mereka didalam hati. Kalau Nuran suka dengan Hazriq, takkanlah dia nak cuba mengusik mereka berdua tadi kan?
"Tapi, kau-"
"Tapi apa? Eh dahlah, sebelum aku report dekat guru disiplin, baik Korang bagitau mana Hana! Jangan main-main dengan aku!"
"Eleh, kitaorang tak takutlah dengan Pengawas macam kau. Kau tu Penolong Pengawas je, bukan anggota polis," Farisya membalas dengan nada sinis sebelum mulutnya ditekup oleh Lia sendiri membuatkan mereka yang ada disitu terkejut dengan tindakan ketua De'Q itu sendiri.
"Ish kau ni. Baik! Hari ni hari kau Nuran, esok lusa kitaorang pulak. Dah cau!"
Nuran tercengang, macam tu diaorang blah? Hana pula macam mana? Dia nak keluar sekarang macam mana? Dahlah basah kuyup! Kalau tudung je takpelah, dia ada bawah tudung spare, masalahnya tudung baju kain semua basah!
"Eh, Nuran? Kenapa kau basah kuyup ni?"
Penyelamat!
***
"Kau pergi mana tadi Hana? Lama sangat"
Sebaik sahaja Hana kembali ke kelas, dia telah menjadi pusat perhatian dan ianya membuatkan gadis itu tidak selesa.
"A-aku tadi pergi urm, tolong cikgu haa"
"Tolong cikgu? Lama bebenor! Kau tahu tak tadi, yang kawan sebelah bangku kau ni pergi cari pasal dengan cikgu?"
"I-iya? Sampai macam tu sekali?"
Haris mengangguk manakala Hana mengeluarkan buku yang akan dipelajarinya sebentar sahaja lagi. Sekarang dia lagi tidak selesa apabila Haris yang berada dihadapannya dan Hazriq, disebelahnya memandang dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"J-jadi kau tak ambil nama Hazriq ke? Selalunya macam tu kan?" Soal Hana kepada Haris untuk mengelakkan kejanggalan itu berlangsung. Haris berfikir, baru teringat dengan tugasnya sebagai seorang pengawas.
Haris bersandar di kerusi, "Entahlah, aku rasa malas pulak kali ni. Biarlah, urusan kau dengan cikgu. Bukan urusan aku"
Ewah ewah laki ni, macam tu je kau lepaskan? Kau buat tugas kau ke tak sebenarnya ni?

YOU ARE READING
Samseng Handsome Itu Abang Aku!
Action"Memang persis seorang gangster tapi percayalah, dalam hati ada taman" Hazriq Anwar, bekas pelajar SMK Damansara Tinggi di Kuala Lumpur memulakan buku kehidupan barunya di Terengganu. Malang bagi dirinya apabila dia ditempatkan di sekolah berprest...