"Kau orang datang rumah aku?"
Serentak mereka bertiga mengangguk kepala. Hampir pening Hazriq dibuatnya! Dia berdecit perlahan lalu mencicip sedikit air yang dipesannya.
Mereka kini berada di Kafé T'Love berdekatan sekolah mereka, cadangan Nuran untuk mengulang kaji sedikit sebelum dia dijemput oleh ayahnya. Hana dan Haris pula tidak kisah asalkan mereka memberitahu kelewatan untuk pulang kepada keluarga mereka, itu sudah cukup.
Lain pula dengan Hazriq, dia diseret disini memandangkan dia meninggalkan beribu persoalan kepada mereka. Tapi tak semuanya perlu dijawab, kan?
"Err... kami ingat kau sakit. Jadi kami datang melawat. Tak sangka pula kitaorang yang kau anak angkat," ujar Haris perlahan, rasa bersalah menyelubungi dirinya.
"Ya, nasib auntie baik. Tak marah-marah kami sebab datang menyerbu waktu tu,"
Pen dimainkan di jari. Sedikit pening dengan informasi yang mereka terima. "Tapi aku pelik, boleh ke keluarga Non Muslim ambil anak angkat yang muslim?"
"Untuk kes aku, boleh je," balas Hazriq selamba membuatkan gadis pengawas itu sedikit marah. "Haah, macam tak ada kes lain yang sama dengan kau,"
Baginya, dia tak mampu menerima. Punyalah ramai manusia kat atas muka bumi ini, lelaki ini ingat kes dia paling special ke yang hanya dia seorang sahaja yang terima? Mesti ada kes kes lain yang sama dengan Hazriq.
"Serius, aku tak tipu. Aku dah bagi hint dekat kau orang yang nak tahu sangat hal peribadi orang lain. Untuk kes aku, memang boleh."
Nurani tak mampu balas apa-apa lagi jikalau Hazriq sudah mengulang kembali dengan nada yang tegas dan dingin.
"Ehem, Haz. Kitaorang nak tanya lagi boleh?"
"Selagi aku jawab, kau dapatlah jawapan kau"
"Kau err... mana parents kau?
"Ish, kau ni," badan Haris dipukul dengan buku latihan mereka dengan kuat sehingga lelaki itu mengaduh sakit.
Hana cepat-cepat menyampuk, "Betul Haz, saya nak tahu juga. Ataupun, kita tukar soalan. Siapa nama ayah awak?"
"Khairil, Khairil Ibrahim." Sempat Hazriq memutarkan anak matanya. Maklumat tentang keluarganya masih jelas di ingatan. Dia tak perlu menipu untuk hal itu
"Wait, seriuslah?" Terlopong mereka bertiga. Melihat wajah terkejut mereka, Hazriq menyilangkan tangannya di dada. Wajah serius ditayangkan. "Kau ingat aku ada masa untuk main?"
"Sebab nama ayah Hana sama dengan nama ayah kau. Kan Hana?" Hana mengangguk laju sebaik sahaja namanya disebut.
"Apa nama penuh awak?"
"Hazriq Anwar bin Khairil Ibrahim."
Hana terdiam.
Hampir sama dengan namanya.
Hana Delisha binti Khairil Ibrahim
Disebabkan Hana hanya diamkan diri, Haris cuba melontarkan beberapa soalan lagi. "Berapa umur ayah kau sekarang kalau... dia masih ada sampai sekarang?
"Entah? 47 kot-"
"Samalah!" Meja di kafé ditepuk kuat. Sungguh, ada apa sebenarnya mereka berdua ini?
"Ouh, okay. Tahniah sebab sama."
Mereka berempat mula hanyut di fikiran masing-masing bersama teori sendiri. Tersandar Haris di kerusi. Buku latihan tadi sudah tidak diusik. Perkara ini lebih menarik dari kerja sekolahnya.
"Aku syak korang berdua adik beradik lah. Aku teringatkan mak Hana ada cerita dulu yang kembar Hana kena culik dulu. Tak silap, nama dia pun Hazriq.
"Ouh ye lah! Aku pun teringat. Sedih gila tengok aunty Suraya menangis macam tu,"
"Sampai sekarang tak jumpa lagi?" Mereka berdua menggeleng."Ouh, semoga dipermudahkan urusan "
"Tapi kan Haz, kau tak rasa ke apa yang aku rasa? Kalau korang berdua ni..."
"Merepek." Cepat-cepat Hazriq memintas.
"Tak merepek lah. Benda logik kot? Nama dan umur ayah korang sama, umur sama sebab kembar. Apa lagi yang kau nak nafikan?"
"Aku faham apa yang kau cuba sampaikan, tapi aku tak setuju,"
"Eh, cuba bayangkan. Kalau hal ini pernah jadi kes polis, mesti yang culik abang Hana kena tangkap kan? Kalau keluarga yang ambil dia tak nak mengaku dan ditangkap, mesti dihukum. Kalau keluarga angkat kau betul-betul culik anak mak ayah Hana, yang bagi aku engkau orangnya, mesti diaorang dicekup, kan?"
Terpinga-pinga Hana disebelah Nuran. "Saya tak faham,"
"Maksud kau, keluarga yang ambil Haz akan dihukum kalau Hazriq ini memang anak yang hilang tu?" soal Nuran semula dari apa yang Haris katakan dan lelaki itu hanya mengangguk sahaja.
"Ish, kenapalah diaorang jahat sangat?"
"Nama pun penculik kan? Memang macam tu lah perangai dia."
"Dah tahu tu bukan anak dia, pulangkan jelah."
'Bam!'
Meja ditepuk kasar.
"Kalau kau orang tak ada benda baik nak cakap, aku blah." jerkah Hazriq. Serentak itu, Hazriq mengambil begnya secara kasar dan pantas keluar dari situ. Semua orang dalam kafé itu terdiam dengan kemarahan Hazriq sebelum satu per satu dari mereka mula membuat hal masing-masing.
Mereka bertiga hanya memandang sesama sendiri. Tak sangka pula Hazriq akan marah sebegitu rupa.
⊹●----✿----●⊹
"Kafe ini macam okay juga kan?"
"Hmm..." Mata Qaisara terlihat bosan. Tidak menunjukkan wajah cerianya seperti sebelum ini.
Melihat soalannya tidak dibalas, Syazwan menjadi lebih murung. Sejak kebelakangan ini, Qaisara kerap termenung seperti sedang memikirkan sesuatu atau... tengah memikirkan seseorang?
"I dengar menu diaorang sedap-sedap! Jom kita try"
"Tapi I kenyang,"
"Takpelah, temankan I" pujuk Syazwan lagi. Qaisara hanya mengikut, malas mahu bertekak dengan lelaki itu.
Baru sahaja mereka ingin masuk ke dalam, ada seseorang dari dalam membuka pintu seacar kasar bersama beg ditangan dan wajah dinginnya terlihat jelas
"Hazriq?"
Lelaki itu tidak peduli dan terus beredar dari situ, tidak sempat Syazwan dan Qaisara ingin bertanya lebih. Tiba-tiba sahaja Haris, Nuran dan Hana keluar dari kafé untuk mengejar Hazriq. Terkejut mereka bertiga dengan kehadiran Syazwan dan Qaisara di depan mata.
"Buat apa engkau disini?"
"Kafé engkau ke?"
"Ish, sudah! Eh, Hazriq? Tunggu!"
Hari sambung mengejar Hazriq diikuti Nuran dan Hana. Terpinga-pinga mereka berdua ditinggalkan disitu.
"Eh, jomlah. Tadi kata nak cuba menu baru?" Berkelip-kelip mata Qaisara memandang Syazwan. Mood gadis itu bertukar sekelip mata sebaik sahaja wajah Hazriq muncul di depannya.
"Hah? Errr ya. Jom"
Mana taknya dia merasa ada sesuatu dengan teman wanitanya?
YOU ARE READING
Samseng Handsome Itu Abang Aku!
Acción"Memang persis seorang gangster tapi percayalah, dalam hati ada taman" Hazriq Anwar, bekas pelajar SMK Damansara Tinggi di Kuala Lumpur memulakan buku kehidupan barunya di Terengganu. Malang bagi dirinya apabila dia ditempatkan di sekolah berprest...