SHIAA : 4

1 0 0
                                    

"Kelas Tambahan?"

"Ya, bermula dua bulan depan. Kamu semua akan balik pada pukul 3:30 petang. Surat akan dikeluarkan pada minggu hadapan. Jangan lupa inform kan kepada mak-ayah kamu." kata guru kelas mereka lalu berpaling menghadap papan putih untuk memulakan pembelajaran mereka hari ini.

Murid-murid kelas 5 Neutron mengeluh, ada juga merungut tak puas hati terutama Qaisara semestinya. Hadap benda ni sahaja sudah penat apatah lagi menambah masa belajar. Eh, cikgu kat sekolah ni nak buat semua orang jadi gila ke?

"Kelas tambahan? Ya Tuhan, bencinya..." Qaisara terdengar rintihan dari belakang kelas dan ianya suara Hazriq sendiri.

Apa yang memanaskan hatinya apabila Hana sibuk mahu memujuk Hazriq agar semangat semula. Ish, kalaulah dia yang duduk ditempat Hana. Boleh hadap dan dengar suara Hazriq hari-hari!

Manakala Hazriq masih dalam posisi yang sama. Kepalanya diletakkan di meja belajar dan mukanya menghadap Hana. Gadis itu pula mati akal untuk memujuknya.

"Belajar memang penat kalau kita tak cari tempat yang boleh menaikkan semangat belajar kita"

Kening Hazriq naik, masih kurang faham dengan kata-kata gadis itu. "Maksud?"

"Contoh, kalau kelas kotor. Kita pun tak selesa nak belajar. Tempat yang panas, siapa nak duduk lama-lama kat tempat macam tu kan?" Hana menjelaskan secara terperinci dan ianya menarik perhatian Hazriq. "Kau ada jalan penyelesaian ke?"

Hana terdiam sebentar, "Mungkin awak patut study apa yang cikgu ajar. Maksud saya, buat latihan dekat rumah atau dalam bilik awak."

'Nak kata bilik kau sejuk ke macam mana?' desis Hazriq di dalam hati. Dia menggeleng kepala, tanda tak setuju. Lagilah dia malas nak hadap benda yang sama berulang kali. Macam muak, tahu tak?

"Hurm, awak ni complicated. Nak belajar katanya, tapi malas. Itu taknak, ini taknak. Bila nak maju?"

"D-diamlah"

"Okay, cikgu Hana. Sesi kaunseling dah tamat ya? Sekarang kita teruskan dengan latihan yang cikgu bagi, boleh?" soal cikgu di hadapan dengan senyuman. Ah, kata-kata Hana tadi memang setuju sangat-sangat. Sampai dia menulis sambil mendengar walaupun sayup-sayup sahaja.

"B-Boleh cikgu" jawab Hana dengan tersipu.

"Hazriq?" soal cikgu itu pula. Sengaja mahu lelaki itu menjawab.

Lelaki itu memutarkan bola matanya. Dia pun kena jugak ke? Akhirnya, dia ikut sahaja. Mukanya diangkat dan badannya menyandar di kerusi.

"Boleh cikgu..."

***

"Eh, nak rehat sama-sama tak?"

Hazriq memandang Hana dengan tatapan biasa, lama membuatkan gadis itu tak selesa apabila dipandang sebegitu. "K-kalau awak taknak, takpelah"

Hana keluar dari kelas. Rehat sorang-sorang lagilah jawabnya. Dia keluar dengan sedikit menunduk, wajahnya yang sedih kerana tiada sesiapa mahu berkawan dengannya. Mungkin sebab ini ayahnya risau dengan dirinya. No friend. Semua lari, takut berkawan dengannya dan dimaki sekali.

Sedangkan dia tak buat apa-apa yang salah! Takkanlah penjelasannya membuatkan dia dibenci? Tapi, apa yang dia kata semuanya betul.

Kaki melangkah perlahan di koridor kelas dan menuju ke kantin. Hana mengabaikan pandangan simpati atau lebih tepat, simpati yang mengejek.

"Kau memang selalu macam ni eh? Rehat sorang-sorang?"

Gadis itu terkejut apabila Hazriq menyamai langkah mereka dan bertanya secara tiba-tiba. Kus semangat!

Samseng Handsome Itu Abang Aku!Where stories live. Discover now