Hana menunduk, kakinya menguis-nguis karpet berbulu di ruang tamunya. Dia tak mampu membalas renungan dari sang ayah dan sang ibu.
Tak sanggup, langsung!
"Hana, Ayah rasa kamu tak perlu sembunyikan apa-apa lagi dari kami. Kamu tahu tak, nasib baik si Nuran tu pujuk Cikgu supaya buat spotcheck bagai. Kalau Ayah ada dekat tempat Cikgu Ain tu, ayah dah tuduh kamu tau? Sebab bekas makanan dan lipas tu muncul dari meja kamu."
Betul, Harini dia selamat kerana Nuran sekali lagi. Sebelum ni pun sama, Nuran Haris, Nuran, Haris. Seperti menyusahkan dan mengheret mereka berdua kedalam masalahnya.
Dia ni dah kenapa? Tak boleh buat semua sendiri ke sampai dalam masalah dia dengan diaorang pun Hana terpaksa dibantu?
Urgh, rasa diri ini memang tak berguna. Memang tak berguna.
"Ayah bukan apa, tapi risau dengan kamu. Ibu pun sama. Sekurang-kurangnya kami nak anak kami ni ceria tanpa sebarang buli," tokok Encik Khairil sambil mencari anak mata gadisnya. Dia menghela nafasnya dan bersandar di sofa empuk berwarna mistyrose.
Hana merasakan tangannya dipeluk kemas. Badannya dibawa kedalam dakapan seorang ibu. "Hana, tak ada rasa nak pindah sekolah ke?"
Hana menggeleng perlahan, dia taknak. Dekat sana, ada ke sebaik Nuran dan Haris? Dan Hazriq. Lelaki penuh misteri.
Semuanya belum terlambat. Satu sekolah hampir mempercayai ulah Qaisara. Guru-guru pula, ada yang terpedaya dan ada yang betul-betul se 'geng' dengan gadis itu. Tapi, Pengetua? Tak, dia tak tahu apa-apa kerana dia pun hampir diperdayakan.
Kalau kita spoil sikit pelan Qaisara tu, mesti diaorang mula syak kan?
Dia belum terlambat lagi, dan itu tekad seorang Hana Delisya.
Tapi, sampai bila dia akan jatuh tersungkur bila berhadapan dengan Qaisara Elina? Letaklah berapa ayat semangat diri, dia tetap terjatuh.
Takkan nak tunggu dia cedera teruk baru nak bertindak, kan?
Encik Khairil memicit dahinya, runsing dengan masalah anaknya. Sampai bila dia nak berdiam diri? Sepatutnya, sejak dia mengetahui Hana ada masalah di sekolah berkaitan hubungan dengan guru dan rakan-rakan, dia sudah mengorak langkah untuk mencari bukti!
Tapi, disini lah mereka. Menanggung perit dan kekecewaan dalam hati.
"Ayah rasa, kamu kena tanya kawan-kawan kamu tu. Apa yang diaorang nak? Apa yang kamu buat sampai diaorang benci dengan kamu. Kalau tak, makin lama makin teruk perangai. Takkan nak biarkan? Diaorang cuma berlindung dengan nama sekolah kamu sahaja"
Hana mengangguk. Benar. Sepatutnya dia perlu bertanya, bukan menunduk selalu. Rasanya, sejak dia tingkatan 2 lagi Qaisara dah berdendam dengannya.
Farisya apatah lagi.
Encik Khairil dan Puan Suraya memeluk erat setelah suaminya bangkit dan duduk disebelah gadisnya, cuba menenangkan Hana. Briefcase yang dibawa oleh lelaki separuh abad itu ditinggalkan sahaja.
***
Haris memandang Hazriq dengan penuh hairan. Kenapa mamat ni memandang Qaisara dengan penuh tekun sekali? Jangan kata yang dia pun terjatuh suka dengan perempuan itu? Uish, habislah Syazwan mengamuk nanti!
"Kau kenapa weh pandang Qai macam tu? Dia buat salah dengan kau ke?" Akhirnya, setelah dia mengumpul semangat untuk bertanya. Haris memandang wajah Hazriq dihadapannya dan Qaisara dimeja hujung itu bersilih ganti.
Pelik juga, dimana Hana Delisya? Tidak datangkah gadis itu pagi tadi? Setahunya, Hana tidak pernah ponteng sekolah malah selalu hadir awal. Takkanlah sebab semalam, dia takut nak datang ke sekolah?
Kalau macam tu, siapa nak ajar dia dan Nuran setiap kali mereka membuat study time? Dirinya? Belum cukup hebat seperti Hana.
Maklumlah, Hana top 1 dalam sekolah.
Haris pula hanya top 5 sahaja.
"Haris..."
"Hmm?"
"Qaisara tu, jenis macam mana eh? Dia budak sekolah ni sejak form 1 ke?" soalan Haris tadi diabaikan membuatkan Haris kecewa dalam hati. Suka hati kaulah nak pandang dia beberapa lama dah. Tapi, kalau kau ada masalah dengan Syazwan dia taknak masuk campur.
Haris menumpukan perhatiannya setelah mengutuk Hazriq di dalam hati. Sempat lagi dia berdehem dan tangannya ditongkatkan. "Qaisara? Dia memang sekolah sini sejak Tingkatan 1. Rumah dia pun sekitar sini je kalau tak silap lah. Jenis macam mana?"
Hazriq mengangguk
"Dia tu, okay je mula-mula masuk sekolah ni. Tapi dia tu memang nak kan populariti. Sebelum ni pun takdelah perangai dia jadi teruk macam sekarang sebab dulu, dia nak popular, dia akan masuk acara tu, acara ni." Haris mula bercerita sambil mengacau air menggunakan penyedut minuman.
"Hana dulu jadi rival Qaisara. Sebab Hana baik, suka senyum, ramai kawan, lepas tu ramai jugaklah lelaki tergila-gilakan dia. Boleh dikatakan, Hana tu paling popular lah dalam sekolah. Biasalah budak pandai kan? Nak-nak lagi dia tu kaya. Qaisara rasa populariti dia masih tak naik sebab Hana, that's why dia target si Hana tu sampailah sekarang."
Diam, tetapi mata galak memandang pasangan yang dikatakan cantik sama sepadan . Entah-entah, satu sekolah ni yang buta sampai tak boleh bezakan kaca dan permata.
Huh, Syazwan tu pun satu. Perangai acah-acah gangster dalam sekolah ni. Kata Nuran dan Haris, diaorang semua berlakon depan cikgu dan cuba nak hasut yang Hana tu adalah penyebab dalam semua masalah.
Lagi satu, apalah yang menarik sangat dengan si Qaisara tu? Setakat cantik, ‘dia’ lagi cantik. Kuat mengusik pulak tu. Ni, Qaisara Elina? Heh, entah-entah depan lain belakang pun lain.
Eh astaghfirullah hal azhim. Apalah yang kau kutukkan ni, Hazriq? Itu urusan diaorang berdua. Kalau curang pun hal diaorang lah.
Tiba-tiba Hazriq memandang Haris yang masih menyedut air Milo ais yang dibeli tadi. Hmm, baguslah kalau dah nak habis. Dia pun nak balik dah ni. Penat.
Keningnya terangkat, ada satu persoalan bermain di benak fikirannya. Terus dia bertanya kepada Haris. "Eh, sejak bila Hana jadi target si Qaisara tu? Maksud aku, dia start buat perangai macam ni?"
"Waktu tingkatan 2. Kenapa?"
Dia menggeleng, "Takde, saja tanya"
Mereka berdua diam kembali sebelum Haris membuat keputusan untuk balik. Sempat dia berterima kasih kepada Hazriq kerana menemaninya singgah di Restoran Fina's tapi tak sangka pula Syazwan dan Qaisara dating kat sini. Terus Hazriq tak jadi memesan apa-apa makanan.
Haris apatah lagi, dia dari nafsu makan dia naik terus dia pesan air sahaja lagi-lagi air berais. Panas pula kita tengok dua orang tu macam buat-buat tak nampak.
Sebab Hazriq dah bagitau apa yang terjadi pagi semalam. Kepercayaan mereka berdua terhadap Qaisara memang tak ada guna. Diam-diam perempuan tu mula main ugut pula. Lepastu, lipas pulak jadi salah-satu rancangan dia. Eiii geram!
De'Q? Heh, dengar dan sebut pun dah tahu siapa dalang kumpulan tu.
Nak je Haris tampar muka dua ekor tu. Macam tak bersalah langsung. Ni, cawan plastik dia yang tengah pegang ni jangan sampai dia gantikan semua ketul ais jadi batu kejap lagi. Kalau baling dekat kepala tu baru puas hati.
Dasar hati penuh cemburu!
Ini namanya bukan pasangan sama sepadan. Ini pasangan sama pahangai! Aish!
Mereka berdua terpisah kerana berbeza arah untuk pulang ke rumah. Sempat Haris melambai kepada Hazriq tetapi lelaki itu hanya mengangkat tangan sekejap sahaja. Ni lagi sekor, dingin kalau ais kutub selatan!
Serabutnya jadi Ketua Pengawas ni, Ya Allah.
YOU ARE READING
Samseng Handsome Itu Abang Aku!
Aksi"Memang persis seorang gangster tapi percayalah, dalam hati ada taman" Hazriq Anwar, bekas pelajar SMK Damansara Tinggi di Kuala Lumpur memulakan buku kehidupan barunya di Terengganu. Malang bagi dirinya apabila dia ditempatkan di sekolah berprest...