SHIAA : 18

1 0 0
                                    

Semua dalam kelas itu terdiam. Ada juga yang tak percaya.

Lima hari dia menghilang dan harini dia boleh santai? Tanpa beritahu apa-apa khabar pun?

Mereka semua mahu tahu alasannya, semua penjelasan! Takkan nak biarkan mereka bingung macam ni?

Hana pun, datang bukan nak tanya dia menghilang kemana. Cuma cakap hai dan terus duduk. Haris pula menghilang dari pagi tadi.

Waktu pembelajaran pula, cikgu yang masuk tak menanyakan apa-apapun. Guru kelas mereka juga sama, hanya mengatakan bahawa keluarga jejaka itu sudah memberikan surat pagi tadi.

Sampailah waktu rehat, Haris masih tak menampakkan bayang. Kata salah-satu pengawas, Haris ada mesyuarat bersama ahli jawatankuasa tertinggi pengawas. Sebab tu lah, Nuran juga tak muncul-muncul sampai sekarang.

Disebabkan mereka berdua tiada, Hana dan Hazriq keluar rehat secara sendiri. Tidak makan bersama seperti selalu.

"Kau rasa, Hana tahu sesuatu tak? Dia tak banyak tanya pun?"

"Haah, selalunya dia yang paling curious dengan semua benda,"

"Farisya, kau yakin ke kau dah paksa dia haritu?"

Farisya yang elok bersandar di singki tandas itu hanya mengangguk. Dia sudah paksa gadis bernama Hana itu dengan pelbagai ugutan. Takkanlah gadis cengeng tu jadi keras kepala pula?

Lagipun, ugutannya kepada Hana kan berkaitan Hazriq, agar Hana tak mendekati jejaka itu lagi? Kenapa nak sangat Hana bertanya khabar dekat Hazriq pula?

Memang taklah gadis itu berani!

Tapi, apa yang dikatakan rakan-rakannya ada benar juga. Hana ialah seorang yang mempunyai ingin tahu yang tinggi lagi-lagi bila dia berkawan dengan seseorang. Setakat tak hadir sehari, memang malam tu jugak dia mesej bertanyakan sebab.

Atau Hana sendiri dah tahu, jadi dia tak bertanya lebih lanjut?

Tapi apa dia?

Aaaaaaaa stres-

"Tak apalah wei, lambat-laun nanti kita akan tahu juga,"

Kata-kata Lia dibalas dengan anggukan. Dari memikirkan punca Hazriq hilang, baik mereka memikirkan cara untuk 'selamatkan' diri mereka dari dihidu oleh pengawas sekolah dan guru-guru yang dah mula menjalankan operasi bersepadu di sekolah mereka.

Walaupun Nuran dan Haris ialah pengawas sekolah yang telah mengetahui hampir semua rancangan mereka, tetapi mereka masih senyap sehingga sekarang agar mereka semua terkantoi sendiri oleh satu sekolah.

Dan itu akan menjejaskan reputasi mereka di sekolah nanti. Lagi-lagi bila diketahui oleh keluarga mereka. Tak ke naya?

Wajahnya berkerut, Zulaikha yang duduk di tempat singki itu mengayun-ayunkan kakinya sambil tangannya memeluk tubuh. "Jadi, apa yang kita nak buat?"

"Buat masa sekarang, kita fokus dekat Hana je. Jangan buat apa-apa. Lepas habis spot check bersepadu pengganggu ni, panggil member kita yang lain. Biar ramai sikit,"

"Hehehe, okay!"

***

Pintu bilik pengawas itu ditutup kemas sebelum kasut disarung elok. Seketika, Haris menggeliat kecil bersama nota kecil ditangannya. "Ergh, penat weh kerja ni semua. Lepas ni dah lah kita fokus dekat SPM pulak nanti. Dah takde masa nak buat aktiviti sini-sana,"

"Ye weh, nanti takde dah nak jerit 'Spot check! Bangun dan jangan buat apa-apa. Angkat tangan sampai pengawas datang check satu-satu!' macam tu lagi,"

"Nyah, nada kau tak boleh tinggi lagi ek?" Dazrin menepuk kepala Fariz yang menjerit tak ingat dunia dengan buku nota kecil. Sempat lelaki itu mengusap kepalanya. "Ops, kuat sangat ke?"

"Kuat weh, sampai cikgu Suraya membebel kat dalam," salah-satu junior mereka, Nurin Jazlin sempat menunjukkan kearah pintu yang ditutup sebentar tadi.

Mereka ketawa kecil. Diluar, mungkin Cikgu Suraya terkenal dengan ketegasannya, tapi bila kenal lebih dekat cikgu itu tak adalah garang mana. Boleh dibawa ajak bergosip lagi tahu tak?

Cikgu Zubir pun sama! Tapi hanya dengan pengawas sekolah sahaja. Heh, inilah kelebihan menjadi pengawas sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail!

"Tapi, betul ke apa yang korang cakap tadi, Nuran? Haris? Betul ke Qaisara ialah dalangnya?" kata-kata Dazrin menjadi tumpuan semua. Mereka berkumpul menyebabkan Nuran berdecit, tanda tidak selesa. Dia mahu balik!

"Iya weh! Kalau kau nak tahu, Qaisara lah yang buat Nuran sampai demam haritu!" Haris menjawab persoalan mereka. Terus mereka berbisik sesama sendiri.

Bukannya ahli De'Q?

"Ahli De'Q dengan geng Syazwan tu orang yang sama. Dia guna nama lain untuk kelirukan kita. Ketua ahli De'Q tu pun rasanya helah Qaisara untuk perdayakan kita." jawab Nuran datar sebelum dia bergerak pantas meninggalkan mereka. Terpinga-pinga Haris dibuatnya. Segera lelaki itu mengejar rakannya.

"Hei Nuran! Tunggu aku!"

Manakala pengawas lain masih memikirkan teka teki yang masih bermain di fikiran mereka. Kalau ini adalah tahun terakhir mereka disini, mereka akan pastikan bahawa kes buli yang sudah lama menguasai akan selesai jua!

***

"Maafkan saya cikgu, saya baru pulang dari bilik mesyuarat." pinta Haris dengan sopan. Dia berdiri tegak di luar kelas, menunggu guru mata pelajaran yang sedang mengajar memberi keizinan untuk masuk.

Guru itu tersenyum, "Tak apa, cikgu faham. Kamu boleh masuk."

"Terima kasih cikgu,"

Haris berjalan masuk sambil matanya memandang dua orang rakannya di hujung kelas, di mana keberadaan Hazriq dan Hana. Hana hanya tersenyum kecil manakala Hazriq sudah merehatkan kepalanya di atas meja.

'Jadi dia dah datang,' desis Haris dalam hati. Banyak soalan yang dia mahu tanyakan kepada lelaki itu sebenarnya sejak mereka melawat rumah yang dia tinggal. Mungkin waktu balik nanti dia boleh tanya bersama Nuran dan Hana.

Samseng Handsome Itu Abang Aku!Where stories live. Discover now