Rasa ini...
Tak lain tak bukan...
Rasa say-
"Huargh! Ada lipas lagilah!" jerit seorang gadis yang sekelas dengan mereka berdua dan menunjukkan kepada sesuatu. Beg maroon di kerusi paling belakang sekali dilihat, ada dua tiga ekor sedang merangkak keluar.
Mereka berdua mengalihkan pandangan dan mencari sesuatu yang ditunjukkan tadi. Hana pula sudah membulatkan mata, itu begnya bukan? Kenapa ada lipas keluar dari beg kesayangannya? Tak mungkin, dia basuh setiap minggu kot!
Nuran hairan, kening terangkat. Aik, macam kenal je tempat duduk tu siapa punya. "Itu bukan ke beg kau, Hana?" Matanya dilarikan kearah gadis itu pula. Hana menggeleng laju tanda tidak tahu kenapa boleh jadi sebegitu.
"Tak tahu! Balik dari loker ke terus ada- Lipas!"
Hana berlari lagi dan kali ini dia betul-betul menyorok di belakang Nuran. Manakala Hazriq pula ada dihadapan mereka. Dimana yang lain? Sudah lari jauh-jauh. Bahkan, menumpang sorok di kelas lain.
Lipas yang mengejar Hana tadi berhenti merangkak apabila Hazriq pula yang ada didepannya. Mereka pelik bila lipas itu tiba-tiba terkaku. Langsung tak bergerak dah. Eh?
"D-dah mati ke?" soal Hana yang ketakutan di belakang Nuran. Hazriq pula terus mengangkat lipas itu menggunakan dua jarinya pada sesungut lipas itu. Terhuyung-hayang lipas itu ke kanan dan ke kiri.
Bagaikan tersedar, dia menggerakkan kaki dan sesungutnya tanda suka. Eh, abang kacak pegang kita. Sukanya titew.
"Hidup lagilah,"
Tangan Nuran dikipaskan keatas dan kebawah, "Eii, buang Hazriq! Lepastu basuh tangan"
Hazriq memutarkan bola matanya, dan mula berjalan mendekati longkang. "Tahulah"
Lipas yang ada ditangan Hazriq tersenyum gembira. Rakan-rakannya yang berdekatan dipandang. Semuanya terkaku melihat Hazriq. Lipas itu seolah-olah berkata kepada mereka.
"Lihatlah, si kacak ni pegang aku. Diaorang taknak dekat korang. Untungnya saya~ UwU"
Bluek, sedar tak yang kau bakal dilemaskan dalam longkang tu sekejap lagi?
Lelaki itu bercangkung. Tangan sebelahnya yang masih bebas mencapai air botol mineral yang sempat dibeli di supermarket dan membuka botolnya. Kemudian, lipas itu disumbatkan kedalam lubang longkang dan dituangkan air supaya air itu menolak lipas itu kebawah.
Kalau mati, lagi bagus!
Lipas di dalam longkang itu berkata lagi,
"Yuhuuu, meluncur! Pecutan ombak!"
Akhirnya, satu lipas sudah ditumpaskan dan mereka berdua menarik nafas lega. Hazriq sempat membasuh tangan di sebalik tiang penghadang. Rasanya, rumput kat bawah sana tu lebih perlukan air kot.
Tetapi, itu baru satu. Lipas-lipas yang terkaku juga di depan sana tu macam mana? Macam banyak je. Takkan nak urus satu-satu?
"Penyelamat datang!" Selepas itu, penyembur serangga memecahkan kesuntian mereka yang berada disitu. Maka, tamatlah riwayat kisah si Lipas bertemu dengan Sang Kacak yang diakhiri dengan tragedi pembunuhan oleh lelaki jahat bernama Haris.
***
"Hana, jujur. Bekas makanan bawah laci itu kamu punya kan?"
Hana menggeleng perlahan. Penat bila soalan sama diulang banyak kali. Dia tak buat, tak buatlah. Kenapa tanya lagi?
Cikgu Ain mula bercekak pinggang, "Kalau bukan, siapa lagi yang duduk dekat situ? Hantu? Cikgu? Lipas?"
Murid-murid yang turut berkumpul menyaksikan Hana dibebel oleh Cikgu Disiplin, Cikgu Ain terus menggeletar badan. Geli pula terbayangkan lipas-lipas tadi merangkak tak tentu arah.
YOU ARE READING
Samseng Handsome Itu Abang Aku!
Action"Memang persis seorang gangster tapi percayalah, dalam hati ada taman" Hazriq Anwar, bekas pelajar SMK Damansara Tinggi di Kuala Lumpur memulakan buku kehidupan barunya di Terengganu. Malang bagi dirinya apabila dia ditempatkan di sekolah berprest...