"Mana dia ni?" Nuran mengeluh. Pen yang ada ditangannya dipusing-pusingkan. Marah melanda isi hatinya.
Wajah Hana dan Haris di depannya dipandang. Gadis itu tekun mengulangkaji sedangkan Haris tayangkan sengihannya apabila menangkap Nuran memandangnya, garang.
"Weh, kau cakap dengan dia pukul berapa?"
"Pukul 8:30 pagi?"
"Sekarang dah 9:30 pagi!" Nuran mengetap bibirnya geram. Rasanya nak jerit je. Tapi sabar, nasib baik ni rumah orang! Tunggulah, lelaki tu sampai nanti tahulah dia nak denda macam mana
Haris bermain dengan jarinya, "Alah Nuran, tengok Hana. Rileks je."
"Hana lain, aku lain!"
"Okay okay,"
"Ish!"
Nuran memeluk dirinya dan bertenang sebentar. Kenapalah dia dapat berkenalan dengan seorang lagi yang kurang akhlaknya? Tambah dengan yang tidak menepati masa. Bencinya!
Sabar Nuran, sabar...
Haris pula terus buat kerja semula. Sebenarnya, dia mahu mengalihkan kemarahannya dengan topik lain walaupun dia tahu takkan berjaya punya. Tapi takpelah, asalkan dia mencuba hmm.
Seketika, Haris menjeling matanya kearah Hana. Diam je. Macam manalah orang boleh dengki dengan dia? Ish Ish Ish.
Detapan kaki milik Puan Suraya, ibu kepada Hana Delisya kedengaran oleh mereka bertiga, terus mereka menoleh pemilik detapan tadi. Mata Haris terus bersinar-sinar dan melupakan apa masalah yang mereka hadapi sebentar tadi.
"Sabar lah. Mungkin kawan kamu tiada masalah atau ada hal yang dia perlu buat. Lagipun, Haris dah bagitau kan awal-awal tadi? Kawan kamu tu akan datang lambat sedikit kan?" Puan Suraya duduk di antara Nuran dan Hana lalu meletakkan satu persatu gelas dan beberapa karipap diatas meja.
"Baik, Ibu"
Nuran mengiyakan tetapi matanya dijegilkan kepada Haris apabila lelaki itu makan karipap sambil mengangguk, setuju dengan setiap bait kata wanita itu. Amboi kau?
"Yalah Nuran. Lagipun, macam lah kita tak kenal Hazriq tu jenis yang macam mana. Sekali tengok, dah tahu malas rajin kat mana,"
'Deg'
Langkah Puan Suraya untuk ke dapur semula terhenti apabila terdengar nama yang dia rindu itu. Hazriq? Siapa itu? Murid baru di sekolah mereka kah? Setahunya, tidak pernah lagi dia dengar nama Hazriq di kelas Hana.
Hazriq...
Hazriq...
"Hazriq!"
"Ibu? Ibu okay? Kenapa berdiri kat situ?" Suara pada 16 tahun dahulu berkecai apabila Hana menyentuh lengannya lembut. Air mata yang mengalir setitik dia mengelap dengan kasar.
"Ibu, kenapa nangis ni? Ibu okay ke?" Hana yang melihat air mata itu terus jadi cemas. Nak sahaja dia telefon ayahnya kot-kot ibunya sakit.
"Tak, tak ada apa-apa. Hah, apa nama kawan kamu tu tadi? Alang-alang ibu nak kenal."
"Oh, nama dia Hazriq. Hazriq Anwar kalau tak silap Haris"
'Deg!'
Buku latihan dihadapannya diambil lalu digulungkan sebelum dibuat memukul kepala Haris, "Lah, nama kau Hana ke? Ibu cakap dengan Hana, yang kau menjawab ni dah kenapa?"
"Eh? Lah yeke? Tapi aku tak dengar pun nama Hana tadi?" Haris memuncungkan bibirnya seraya menggosok kepalanya selepas menjadi sasaran buku Nuran. Hana pula menjaga air daripada tumpah di buku mereka berdua. Kalau tumpah ni, Naya.
YOU ARE READING
Samseng Handsome Itu Abang Aku!
Action"Memang persis seorang gangster tapi percayalah, dalam hati ada taman" Hazriq Anwar, bekas pelajar SMK Damansara Tinggi di Kuala Lumpur memulakan buku kehidupan barunya di Terengganu. Malang bagi dirinya apabila dia ditempatkan di sekolah berprest...