"Disebabkan kau lambat datang Study Time dua hari lepas , kau kena belanja kitaorang dua kotak air Milo setiap seorang. Haa, amacam Hana? Haris? Okay tak denda aku ni?"
"Baik punya denda kau. Aku setuju" tanpa berfikir panjang, Haris terus setuju. Hazriq pula sudah mengumpat di dalam hati. Dia ni, bab makanan laju je. Tapi nasib badan tu tak gemuk.
Nuran semakin teruja. Dia memandang Hana pula ingin mendapatkan keputusan. "Kau pulak Hana?"
Hana tampaknya ragu-ragu untuk bersetuju. Hazriq berasa pelik apabila Hana tiba-tiba sahaja memandangnya. Kening Hazriq diangkat menandakan kenapa dia memandang dirinya sebegitu.
"Awak okay ke kalau nak belanja ni?" Hana menyoal.
Bukan apa, dekat kantin sekolah mereka, Air Kotak Milo adalah paling mahal sekali dalam banyak-banyak air kotak. Sekotak Rm2. Kalau seorang dua dan yang nak dibelanjakan adalah untuk tiga orang, maknanya Rm12 lah kan?
Eh, mak bapak dia tak marah ke? Risau jugak.
Tapi tak tahulah kalau kat sekolah lain lagi mahal ke tak. Kalau kat luar sekolah, rasanya baru Rm1.70 .
Hazriq terdiam. Lah, kok nanya? Bukan ini namanya denda? "Haih, bolehlah. Dah namanya aku yang salah."
"Okay, saya setuju!" Hana membuat thumbs up.
"Haa, okay. Waktu rehat ni belanja tau? Jangan lupaaaa! Okay, aku gerak dulu,"
Tubuh Nuran dihantar oleh mata ketiga-tiga sahabat baiknya sehingga hilang dari pandangan. Maklumlah, kelas lain-lain. Susah juga kalau member duduk kelas lain ni.
"Hahaha, yeay! Dapat air free. Tak sia-sia aku ke sekolah!" Haris bersorak gembira sambil tangannya menari kecil dan bergerak ke mejanya.
"Macam salah niat je tu?" Hana mengangguk tanda setuju. Haris ni, memang datang sekolah sebab nak makan ke nak belajar? Mentang-mentang nasi lemak Makcik Salehah sedap, ketidakhadiran pelajar dekat sekolah berkurang, tahu?
Tapi nak kata semua mampu membeli tak jugaklah. Ada yang bawa bekal dari rumah dan ada pula yang memang status mereka ialah miskin. Ada juga yang bawa duit yang cukup-cukup untuk beli makanan buat dirinya sahaja dan itu yang membuatkan Hana khawatir. Dia, tak menyusahkan Hazriq kan?
"Yang kau ni, dah kenapa?" Hazriq menegur apabila riak tidak senang di wajah Hana terpapar jelas. Seolah-olah baru sahaja mencuri data penting di sebuah syarikat.
"A-awak ada duit kan nak belanja kitorang?" soal Hana tergagap-gagap. Hana menundukkan wajahnya. Hurm, meja ni cantik walaupun ada kesan cakaran gitu tapi bak kata zaman now, aesthetic. Eh-
Selalunya, ada yang akan marah dirinya kerana menganggap dirinya terlalu sombong dan mahu mengatakan yang orang lain adalah miskin, walhal bukan itu niat sebenarnya.
Hazriq terkaku seketika sebelum dia ketawa perlahan tetapi cukup menarik perhatian sesiapa yang mendengar. Dia tersenyum senget,
"Apa benda lah, ish takyah risaulah." Hazriq menggeleng perlahan sebelum jarinya lincah memutarkan pen berdakwat hitam dijari nya.
Mendengar respon Hazriq, Hana menghela nafas perlahan. Baguslah dia tak marah, ingatkan Hazriq akan membentak dengan cara-cara yang kasar memandangkan dia adalah lelaki.
Hana merasakan angin menampar pipinya. Sejuk. Mukanya dihala ke tingkap kelas. Amannya hari ini, semoga sepanjang hari ini dia tidak mengalami sebarang masalah lagi. Cukuplah, berikan sehari supaya dia menarik nafas baru.
***
Langkah mereka berempat sangat perlahan. Hati mereka merasakan sesuatu yang berlainan dari hari ini err... Kecuali Hazriq.
![](https://img.wattpad.com/cover/334228636-288-k88422.jpg)
YOU ARE READING
Samseng Handsome Itu Abang Aku!
Action"Memang persis seorang gangster tapi percayalah, dalam hati ada taman" Hazriq Anwar, bekas pelajar SMK Damansara Tinggi di Kuala Lumpur memulakan buku kehidupan barunya di Terengganu. Malang bagi dirinya apabila dia ditempatkan di sekolah berprest...