SHIAA : 3

1 0 0
                                    

Ketukan pintu kedengaran oleh penghuni rumah. Tanpa salam atau apa-apa kata untuk disebut, Hazriq terus masuk selepas kasut sekolahnya di tanggalkan.

'Mampus ah kena marah pun,' katanya di dalam hati. Alah, siapa suruh kutip dia sebagai anak angkat? Takde siapa suruh pun an? An an? Diaorang je yang sibuk nak ambik dia. Eh, ingat dia ni tak boleh hidup sendiri ke?

Sebaik sahaja dia menutup pintu rumah, seorang gadis melalui belakangnya. Dia berhenti statik disitu dan mengurutkan dadanya.

"Haiya, terkejut saja"

Hazriq memandang empunya suara lunak. Seorang gadis dengan wajah terkejut kelihatan seperti umur 10 tahun. Hurm, anak diaorang ke?

"Oh, Hazriq kan?" muncul lagi seorang lelaki yang dua tahun lebih tua dari gadis kecil tadi. Hazriq hanya sekadar mengangguk.

"Saya Wang Meng. Ini adik saya, Wang Yen. Abang dari KL kan? Selamat berkenalan!"

"Haa okay" kata Hazriq dengan selamba lalu naik keatas sambil mengemaskan lagi beg di bahunya. Sesi perkenalan sudah tamat, aku nak naik atas. Cakaplah sorang-sorang kat situ.

Manakala Wang Meng dan Wang Yen tercengang dengan perangai Hazriq. Jadi, ini yang dikatakan oleh papanya pagi tadi? Papanya kata lelaki bernama Hazriq ini tiada perasaan dan jangan melayan sangat tetapi yang ini, kenapa seram yang amat? Macam gangster!

Wang Yen perlahan-lahan mendekati Hazriq yang masih menaiki tangga untuk keatas. "A-abang taknak makan terus ke? Nanti sejuk!"

Hazriq berhenti sekejap beberapa saat sebelum melangkah semula, "Ya ya ya, nanti aku turunlah"

Belakang Hazriq yang menaiki tangga itu hanya ditatap sahaja oleh Wang Meng dan Wang Yen.

***

"Hazriq, kenapa tak makan?"

Selepas Hazriq membasahkan diri dan solat Zuhur, dia turun kebawah walaupun dia tak mahu. Tapi, nak buat macam mana? Encik Wang Shu ni yang memaksa! Argh!

Dan disinilah dia, bersama satu keluarga di meja makan.

Makanan yang terhidang hanya dipandang oleh Hazriq. Nasi yang disediakan di dalam pinggan langsung tak diusik. Kedua-dua tangannya pula diletakkan di kiri dan kanan pinggan seperti orang yang langsung tidak mahu makan.

"Jangan risaulah. Kami faham. Semua ini dijamin halal. Kalau tak percaya, tu pergi dekat dapur. Plastik dalam tong sampah siap tulis logo halal lagi" tutur Encik Wang Shu dengan nada biasa. Hazriq ni, kalau cakap lembut-lembut pun bukannya dia dengar. Isterinya menepuk lembut di lengan suaminya, menyuruhnya agar tidak terlalu menekankan si Hazriq

Hazriq memutarkan bola matanya, lelaki ni memang suka cari pasal dengan dia. Entah apa-apa.

"Abang Hazriq, cuba yang ini" spontan, Hazriq memandang pinggannya yang sudah diisi dengan daging masak merah buatan mama mereka, Puan Wang Yan. "Yang ini? Jangan makan daging saja maa, makan sayur juga"

Kali ini, Wang Meng pula yang meletakkan sayur di pingannya dan Hazriq hanya menatap kosong. Mungkin terkejut? Mungkin juga...

"Sekejap, abang?" Wang Meng dan Wang Yen menggeletar, tatapan tajam dan anak mata bak helang membuatkan sesiapa sahaja boleh terkencing di dalam seluar. Weh, jangan pandang macam tu...

Beberapa saat kemudian, Hazriq mula fokus kepada rezeki di pingannya. Sudu mula dipegang dan menggaul nasi sebelum disuakan di mulut.

"Jadi, panggil bro?" Hazriq mengangguk kepala. Lagi sedap telinga mendengar. Ini, abang? Eii, telinga dia boleh muntah hijau!

Samseng Handsome Itu Abang Aku!Where stories live. Discover now