"Awak bawa ke barang-barang tu semua?"
Syazwan sekadar mengangguk dengan yakin. Beg galasnya dipegang tanda ada di dalam begnya. Qaisara tersenyum lebar, sinis. Suka dengan tindakan teman lelakinya yang sekepala dengannya. Tak sabarnya nak balas dendam!
Semalam, lihat sahaja Hana yang seceria semacam dan tidak terkesan dengan rancangannya membuatkan mereka merancang pelan baru.
Lagi best! Walaupun nampak seperti idea lama kerana ramai menggunakannya tapi tak mengapa. Mari menikmatinya!
"Dia tak datang lagi, sekarang ke?" soal Qaisara semula. Syazwan menggeleng pantas, "Nanti semua lari"
Gadis itu hanya respon dengan 'oh' sahaja tanda faham. Benar juga. Bukan apa, dia pun benci juga dengan haiwan itu. Kalau boleh sebelum Syazwan dan beberapa orang yang menyertai rancangan ini, dia nak lari keluar dari kelas.
Ahli-ahli lelaki De'Q pun ada yang masuk. Maklumlah, kumpulan itu atas namanya juga, sebagai back-up. Kalau dirinya terkantoi dengan mana-mana guru, kumpulan yang orang kenal ketuanya ialah Lia akan dipergunakan. Alah, diaorang mesti ingat ketua dia Lia sedangkan dirinya adalah penubuh group itu.
Cantik kan plan dia?
Hehehe,
Terima kasih kerana puji~
Kalau diikutkan rutin harian seorang Hana Delisya di sekolah, dia akan meletakkan begnya di kerusi sebaik sahaja dia sampai dah bergerak ke loker untuk mengambil buku-buku yang disimpan dan bakal digunakan hari tersebut.
Barulah dia duduk dan berlajar macam biasa. Dia takkan kemana-mana dah kecuali ke tandas atau waktu rehat.
Mereka berdua tersenyum sinis, bila rakan-rakan yang termasuk dalam rancangannya hadir bersama satu plastik berwarna jingga dan terdapat satu bekas makanan plastik.
"Ohayo! Aku dah datang. Cepat, masukkan dalam ni sebelum dia datang," katanya lalu menghulurkan plastik tadi. Hidung dipicit siap-siap untuk mengelakkan bau yang tidak enak masuk ke dalam rongga hidungnya. Euw, makanan basi yang diambil dari tong sampah!
Huehuehue.
Syazwan mengeluarkan satu bekas dari begnya, dan diambil dua ekor haiwan yang paling zalim dekat dapur diletakkan di bekas makanan basi tadi lalu ditutup rapat. Bekas itu dipegang dahulu sehingga Hana sampai.
"Bila dia keluar, saya pun keluar jugak tau?" pinta Qaisara dengan mata bulatnya kepada Syazwan. Lelaki itu terdiam, bukan terasa atau apa cuma tahu Qaisara juga takutkan haiwan ini. Well, perempuan mana yang tak takut tu? Meh sini list nama.
Qaisara menggoyangkan jari telunjuknya ke kanan dan ke kiri tanda tidak boleh selepas menangkap senyuman yang terukir di wajah boyfriendnya. Hah sudah, ni nak usik dialah ni! Terus, Qaisara mengundur dua tiga setapak.
"Hohoho, takut ya?"
"Syaz, no"
"Why not?" Bekas yang disimpan semula di dalam beg dibawa keluar dan mendekati Qaisara yang sudah ketakutan dan geli melihat haiwan didalam bekas itu masih hidup dan bergerak.
Ehe, comelnya awaks bila buat muka camtuh. Fikir Syazwan. Dia merasakan dialah paling beruntung mendapat gadis secantik dan sebaik Qaisara walaupun dia membuat prank balas dendam sebegini. Katanya, Hana yang berbuat jahat dulu kepadanya.
"Syaz, no lah-"
"Assalamualaikum," Hana masuk kedalam kelas dengan kaki kanan lalu menuju ke mejanya. Bekas-bekas yang dibawa tadi disorokkan di bawah meja dan di dalam beg agar gadis itu tidak nampak.
![](https://img.wattpad.com/cover/334228636-288-k88422.jpg)
YOU ARE READING
Samseng Handsome Itu Abang Aku!
Aksiyon"Memang persis seorang gangster tapi percayalah, dalam hati ada taman" Hazriq Anwar, bekas pelajar SMK Damansara Tinggi di Kuala Lumpur memulakan buku kehidupan barunya di Terengganu. Malang bagi dirinya apabila dia ditempatkan di sekolah berprest...