SHIAA : 1

2 0 0
                                    

Beg yang disandang dibahunya dipegang kemas. Ketakutan mula menguasai diri. Dengan lafaz Basmallah serta ayat-ayat suci Al-Quran, dia beranikan diri melangkah masuk kedalam kelasnya.

Apa yang peliknya, semua penghuni kelas itu sangat diam dari biasa! Sebelum ini kelasnya, 5 Neutron sangat bising sehingga kelas bawah atau penghuni aras satu mampu mendengarnya. Walau 5 Neutron ini adalah kelas pertama dan kebanyakannya anak orang berharta, mereka tidak pernah di sound oleh mana-mana guru, guru disiplin mahupun Pengetua.

Kenapa? Heh, setiap kali ada guru yang hadir mereka terus berbincang sesama sendiri dan guru menganggap suara kecoh tadi hanya perbincangan topik SPM!

Nampak sangat berlakon depan cikgu!

Langkahnya diteruskan, menuju ke mejanya. Rasanya amat janggal sekali.

'Argh! Kau Hana Delisya, anak kepada empunya syarikat H.P Touch. Jangan disebabkan kau hanya pakai cermin mata kau dibuli seumur hi-' desis hatinya berhenti disitu apabila sesuatu yang ditunggu tunggu satu kelas berlaku.

'Plak!'

'Bam!'

Bunyi kaki tersadung dan bunyi seorang gadis terjatuh sangat kuat sehingga letusan ketawa bergema satu kelas. Gadis itu lemah dalam bab-bab keberanian dan kata-kata membela diri. Sungguh, gadis itu hanya pasrah sahaja.

"Ops? Sorry, sengaja~" ala-ala puteri raja, gadis yang menghulurkan kaki tadi tergelak ayu. Sengaja mahu berlakon cantik dan baik seperti perempuan melayu terakhir dihadapan boyfriendnya yang turut sekelas tapi, jangan mudah terpedaya! Dia dan teman lelakinya sama sahaja! Dua-dua lagak samseng sekolah.

Bagaimana dia ada boyfriend? Dengan adanya muka dia yang cantik, menggoda lah jawapannya. Nak tahu siapa gadis yang berlagak samseng ni?

Dialah Qaisara Elina atau mesra dipanggil Qai dan boyfriendnya pula Syazwan. Mereka berdua ini sejiran sejak kecil tetapi tidak pernah bersemuka. Selepas Syazwan menjadi kekasih dia, mereka kerap keluar dan suatu hari baru mereka tahu yang mereka berdua adalah sejiran.

Gadis malang tadi perlahan-lahan bangun dan terus duduk ditempatnya. Suara ketawa dibiar sahaja angin yang membawanya. Seketika matanya menangkap gelengan seseorang dibelakang kelas.

Ketua pengawas itu atau sesuai dipanggil Haris menggeleng simpati apa yang terjadi kepada gadis itu. Dirinya tidak tahu apa yang patut dilakukan untuk mengatasi perkara ini berlaku lagi. Pengetua langsung tidak percaya dirinya!

Kalau ada aduan daripadanya atas kesalahan dari kelas lain, semua guru masih boleh terima tetapi kenapa kelas ini semua guru tidak mengambil kesah atau ada tangan ghaib yang settle kan?

Tiba-tiba guru matapelajaran semasa masuk dengan seorang remaja lelaki yang bernampilan kurang kemas. Bajunya yang tidak dimasukkan dan tai yang dibiarkan sedikit kebawah menjadi perhatian kesemua murid 5 Neutron.

"Assalamualaikum murid-murid! Sebelum kita lanjutkan ke topik yang baharu, Cikgu nak kenalkan kamu dengan rakan kelas baru kamu. Baiklah, tolong kenalkan diri?" soal guru itu dan memandang remaja disebelahnya. Wajah lelaki itu yang tiada senyuman memutarkan bola matanya dengan malas. "Hazriq. Panggil Riq cukup"

Selepas itu kelas menjadi senyap seketika sebelum bisikan memenuhi kelas itu. Pendeknya? Sombong sangat tu.

"Kamu boleh kenalkan diri selepas ini. Hazriq, kamu boleh duduk dimana-mana yang kamu nak. Sekarang buka buku latihan kamu semalam dan hantarkan kepada cikgu." Dengan sekali nafas, guru itu mengarahkan tugas mereka dengan cepat. Mungkin dah bazir masa dengan bisikkan murid-murid tadi.

Hazriq yang dengar arahan itu terus kebelakang dimana ada dua buah meja yang masih kosong. Satu meja ayang berkumpulan dengan lelaki-lelaki yang boleh dikatakan lagak samseng sekolah dan satu lagi disebelah seorang gadis yang masih mencari bukunya. Nampaknya, gadis itu berdekatan dengan almari dan tingkap kelas.

Samseng Handsome Itu Abang Aku!Where stories live. Discover now