C1: first meet

797 40 3
                                    

❛ i don't know how you got into my heart, i do know that i don't want you to leave  ❜

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

i don't know how you got into my heart, i do know that i don't want you to leave  ❜

⋆ ˚。⋆୨୧˚

Iman menyeluk pocket seluarnya untuk mengeluarkan sekotak rokok.

"aduh dah habis pulak" Iman menutup semula kotak rokok itu dan mencampakkannya ke dalam tong sampah berdekatan.

selepas itu dia memilih untuk pergi ke kedai runcit yang tidak jauh dari sini. dia dah lama tak hisap rokok sebab dia selalu terperap sahaja dalam rumah. dalam rumah dia tak hisap. tak berani nak ambil risiko sebab parents tak tahu.

10 minit dia berjalan ke kedai runcit. penat jugalah. kalau dia tahu rokok dia nak habis dia akan bawa motor keluar. boleh sahaja dia nak pergi ambil motor tapi dia malas pulak.

sampai sahaja dia masuk terus ke bahagian kaunter pembayaran.

"sekotak bang" dengan jarinya menunjukkan ke arah rokok rokok yang tersusun di belakang abang cashier tu.

"kau perempuan aku tak boleh jual" lelaki itu menolak permintaan Iman.

Iman membuat muka tidak puas hati.

"apahal pula nak kena berkait dengan jantina? aku dah lepas 18 tahun" marah Iman. siapa pula kata perempuan tak boleh isap rokok. tapi kalau ikutkan dua dua jantina memang tak boleh isap pun. mana aci perempuan sahaja tak boleh.

"eh macam mana kau nak bagi laki kau anak kalau hisap rokok?" tanya lelaki itu.

"eh bodo. kalau lelaki isap rokok tak berkurang ke sperma nanti?" tanya balik Iman. dia ingat rokok tu rosakkan perempuan sahaja ke? lepastu kalau ada masalah nak bagi anak mesti perempuan. macam jantan tak boleh nak ada masalah kesihatan.

lelaki itu diam. dia pun mengambil satu kotak rokok dan dihulurkan pada Iman.

Iman mengeluarkan duit daripada poket seluarnya lalu diserahkan pada lelaki itu.

"baki tak perlu" Iman pun terus membuka kotak rokok itu. seputung rokok dikeluarkan dan dinyalakan menggunakan lighter.

Iman sengaja memilih untuk menghisap di situ untuk menunjukkan pada lelaki itu. lelaki itu hanya memandang Iman tanpa suara.

satu minit kemudian ada seorang lelaki lagi datang untuk membayar. juruwang itu mengira satu satu persatu barang barang sementari lelaki itu hanya diam menunggu. dia bertentang mata dengan Iman, dia menunduk sedikit kepalanya.

Iman hanya memandang gerak geri lelaki itu tanpa berkata apa. lelaki itu menarik perhatiannya.

"semua sekali rm39.90" kata juruwang itu.

lelaki itu pun menyeluk poket seluarnya untuk mengeluarkan duit. dia mengira duit itu tetapi muka dia berubah cuak. dia menyeluk poket dia lagi satu tetapi tiada apa di dalam.

"alamak. mana lagi rm30 makcik bagi tadi" bisik lelaki itu. takkan tercicir pula?

Iman yang sedar lelaki itu dalam masalah pun bertindak.

"tak cukup duit ke?" tanya Iman.

lelaki itu memandang Iman dan mengangguk.

"haah... tadi rasanya ada rm50 dalam poket seluar ni. keluar keluar tinggal rm20 je" jelas lelaki itu. dia dah tak senang duduk. macam mana nak bayar ni. dahlah dia tak bawa beg duit dia.

"tak apa, aku bayarkan dulu lagi separuh. Iman mengeluarkan lagi rm20 lalu diserahkan pada lelaki itu.

"tak apa ke ni?" tanya lelaki itu. dia tak selesa meminjam duit gadis itu.

"tak apa. bayar dulu nanti settle lain. tu mamat tu dah bosan tunggu" tunjuk Iman pada juruwang tu.

Kahar pun cepat cepat membayar. setelah selesai mengambil barang barang yang dibeli, dia memandang Iman.

"ikut aku" suruh Iman.

lelaki itu akur dan mengikut Iman daripada belakang. sampai sahaja di luar kedai mereka berhenti.

"terima kasih" ucap lelaki itu. nasib baik ada gadis tu kalau tak mahu balik dia kena bebel teruk dengan makciknya.

"sama sama. btw nama kau siapa?" tanya Iman. dia tanya seperti mahu berkenal lama sahaja tapi memang itu pun niat dia.

"Abdul Kahar" lelaki itu memperkenalkan diri.

"nama aku Iman" Iman pula memperkenalkan diri. Kahar hanya mengangguk.

"macam mana saya nak bayar balik duit awak tadi?" tanya Kahar.

"tak perlu bayar" tolak Iman.

terjegil biji mata Kahar dengar jawapan Iman.

"eh mana boleh macam tu, awak-" Kahar tidak sempat menghabiskan ayatnya dipotong terus oleh Iman.

"kalau kau bayar balik aku buang duit kau" ugut Iman. lain daripada yang lain gadis ni.

Kahar membuat riak keliru. dia tak faham kenapa Iman menolak duit dia pula. dahlah mereka baru sahaja kenal. tak sampai 30 minit lagi.

"tapi aku nak kau datang jumpa aku lagi lepasni" kata Iman. dia tak mahu bayaran balik secara tunai tapi secara berkenalan.

Kahar berfikir seketika. untuk apa lagi mereka berjumpa?

"boleh tak?" tanya Iman dengan sedikit tinggi nada suaranya.

"boleh... tapi bila?" tanya Kahar. dia tengok Iman ni garang semacam sahaja. seram pula.

"esok. kau tinggal dekat taman perumahan Anggerik kan?"

Kahar mengangguk.

"kita jumpa dekat jalan 5" kata Iman.

"awak duduk dekat taman perumahan yang sama ke?" tanya Kahar.

"haah... esok pukul 5 tepat" Iman cakap sahaja macam tu tapi nanti dia lewat juga.

"okay..."

"saya kena balik dah ni" Kahar meminta diri dulu sebab risau makcik dia dah lama tunggu barang.

"boleh silakan" Imam memandang Kahar yang berjalan pergi dari situ.

selepas itu bibirnya mengukir senyuman sinis.

"let me make you mine, pretty boy"

˚୨୧⋆。˚ ⋆

protection; a. kahar Where stories live. Discover now