❛ and then you came along, my life became beautiful ❜
⋆ ˚。⋆୨୧˚
setelah kejadian itu Iman membawa Mia dan Kahar ke tempat persembunyian di belakang sekolah. di situ cukup sesuai untuk mereka berdua berbincang kerana tidak akan ada kelibat manusia lain yang muncul. Naim pun turut ada bersama mereka sekarang ni.
"adik..." Mia terus menarik Kahar ke dalam pelukannya. sungguh, sungguh dia rindu untuk mendakap adik dia.
Kahar pun membalas pelukan Mia. air mata sudah mengalir deras di pipi lelaki itu. penantian dia selama akhirnya terhenti. dia dapat jumpa semula dengan kakaknya.
"Kahar rindu Mia..." rintih Kahar. suara dia tersekat sekat dek kerana menangis yang menjadikan nafasnya tidak teratur.
"Mia pun rindu jugak adik, rindu sangat" Mia mencium tepi dahi adiknya. ya Allah terima kasih.
Naim dan Iman pula hanya berdiri diam di situ untuk membiarkan adik beradik ini melepaskan rasa rindu.
tidak pernah Naim tahu yang selama ni Mia ada adik. dia selalu bercerita tentang abang dia sahaja. dan dalam ramai ramai orang Kahar pulak tu adik dia. wah, hidup ni memang penuh dengan kejutan.
dan untuk kali pertama, Naim nampak Kahar menangis. lelaki itu selalu nampak kuat di mata Naim. abang senior yang sangat dia kagumi dahulu sebelum Kahar naik menjadi kapla.
Kahar dan Mia melepaskan pelukan. kita mata mereka bertentang antara satu sama lain. Mia menekup wajah Kahar dan menghadiahkan ciuman di dahi adiknya itu.
"Mia pergi mana selama ni?" tanya Kahar sayu. dia ada cuba cari Mia tapi masa tu umur dia masih lagi 13 tahun jadi dia tak dapat nak cari kakak dia sampai jumpa.
"Mia ada je dekat sini sayang. salah Mia yang tak pernah cari adik" dia selalu je rasa yang Kahar dekat dengan dia tapi tak pernah sekali pun dia cuba untuk pergi cari.
Mia rasa benar benar tak guna biarkan adik duduk dalam nereka yang bapa mereka sendiri buat.
"kenapa Mia tak cari Kahar?" Kahar berharap sangat yang Mia bawa dia pergi sekali masa gadis itu kena halau. tetapi tidak, kakak dia pergi meninggalkan dia tergapai seorang diri. dia pernah seketika rasa benci pada kakaknya.
"Mia..." Mia tak tahu nak jawab apa. dia sendiri tidak tahu mengapa.
"Mia dah penat nak jaga Kahar ke?" tanya Kahar. mungkin sebab itu Mia tak datang mencari dia.
YOU ARE READING
protection; a. kahar
Fanfiction❝ let me take care of you and your heart ❞ lowercase | ooc kahar start: 14th March 2023 end : 17th March 2023 @ieqachoii | 2023