C11: iman and mia

201 14 2
                                    

❛ i wonder if we ever think of each other at the same time ❜

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

i wonder if we ever think of each other at the same time

⋆ ˚。⋆୨୧˚

petang ni Iman berada di belakang sekolah bukan untuk berjumpa dengan Kahar tetapi berjumpa dengan sahabatnya, Mia. mereka sudah lama berkawan. mereka sama sama pelajar STIA bermula daripada tingkatan satu lagi.

perwatakan mereka berdua memang iras. cara berpakaian, rambut berwarna, sikap kasar dan merokok. masa sekolah dulu hampir semua pelajar kenal mereka. ada yang sampai anggap mereka kembar.

"kau buat apa dekat sekolah ni?" tanya Iman. macam mana Mia boleh ajak mereka berjumpa dekat sini?

"aku kerja sinilah, tolong bapak angkat aku tu" Mia ikutkan tak nak pun kerja dekat kantin sekolah tu tapi kena paksa nak buat macam mana. bapa dia asyik guna alasan result SPM dia tu sahaja nak memaksa dia kerja dekat kantin sekolah tu.

"setelah lama, berjaya jugak dia paksa kau ya" Iman teringat Mia selalu mengadu kepadanya yang bapak dia ni asyik membebel paksa dia bekerja.

"aku dah penat, penat nak dengar dia bebel. ni pun aku dah kerja dia berleter lagi" Mia rasa mungkin sampai dia mampus kena bebel sahaja.

"kau keluarlah dari family tu, hidup sendiri pulak. kau dah habis sekolah kan" suruh Iman. Mia dah boleh hidup berdikari rasanya.

"memang kalau boleh aku nak tapi macam tak kenang budi pulak. diorang kutip aku masa aku kena buang dengan mak ayah kandung aku dulu" Mia sangat terhutang budi sebenarnya. mereka dah bela Mia daripada umur dia 15 tahun sampai harini. dia sepatutnya bersyukur ada orang nak kutip dia.

tiba tiba Iman teringat akan sesuatu.

"kau tak nak jumpa adik kau ke?"

reaksi wajah Mia berubah serta merta.

"kau tahukan aku nak, nak sangat. tapi aku tak rasa adik aku nak jumpa aku" Mia rindu sangat dengan satu satu adiknya itu. rindu yang tidak dapat dia gambarkan.

"dia mesti nak, kau je yang jaga dan rawat dia sebelum kau kena halau. dia mesti rindukan kau" Mia tak cerita detail sangat pasal adik dia tu. umur pun Iman tak tahu. dia cuma kata mereka berdua sangat rapat sahaja.

dia tak mahu Mia sedih sebab tu Iman tak tanya lebih lebih.

"aku...belum ready lagi lah nak jumpa dia" Mia rasa dia belum layak nak jumpa semula dengan family kandung dia. kalau ayah dia tengok diri dia sekarang mesti Mia kena tambah caci maki lagi adalah.

"sampai bila nak tunggu kau bersedia ni?" tanya Iman.

dia mengangkat bahu sahaja sebagai jawapan. dia pun tak tahu.

he just hope one day god will let them accidentally meet each other. it more better that way.

"Mia!" tiba tiba ada suara lelaki muncul. Mia dan Iman memandangkan ke arah pemilik suara tu dan melihat Naim sedang jalan menuju ke arah mereka.

"macam mana kau tahu aku ada dekat sini?" tanya Mia. dia tak ada bagitahu Naim pun.

"aku cuba nasib je. aku call kau tak dapat" jawab Naim.

"dia ni siapa Mia?" tanya Iman. daripada cara dia bercakap lembut je. macam budak baik. baju aku tengok pun pakai blazer. mesti pengawas.

"oh... dia ni Naim kawan aku" Mia perkenalkan Naim kepada Iman.

"kawan kau? sejak bila kau kawan dengan budak baik?" tanya Iman keliru. pelik dia tengok Mia kawan dengan pengawas. Mia dan Iman selalunya memilih bila berkawan. mereka tak suka kawan dengan budak baik ni sebab nanti banyak bagi masalah sahaja.

"budak baik? tak ada budak baik dekat KUDRAT ni. pengawas pun boleh tahan tak guna" Naim bersuara.

"betul betul" Mia mengangguk kepala setuju. dia perhati persekitaran sekolah tu pengawas tak berguna pun tapi mereka lagi bijak daripada student biasa selalunya.

"nama kau siapa?" tanya Naim.

"oh nama aku Iman" jawab Iman kenalkan diri.

"eh tapi iya ke berkawan ni? ke bercinta?" Iman sengaja masuk ayat nak bergurau.

Naim terdiam. mungkin tahan malu dengan gurauan Iman. okay sekarang Iman dah tahu yang Naim sukakan Mia.

tapi Mia pula dah buat muka tak puas hati.

"kepala otak kau bercinta, aku tak minat cinta cinta ni" Mia menafikan soalan soalan Iman tu. bercinta? lambat lagi untuk dia. lagipun siapa yang nak dekat dia?

Naim sedikit kecewa dengan kata kata Mia. Iman dapat baca daripada reaksi wajah dia tu. tak apa bro, i know one day Mia will like you too.

"kau kenapa cari aku?" tanya Mia.

"sekarang dah waktu rehat, aku tengok kau tak ada dekat kantin pun" jawab Naim. Mia melihat jam tangannya.

"eh iyalah. Iman aku kena gerak gi kerja dulu ni" Mia ikutkan dah terlambat sebab waktu rehat pun dah masuk sebenarnya.

"tak apa tak apa, kau gi lah kerja. nanti bila bila nak lepak lagi aku roger"

"okay cun" Iman dan Mia bump their fists together.

"bye Iman"

Iman melambaikan tangannya pada Mia dan Naim.

"bye Mia, bye Naim" Mia dan Naim lambai semula ke arah Iman dan mereka berjalan masuk ke dalam sekolah.

tak lama selepas itu Iman terfikirkan sesuatu. sesuatu yang menjadi tanda tanya dalam fikirannya sekarang ini.

"are they connected to each other?"

˚୨୧⋆。˚ ⋆

protection; a. kahar Where stories live. Discover now