❛ you're the first person i ever showed
my heart to and you're the reason no one
will ever see it again ❜⋆ ˚。⋆୨୧˚
Kahar dan Iman akhirnya tiba di kampung Iman yang terletak di Dungun, Terengganu. rupanya kampung mereka jiran negeri sahaja. tak sangka pula.
selepas Kahar berjumpa dengan rakan rakannya. dia terus mengemas pakaiannya dan ikut Iman pulang semula ke rumah untuk gadis itu pula bersiap dan mengemas pakaian.
sebelum maghrib mereka bergerak ke kampung Iman dan akhirnya mereka tiba pada pukul 11 malam.
"Assalamualaikum" Iman memberi salam kuat.
Kahar hanya berdiri di situ mendiamkan diri.
"Waalaikumussalam" sahut satu suara dari dalam rumah itu. seperti suara wanita.
pintu kayu rumah itu terbuka dan menampakkan susuk tubuh wanita tua.
"Ariana?" terkejut wanita tua itu.
"iya nek, Ariana ni" Iman naik dan memeluk wanita tua itu. dia sungguh rindu akan nenek kesayangannya. dah lama dia tak balik. kalau tak dulu setiap bulan jumpa.
"bila sampai? kenapa tak bagitahu nenek dulu" nenek membalas kembali pelukan Iman.
Kahar pula? biarkan dulu dia berdiri tercegat di situ. sekarang momen nenek dan cucu.
"baru je sampai ni. Iman saja nak surprise kan nenek" Iman tersengih sambil mengangkat kening bangga rancangannya berjaya.
"banyaklah kamu punya surprise. nasib baik nenek tak tidur lagi. kalau tak tak ada siapa nak bukak pintu" nenek Iman marah tapi tak macam marah.
"eh ini siapa pula kamu bawa balik?" akhirnya nenek Iman nampak kewujudan Kahar di situ. member dah berpeluh tahan nervous.
Iman diam menunggu Kahar memperkenalkan diri tetapi lelaki itu pun turut berdiam.
Iman mengeluh kecil. malu sangat si Kahar ni.
"dia ni Kahar nek, kawan Ariana" kalau boleh Iman nak kenalkan Kahar sebagai boyfriend tapi dia fikir balik kejadian sebelum ni. dia menahan hasratnya dulu.
"Assalamualikum nek" Kahar bersalaman dengan wanita tua itu.
"Waalaikumussalam, boleh tahan segak juga kawan kamu ni" puji nenek Iman.
muka Kahar dah naik merah tahan malu. Iman tergelak tengok pipi si Kahar dah naik merah.
"haah nek, dia memang segak pun" Iman pun turut puji Kahar. dia ni saja nak buat Kahar bertambah malu. muka Kahar dah sakit tahan senyum daripada tadi.
"nek, ada makan lagi tak? Ariana lapar" dari petang tadi juga dia menahan perut sebab nak menjamu dekat rumah nenek dia. rindu masakan nenek dia.
"kamu balik tak bagitahu lepastu sampai sampai minta makan, nasib baik ada lebih lauk petang tadi sebab malam tadi nenek dengan atuk makan kat masjid" nenek Iman menggeleng dengan sikap cucu dia yang satu ni.
"jomlah naik dulu, kamu dengan Kahar mandi mandi dulu sementara nenek sediakan makan"
"Kahar, kamu punya bilik sebelah bilik Ariana ya" Kahar mengagguk. dia pun ikut Iman dan neneknya naik ke atas rumah.
Iman dan Kahar berkemas dan mandi. setelah 15 minit mereka pun ke dapur dan lihat lauk ayam masak lemak cili api sudah terhidang di atas meja.
"maaf ya Kahar, ini je nenek dapat sediakan. Ariana tak bagitahu nenek dia nak balik harini" nenek Iman menghidangkan nasi putih di hadapan Iman dan Kahar.
"eh tak apa nek, ni pun dah cukup. terima kasih" Kahar hadiahkan senyuman pada nenek.
"comellah kamu ni Kahar, nenek naik dulu ya. nak tidur dan ni mengantuk. nanti suruh je Ariana kemas semua ni" nenek mengusap lembut bahu Kahar dan bergerak masuk ke dalam bilik tidurnya.
"nenek aku pun puji kau comel" Iman mencedok lauk ke dalam pinggan Kahar.
"eh tak apa saya boleh cedok sendiri" Kahar cuba mengambil pinggan lauk daripada tangan Iman namun ditepis oleh gadis itu.
"tak apa aku buat" Kahar akur sahaja dengan permintaan gadis itu.
"tadi saya dengar nenek awak panggil awak Ariana"
"haah kenapa?" itu memang panggilan nenek dekat Iman sejak dari dia lahir lagi. ikut kata mak dia, nama Ariana tu nenek dia yang pilihkan.
"saya nak panggil awak Ariana jugak boleh?" minta Kahar. rasa macam sedap pula sebut nama tu.
Iman buat buat berfikir, padahal dia memang okay sahaja kalau Kahar panggil dia Ariana.
Kahar fikir Iman macam berat sahaja hati nak bagi dia guna panggilan Ariana jadi dia pun memendam sahajalah hasratnya.
"eh tak apa kalau awak tak suka, saya tak nak paksa" rasa bersalah pula sesuka hati minta nak tukar panggilan nama orang. mungkin itu panggilan special yang nenek dia sahaja boleh guna.
Kahar buat macam mereka ni dah berkenalan dari kecil pula.
Iman terkekeh kecil.
"tak adalah aku saja je nak kenakan kau. lepasni kau panggil aku Ariana ya"
Kahar ukir senyuman gembira di bibirnya apabila dia diberi kebenaran.
"okay... Ariana" Iman dan Kahar pun mula menjamu selera.
hati Iman tersenyum gembira melihat Kahar ada bersamanya hari ini.
"you can call me whatever you want sweetheart"
˚୨୧⋆。˚ ⋆
YOU ARE READING
protection; a. kahar
Fanfiction❝ let me take care of you and your heart ❞ lowercase | ooc kahar start: 14th March 2023 end : 17th March 2023 @ieqachoii | 2023