❛ he's just a beautiful boy with a beautiful soul. and i love him ❜
⋆ ˚。⋆୨୧˚
tiga minggu berlalu sudah sejak Kahar sedarkan diri. semuanya perlahan lahan kembali seperti sediakala. banyak yang berlaku sepanjang tiga minggu ni.
Fakhri dikenakan tindakan oleh pihak sekolah. dia tidak dibuang atas permintaan Kahar. jadi dia dikenakan hukuman gantung selama dua minggu.
sistem high council dihapuskan serta merta. pihak pihak alumni berbincang termasuk Abu Yamin dan mereka bersetuju. walaupun berat tapi mereka tiada pilihan.
apa yang mereka mahukan adalah pergaduhan terkawal melalui high council ini dengan harapan tiada lagi isu pembunuhan yang berlaku antara pelajar. namun lain pula yang terjadi pada tahun ini.
hubungan Kahar dengan family lebih baik. tidaklah begitu baik. keluarganya datang meminta maaf. dia memilih untuk memaafkan. tidak baik berdendam dengan keluarga tapi yang paling dia terkejut bila bapanya meminta maaf.
Kahar tidak kembali ke rumah keluarganya, dia masih tinggal dengan makciknya. dia tidak ada rasa mahu tinggal bersama keluarganya. dia lebih mahu tinggal dengan kakaknya tapi Mia masih tinggal dengan keluarga angkatnya.
dia juga dikejutkan dengan kehadiran ibu bapa Fakhri dan Naim yang datang melawatnya untuk meminta maaf bagi pihak anak mereka.
Naim pun sudah sembuh cuma muka dia masih berparut. dia dikeluarkan dari hospital lebih awal daripada Kahar. Naim juga ada datang melawat Kahar.
flashback;
Kahar sedang disuap makan oleh Mia, tiba tiba ada pintu wadnya di buka.
muncul Naim dengan keadaan wajahnya yang penuh luka. cukup parah sebab rupa dia pun dah sedikit lain. tangan patahnya pula dipakaikan penyangga (arm sling support)
"Naim..." panggil Mia. dia berhenti menyuap Kahar meletakkan mangkuk bubur di meja tepi katil. dia menghampiri Naim.
"Mia..." Naim pun menghampiri Mia.
"kau okay?" tanya Mia concerned. wajah lelaki itu diusap lembut.
"aku okay... aku datang ni nak tengok Kahar" Naim senyum kepada Mia. dia memang okay. tak rasa sakit dah badan dia.
"Kahar, how are you?" Naim menghampiri katil Kahar. lega dia bila dapat tahu lelaki ni sudah sedar. kurang satu beban dan kerisauan di hati tetapi tidak kurang rasa bersalah.
"i'm good, kau?" Kahar tanya Naim semula. dia tidak sangka Naim akan menyusul dia masuk hospital.
Naim hanya mengangguk sebagai jawapan.
"terima kasih" kata Kahar.
Naim berkerut muka keliru.
"untuk apa?" tanya Naim. dia tak ada buat apa apa untuk Kahar.
YOU ARE READING
protection; a. kahar
Fanfiction❝ let me take care of you and your heart ❞ lowercase | ooc kahar start: 14th March 2023 end : 17th March 2023 @ieqachoii | 2023