❛ to be with you that's all i want ❜
⋆ ˚。⋆୨୧˚
sejak dari haritu hubungan Kahar dan Iman semakin akrab. boleh dikatakan hampir setiap petang mereka berjumpa dan luang masa bersama. Iman pula dapat mengenal Kahar dengan lebih lagi seperti apa yang dia mahukan.
"saya rasa minggu ni last kita jumpa each other" kata Kahar. mereka berdua baru sahaja selesai berjogging dan kini sedang berehat untuk menyejukkan badan.
riak muka Iman terus bertukar tak puas hati. kenapa pula last? tak ada tak ada, dia nak jumpa Kahar hari hari juga.
"kenapa pulak?" tanya Iman. Kahar tergelak kecil melihat wajah Iman yang masam mencuka.
"sebab saya dah nak masuk asrama next week" jawab Kahar. sejujurnya dia merasa sedih juga sebab dia dah mula rasa selesa dengan Iman.
"oh lah, sebab itu je" lega Iman mendengar. itu perkara kecil sahaja dan bukan masalah untuk dia.
"itu je?" keliru Kahar. Iman fikir senang ke dia nak berjumpa lepasni. dia tak boleh nak keluar sekolah sesuka hati sahaja. lagi lagi waktu petang.
"jangan risau, aku tahu macam mana nak pastikan kita tetap berjumpa" Iman mengangkat kening bangga.
"macam mana?" Kahar masih tak dapat idea lagi ni.
"bila kau dah masuk sekolah nanti, kita tukar time jumpa time malam lah" cadang Iman. memang malam sahaja pun yang dia boleh mencuri curi masuk sekolah tu. kalau waktu lain berisiko tinggi.
"oh boleh boleh" Kahar hanya mengiyakan sahaja walaupun dia tidak tahu bagaiman cara Iman akan guna untuk masuk ke dalam sekolah nanti.
"eh, saya asyik bercerita pasal diri saya je. tak pernah pun awak bercerita pasal diri awak kat saya" betullah tu. sepanjang mereka dua berkenalan asyik Iman je tanya pasal hidup dia. Kahar tak pernah tanya pun pasal Iman.
"ada apa apa ke yang kau nak tahu pasal aku?" tanya Iman. dia pun tak tahu nak cerita apa pasal diri dekat Kahar. hidup dia biasa biasa sahaja.
"nama penuh awak pun saya belum tahu. umur sekali" jawab Kahar. dia tak nak tahu lebih lebih lagi setakat ni. itu semua nanti dia boleh tanya.
"oh... nama penuh aku Iman Ariana binti Abdul Hamid. umur aku pulak 19 tahun" jawab Iman. dia bersyukur si Kahar ni tanya soalan yang simple simple sahaja.
"oh... sedap nama awak" puji Kahar.
"so kiranya...saya kena panggil awak kakaklah eh?" Kahar saja mahu mengusik Iman.
"kakak? banyak lah kau. walaupun pun aku ni lagi tua daripada kau tapi muka aku lagi muda" balas Iman. dia tak suka orang panggil dia kakak, kak, akak, acik or apa apa sahajalah yang menampakkan dia tua.
"hmmm okay baiklah kak Iman" usik Kahar. Iman yang tidak berpuas hati tanpa teragak agak terus memukul belakang lelaki itu.
"kau panggil lagi aku gitu aku sepak pulak kau" marah Iman. muka memang nampak tengah bengang.
Kahar mengusap belakang badannya yang sakit dipukul Iman. boleh tahan kuat gadis ni. dahlah dia pukul belakang, susah Kahar nak guna tangan capai bahagian yang sakit tu.
Iman melihat Kahar yang sedang cuba meredakan sakit akibat pukulan dia tadi mula jatuh kasihan, dia ambil tangannya dan mengusap lembut belakang lelaki itu untuk bantu mengurangkan rasa sakit.
"sorry eh" Iman rasa bersalah pula.
"eh tak apa, bukan salah awak pun. saya tak patut gurau macam tu" Kahar tak marahkan Iman pun. memang salah dia pun bergurau macam tu tapi dia tak tahu pula Iman sensitif sangat.
"i hope you know that i care for you Kahar even we just know each other" kata Iman berserta senyuman ikhlas di wajahnya.
Kahar hanya mengangguk tanpa membalas apa apa daripada kata kata Iman itu. dia pun dah mula care juga terhadap Iman. dia rasa tenang sahaja bila ada bersama Iman.
"i'm more than care sweetheart, i love you"
˚୨୧⋆。˚ ⋆
YOU ARE READING
protection; a. kahar
Fanfiction❝ let me take care of you and your heart ❞ lowercase | ooc kahar start: 14th March 2023 end : 17th March 2023 @ieqachoii | 2023