❛ only you can make me smile after having a bad day ❜
⋆ ˚。⋆୨୧˚
"duduk sini" suruh Iman. dia pun berlalu pergi ke dapur untuk mengambil first aid kit.
Kahar hanya akur. dia melabuhkan punggung di atas sofa ruang tamu itu.
"rumah siapa ni?" tanya Kahar. perhiasan dalam rumah itu sungguh minimalist. hanya berwarna hitam putih sahaja.
"rumah family aku" Iman kembali semula ke ruang tamu bersama first aid kit dan juga segelas air kosong.
Kahar mendengar jawapan Iman serta merta bangun daripada sofa. badan dia mula tidak rasa selesa berada di dalam rumah itu.
"kenapa ni?" tanya Iman hairan. dah macam cacing kepanasan pula lelaki ni.
"kita buat apa dekat rumah family awak ni, tak eloklah kalau family awak nampak" jawab Kahar. dia memandang sekeliling rumah takut keluarga Iman muncul.
Iman ketawa kecil dengan kata kata Kahar. comel sungguhlah dia ni.
"family aku tak ada dekat rumah. dua dua selalu balik malam. aku tak ada adik beradik" jawab Iman. dia menarik Kahar untuk kembali duduk di sebelahnya.
Kahar kembali duduk. legalah kalau macam tu. dia tak nak ada masalah pula dengan family Iman.
"meh aku sapu ubat dekat luka kau" kini wajah Iman dan Kahar menghadap antara satu sama lain.
Kahar hanya diam sahaja sepanjang Iman merawat luka di wajahnya. kepala dia teringat kembali akan peristiwa di bilik pengetua. sampai sekarang dia masih blur dengan apa yang jadi. macam mana Iman boleh tahu dia ada dekat situ.
lepastu keluar sahaja dari sekolah Iman terus bawa Kahar naik motor pulang ke rumah dia. semua berlaku dalam sekelip mata sahaja.
"okay dah siap" kata Iman dengan ukiran senyuman di wajahnya.
otak Kahar berhenti mengelamun setelah mendengar suara Iman.
"oh, terima kasih" dia membalas semula senyuman Iman.
"nah air kosong untuk kau, mesti hauskan" Iman menghulurkan gelas itu kepada Kahar.
Kahar pula hanya mengangguk, dia mengambil cawan itu dari tangan Iman dan meneguk air itu sehingga habis.
"jadi lepasni awak boleh hantar saya balik?" minta Kahar. dia rasa salah pula keluar dari sekolah macam ni.
Iman menghela nafas kecewa. Kahar ni memang nak jauhkan diri daripada dia ke apa?
"kau marahkan aku ke?" tanya Iman. dia tak mahu sikap Kahar sebegini terhadapnya.
"marah? mana ada" Kahar menidakkan soalan Iman itu.
"kenapa saya nak marah pulak? saya sepatutnya berterima kasih sebab awak tolong saya. kalau tak lagi teruk saya kena tampar tadi"
"tapi kau nak balik cepat cepat ni" dia mahu spend time dan berbincang sikit dengan Kahar.
"bukan macam tu, tapi saya kena balik asrama jumpa dengan kawan kawan lepastu saya nak kemas barang" kata Kahar.
"eh kenapa pula nak kemas barang? cuti dah ke?" tanya Iman.
"bukan saya..." Kahar takut untuk menjawab soalan Iman.
"kenapa sayang... tell me" Iman mengusap lembut tangan Kahar.
"saya kena gantung sekolah" Kahar menghabiskan jawapannya.
Iman terkejut. gantung sekolah? apahal teruk sampai macam ni?
"how can this happened? how bad your situation is now Abdul Kahar?" tanya Iman dengan penuh penekanan pada setiap bait kata dia.
Kahar mengeluh. dia berat hati nak cerita sebab dia yakin lepasni Iman mesti bencikan dia.
Kahar menarik nafas dalam dan menceritakan semua kisah yang terjadi daripada mulanya kem bulan madu sehingga dia dipanggil pengetua.
"i'm sorry but i cannot back up you for this one. this is your fault you know that right?" cakap Iman lembut. dia tak nak kecewakan lelaki kesayangan dia ni.
"saya tahu... sebab tu saya tak minta kawan kawan saya terlibat dalam hal ni. biar saya seorang je carry the responsibility sebab saya kan kapla"
Iman tersenyum kecil. Kahar is too good for him. he carry all the burden on his shoulder.
"tak apa... nanti masa kau gantung sekolah jom ikut aku balik kampung nak?" ajak Iman. seronok sikit dia nak luang masa dengan Kahar kalau dekat kampung. boleh main dekat parit sama sama. mesti fun.
"huh?" Kahar binggung. Iman tak marahkan dia? untuk kali keduanya dia buat hal dan Iman tak marahkan dia?
"awak tak marah dan bencikan saya? saya buat salah besar ni" Kahar ni dah macam suruh si Iman ni benci dia pun ada.
"aku benci apa yang aku buat tapi aku tak bencikan kau" jelas Iman.
Kahar memandang Iman dengan raut wajah berkerut. dia tak faham, bukan sama sahaja ke?
"macam mana tu? saya tak faham" tanya Kahar.
Iman ketawa kecil. dia suka tengok lelaki ni keliru.
"it's okay, you don't need to understand. nak ikut aku tak?" Iman tanya untuk mendapatkan kepastian lelaki itu.
"mestilah nak!"
Kahar rasa lebih baik dia ikut Iman daripada dia stay rumah makcik dia. nanti dia mesti kena soal kenapa dia tak duduk asrama. takkan nak jawab dia kena gantung? tak sanggup dia nak cerita dekat makcik dia pasal hal ni. dia terlalu sayang pada mak cik dia sampai Kahar tak sanggup untuk kecewakan orang tua tu. mak cik yang bagi dia tumpang di rumahnya sejak umur dia 15 tahun dan dia dijaga dengan penuh kasih sayang.
"i will never hate you sweetheart. even if i want, i can't"
˚୨୧⋆。˚ ⋆
YOU ARE READING
protection; a. kahar
Fanfic❝ let me take care of you and your heart ❞ lowercase | ooc kahar start: 14th March 2023 end : 17th March 2023 @ieqachoii | 2023