special chap: your day!

264 17 7
                                    

❛ if i could have anyone in the world, it would still be you ❜

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

if i could have anyone in the world, it would still be you

⋆ ˚。⋆୨୧˚

Kahar rasa janggal harini. kenapa? sebab semua buat seakan akan dia tak wujud sahaja. dia ucap "good morning" tiada satu pun di antara mereka yang mengucap semula seperti selalu dia ada buat salah apa apa ke?

sejak daripada sistem high council dihapuskan, Kahar mula menjaga kelakuan dia. lelaki itu lebih sering meluang masa dalam pelajaran. tidak lagi bersikap angkuh dan sombong. hidup dia sekarang lebih ceria dan harmoni. namun tidak untuk harini.

"Hakeem, habis class ni kau teman aku pergi library boleh?" minta Kahar.

Hakeem tidak menghadiahkan satu pandangan pun untuk dia sebaliknya lelaki itu terus berdiri dan meninggalkannya.

"aku ada buat salah ke?" monolog Kahar dalam hati. dia hanya berlalu pergi ke perpustakaan dengan 1000 tanda tanya.

Kahar meluangkan masa seorang diri sahaja hari ini. dia bercadang untuk mengulang kaji memandang percubaan SPM semakin hampir. satu lagi sebab tidak satu orang pedulikan dia hari ini termasuk guru guru.

bermula daripada 10:30 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari Kahar mengulang kaji. badan dia pun dah mula rasa penat. dia mahu balik ke bilik untuk tidur sebelum dia mandi dan solat zohor.

dalam perjalanan dia ke asrama, dia terserempak dengan Naim tapi dia pilih untuk mengabaikan sahaja lelaki itu kerana Kahar pasti dia pun akan diabaikan juga.

sampai sahaja di dorm dia lihat tiada keberadaan Hakeen, Zahrin dan Fahmi di dalam. ke mana mereka semua pergi ni?

Kahar pun tidak mahu banyak berfikir jadi dia pun terus melelapkan diri untuk seketika.

pukul 2:00 dia turun ke kantin untuk makan tengah hari. di situ dia lihat tiga kawan baiknya sedang bersuka ria sesama sendiri.

Kahar mula jadi insecure. dia tidak menyapa kawan dia dan terus pergi beratur ambil makanan.

sampai sahaja gilirannya dia lihat kakak dia ada di situ.

Mia pun akan abaikan Kahar juga ke?

dia mahu elak rasa sakit hati itu dia pun hanya menunjuk lauk seperti biasa dan berlalu pergi ke meja yang paling hujung tanpa langsung menegur Mia.

kakak dia pun turut tidak mempedulikannya sebab daripada suara sepatutnya Mia boleh kenal dia.

Kahar menjamah makan seorang diri sambil berfikir.

"apa yang aku dah buat?"

"kenapa semua macam tak nampak aku je harini?"

Kahar rasa seperti mahu nangis sahaja sekarang ni. dia menekup wajahnya dengan dua tapak tangannya. dia tak mahu lihat sesiapa buat masa sekarang ni. hati dia sakit.

protection; a. kahar Where stories live. Discover now