❛ since you've been around i smile a lot than i used to ❜
⋆ ˚。⋆୨୧˚
sudah empat hari Kahar tinggal di kampung Iman. layanan atuk dan nenek terhadap dia pun sangat baik. atuk Iman ada bawa dia pergi ke dusun durian, memancing dan pagi semalam berniaga di pasar pagi.
walaupun agak memenatkan tapi Kahar enjoy. hilang rasa stress dalam diri dia. dia bersyukur sangat Iman bawa dia balik ke sini.
"kau nak buat apa petang ni?" tanya Iman. mereka sekarang ni berada di bawah rumah menemani nenek yang sedang mengupas bawang. nenak kata duduk sini sejuk sikit daripada duduk dalam rumah.
"mana saya tahu. awaklah kena ajak saya" kata Kahar. betul jugak apa cakap lelaki ni. ini kampung Iman so dia lah yang kena guide him.
"eh Ariana, kamu memang panggil Kahar dengan panggilan macam tu ke?" tegur nenek.
sejak mereka berdua tinggal di sini. dia asyik dengar cucu dia membahasakan diri dia dengan kahar 'aku kau' sedangkan Kahar pula 'saya awak'
"panggil macam mana nek?" tanya Iman. dia tak faham maksud nenek dia.
"kamu bahasakan diri dengan Kahar aku, kau. si Kahar sopan je pula guna saya awak" jawab nenek. dia rasa macam pelik. kalau Kahar yang guna aku kau dia tak adalah rasa pelik sangat.
"lah nenek macam tak biasa" sebelum ni elok sahaja dia dengan kawan kampung dia guna aku kau.
nenek menggeleng sahaja.
"kamu terlalu baik nak" kata nenek pada Kahar.
"saya baik? mana ada nek" Kahar rasa dia tidak layak dikatakan baik lepas apa yang dia dah buat sebelum ni.
"mungkin tidak baik untuk orang lain, tapi kamu cukup baik untuk nenek" ayat nenek kedengaran familiar di telinga Kahar.
beberapa saat dia ambil untuk berfikir. akhirnya dia teringat perbualan dia dengan Iman masa dekat rumah Iman beberapa hari yang lepas.
walaupun ayat tak sama tapi seakan sama maksudnya.
"petang ni kita mandi sungai jom?" ajak Iman. itu sahaja idea yang datang dalam kepala dia sekarang.
"dekat mana tu?" tanya Kahar.
"ada area air terjun dekat kampung ni. nanti kau ikut je lah aku. nak?" jawab Iman.
Kahar mengangguk tanda mahu. dia pun dah lama tak mandi sungai. terakhir kali dia mandi sungai masa kecik dulu dengan kakak dia.
"okay cun, lepas asar kita gerak"
setelah masuk waktu asar, Kahar dan Iman menunaikan solat terlebih dahulu. pada hari ini Iman akan membonceng Kahar ke sungai. ini kali pertama sebab sebelum Kahar membonceng dengan atuk sahaja.
pukul 5 mereka tiba di air terjun. pada hari ni tak ramai sangat orang. rasanya orang orang kampung sahaja. tak ada pelancong sebab belum masuk cuti sekolah.
"sampai dah" Kahar dan Iman turun daripada motor dan menanggalkan topi kaledar.
mereka membawa langkah menuju ke pondok yang berdekatan. dekat sini ada dalam 10 pondok. beg pakaian mereka letak di situ.
Iman tanpa berkata apa terus menarik Kahar pergi sungai. Kahar pula hanya mengikut sehingga mereka kini tiba di tepi sungai.
Iman tanpa berfikir panjang terus terjun ke dalam sungai. sampai terpecik air kena kena badan si Kahar ni. nasib baik dia pun nak mandi.
"jomlah" ajak Iman. dia tengah semangat ni.
Kahar pun perlahan turun ke dalam sungai. dia tak nak terjun. takutlah tu.
"alahai kau ni terjun je lah" naik bosan dia tengok Kahar turun perlahan lahan macam tu.
"tak nak" Kahar masukkan kaki perlahan lahan ke dalam air sungai. nak uji dulu sejuk sangat ke tidak air sungai ni.
datang satu idea dalam benak fikiran Iman. idea kurang baik.
"meh sini aku tolong kau turun" Iman menghulurkan tangannya pada Kahar.
Kahar pun dengan tak fikir apa menyambut huluran tangan gadis itu.
Iman tersenyum sinis dan menarik Kahar masuk ke dalam sungai.
"arghhh!" Kahar menjerit. badannya sudah sepenuhnya basah lencun. dia mengambil nafas semula setelah muka dia ditenggelami oleh air.
"sakitlah!" adu Kahar. dia berenang jauh daripada Iman. hilang mood dia macam ni. suka suka sahaja nak tarik orang. sakit tahu kena air tu. kalau tak sakit tak apa juga.
Iman yang sedar Kahar merajuk dengannya pun berjalan dalam air dengan selaju yang mungkin mengejar lelaki itu.
"Kahar, aku minta maaf" tetapi maaf gadis itu tidak dipedulikan sebaliknya Kahar duduk dalam air seorang di situ.
"Kahar, i'm sorry sayang" pujuk Iman. dia tak mahulah macam ni. dia baru nak happy happy dengan Kahar. bila lagi dia nak rasa seronok macam ni.
sedang Iman sedaya upaya memujuk Kahar, lelaki itu muncul juga satu idea dalam otaknya. dia ingin membalas semula. dia tersenyum sinis dahulu sebelum dia pusing dan menolak kepala Iman masuk ke dalam air.
"okay saya dah maafkan awak" Kahar tersenyum lebar. Iman pula hanya tersenyum pasrah diperlakukan begitu.
"as long as you happy i don't mind babe"
˚୨୧⋆。˚ ⋆
YOU ARE READING
protection; a. kahar
Fanfiction❝ let me take care of you and your heart ❞ lowercase | ooc kahar start: 14th March 2023 end : 17th March 2023 @ieqachoii | 2023