C2: get to know you

471 30 12
                                    

❛ it's the little things you do that make me so crazily attracted to you  ❜

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

it's the little things you do that make me so crazily attracted to you  ❜

⋆ ˚。⋆୨୧˚

Kahar sudah sampai awal di tempat semalam untuk bertemu dengan Iman. mata dia berliar mencari di mana keberadaan gadis itu. sudah hampir 10 minit dia berdiri situ namun kelibat Iman masih belum muncul. seorang mak cik di kawasan rumah itu sudah memandang aneh kepadanya yang dari tadi mundar mandir.

"kau dah lama ke tunggu?" Kahar dikejutkan dengan suara gadis yang entah masa bila kini sudah terpacak di belakangnya.

"ya tuhanku terkejut aku" Kahar menegang dada sambil cuba memperlahankan detak jantungnya yang laju akibat disergah begitu.

Iman tersenyum sinis memandang Kahar yang terkejut. comel juga dia terkejut.

"boleh tak bagi salam dulu sebelum tanya tu?" marah Kahar. buat malu sahaja dia dah menjerit dekat tengah tengah laluan perumahan ni. nasib baik tak nyaring macam perempuan.

"maaflah, aku tengok kau jauh sangat termenung, kalau aku bagi salam pun kau mesti terkejut" jawab Iman.

Kahar hanya mengangguk akur walaupun hati dia masih tengah tak berpuas hati.

"so... ada apa kita nak jumpa ni?" Kahar terus tanya apa agenda asal pertemuan mereka.

"wahh, terus tanya nak buat apa eh. ikhlas ke tak jumpa aku ni?" tanya Iman gurau.

Kahar mengeluh berat. dia ni kira baiklah aku munculkan diri kalau tak elok dia duduk dalam bilik sahaja tadi.

"kalau tak ikhlas tak adanya saya datang" jawab Kahar. dia mengukir senyuman yang terlihat sungguh palsu di wajahnya.

"jom kita pergi taman, senang sikit nak sembang dekat situ" ajak Iman.

mulut Kahar sedikit ternganga. SEMBANG?! kau ajak aku datang jumpa kau nak sembang?

"sembang? kita ni bukan kawan tau nak menyembang bagai. kita baru je kenal semalam" tolak Kahar.

"memang lah kita bukan kawan lagi tapi kita akan jadi kawan" kata Iman sebelum berlalu pergi membawa langkah ke taman.

Kahar hanya berdiri di situ binggung. nak ikut ke tidak?

"woi, ikut lah aku cepat!" suruh Iman. tangan Kahar ditarik paksa.

Kahar tiada pilihan selain akur dan mengikut jejak Iman.

hampir 10 minit mereka berjalan ke taman. punggung mereka labuhkan ke bangku yang berdekatan.

"nak air tak?" tanya Kahar. dia sebenarnya dah rasa haus berjalan dari rumah ke sini.

Iman tahu yang Kahar sedang haus hanya mengangguk ingin padahal dia tak haus sangat pun lagi.

"jap saya pergi beli" Kahar bangun pergi ke gerai buah buahan di tepi tasik itu untuk membeli minuman sebelum ke tempat tadi dan menyerahkan sebotol air mineral kepada Iman.

protection; a. kahar Where stories live. Discover now