❛ i want to be your favorite place to go when you've had a bad day or good day ❜
⋆ ˚。⋆୨୧˚
Iman kini sudah tiba di belakang tempat persembunyian yang dia dan Kahar telah berjanji untuk berjumpa pada malam ini. sekarang jam menunjukkan pukul 10 malam. mesti makan malam dan solat isyak telah habis. sekarang dia hanya perlu menunggu ketibaan lelaki itu sahaja.
Iman pun mengambil sebatang rokok dan dinyalakan menggunakan pemetik api. dia pun menghisap rokok itu sambil melayan angin malam yang dingin. tiba tiba dia terdengar bunyi langkah yang datang dari belakangnya, dengan pantas dia menoleh dan melihat Kahar sudah berdiri di situ.
"hai" sapa Kahar. tangan dia lambai sekejap ke arah Iman.
"hai babe" Iman membalas lambaian Kahar tadi. dia turun dari batu besar yang dia duduki tadi dan bergerak ke arah lelaki tu.
Kahar mendengar panggilan Iman rasa janggal. apa dia panggil aku tadi? babe?
"awak panggil saya apa tadi?" tanya Kahar.
"babe, takkan tak dengar kot. jelas aku sebut" jawab Iman. dia memang nak panggil lelaki tu dengan panggilan itu. saja nak kelihat menggoda.
"oh..." Kahar kehilangan kata kata. aku nak kena cakap apa eh?
Iman tergelak besar melihat pipi Kahar yang naik kemerahan. tengah tahan malulah tu.
"perlahan sikit ketawa tu nanti orang dengar" bisik Kahar tegas. dia tidak mahu tertangkap oleh guard pada minggu pertama sekolah. satu hal pula nak kena hadap bapa dia nanti.
Iman cuba memperlahankan ketawanya yang cukup untuk dia dan Kahar sahaja dengar.
"okay okay maaf"
Iman dan Kahar pergi semula ke arah batu besar dan mereka duduk berselahan di atasnya.
"so how was your first week?" tanya Iman. dia nak tahu juga apa yang terjadi sepanjang seminggu kesayangan dia ni masuk sekolah.
"okay... normal things happened macam tahun tahun sebelum ni" jawab Kahar.
"except..." Kahar tidak menghabiskan ayatnya.
"except?" tanya Iman. dia menanti jawapan daripada lelaki tu
"except saya kena ada perjumpaan untuk high council" Kahar menamatkan kata katanya.
Iman terdiam. high council? apa tu?
"high council?" Iman tak faham. benda apa tu?
"high council ni..." Kahar pun menceritakan semua dari A-Z tentang high council. mula daripada latar belakang sampai ke proses menjadi kapla semua.
Iman pula hanya diam untuk cuba memahami.
"so kiranya kau join pilihan raya last year and kau memang"
"jadi this year kau pulak jadi kapla untuk high council ni?" soal Iman. daripada apa yang Kahar cerita macam gempak juga high council ni. kenapa masa dekat STIA tak ada benda ni? kalau ada memang dia join dah pilihan raya, manifesto semua nak jadi kapla. bukan dia nak kuasa sangat pun, dia cuma nak berlawan sahaja.
Kahar mengiyakan soalan Iman itu. tak tahu kenapa dia rasa sedikit ringan dalam hati dapat bercerita pada Iman.
"jadi malam tadi apa je kau buat masa perjumpaan?" tanya Iman. dia nak tahu juga sebab dia memang dah mula berminat dengan benda ni.
"eh jap jap, awak tak marah saya join benda ni?" Kahar pelik. dia ingat Iman akan marah dia dan minta dia untuk berhenti jadi kapla. tapi minah ni siap boleh tanya lagi apa yang dia buat.
"kenapa nak marah pula? kalau dekat sekolah aku ada high council ni mungkin aku pun join"
Kahar terkejut. Iman nak join high council? dia bukan merendah rendahkan kekuatan gadis ini. dia tahu Iman kuat, mungkin kuat lagi daripada dia barangkali.
"awak nak join? saya agak kalau awak menang sekalipun awak takkan minat nak jadi kapla. awak cuma nak fight je"
Iman mengangguk.
"betullah tu" dia tak minat nak pegang kuasa jadi ketua bagai. buang masa sebab kena handle orang lain. hidup aku ni pun dah cukup barai nak handle.
"perjumpaan pertama ni saya perkenalkan diri sebagai kapla high council lepastu umumkan calon pilihan raya untuk tahun ni" Kahar kembali menjawab soalan Iman tadi.
"satu lagi, saya bagi lesen" tambah Kahar.
"lah, lesen tu apa pulak?" Iman naik pening dah dengan tradisi KUDRAT ni.
"lesen tu kena beli, lesen tu bagi kita pelepasan nak buat apa je. contohnya macam tak tuck in baju, potong barisan" terang Kahar.
"oh, macam gitu pun ada eh... aku ingat nak buat masalah ikut suka hati. nak buat masalah pun kena ada duit sekarang"
ayat Iman itu buat Kahar sedikit tergelak. betullah tu, nak ada lesen tu bukan murah. rm250 satu lesen kalau ada diskaun pun jadi rm200. tapi bukan semua dapat diskaun tu. dia pun dulu bayar rm250.
"macam mana awak boleh tahu tempat ni?" Kahar sepanjang dia bersekolah tak pernah pun dia melepak sini.
"aku dulu pernah ada kawan lelaki belajar dekat sini, so kami selalu lepak sini" jawab Iman.
"mana kawan awak tu sekarang?" tanya Kahar.
"habis sekolah dah, dia sebaya dengan aku" Iman harap Kahar tak tanya lebih lebihlah sebab dia tak minat nak cerita pasal kawan dia tu. kawan dia tu bagi memori buruk dekat dia.
"eh, awak dulu sekolah dekat mana?" Kahar bertanya lagi.
bagus si budak Kahar ni tahu tahu sahaja Iman tak nak dia tanya pasal kawan dia tu. dia ni dapat baca isi hati Iman ke?
"aku dulu belajar dekat STIA" jawab Iman.
"oh! oh! ni sekolah yang viral projek anchor SPM tu kan?" Kahar dah mula naik teruja. dia memang amazed gila dengan projek tu.
"haah tapi itu batch dua tahun sebelum aku dan aku pun suka jugak projek anchor tu. sometimes i wish aku sama batch dengan diorang" Iman memang tidak kisah sangat pun jika keputusan SPM dia gagal semua sekalipun. sebab keputusan SPM dia pun tak adalah bagus mana. ada sahaja gagal.
"best kan dapat jumpa macam ni, next time kita buat lagi eh" Kahar rasa seronok juga dapat melepaskan tekanan dalam diri bila melepak macam ni. sebab duduk dalam sekolah buat otak dia asyik berfikir tentang high council je. belum ditambah lagi pressure daripada bapa dia. jadi naik sakit otak ni.
"of course, aku kalau boleh nak jumpa kau hari hari" Iman rasa sekarang kalau boleh dia nak ajak Kahar melepak sampai tengah malam tapi dia tahu lelaki itu mesti penat dan mengantuk.
"saya pun tapi rasa macam tak sesuai je" kalau hari hari dia skip prep malam boleh kantoi nanti.
"it's okay kita dapat jumpa tiap tiap minggu dah kira cun" Iman mengukir senyuman halus di wajahnya.
"i wish i don't to wait for another seven days to see you sweetheart, missing you is the hardest thing"
˚୨୧⋆。˚ ⋆
YOU ARE READING
protection; a. kahar
Fanfiction❝ let me take care of you and your heart ❞ lowercase | ooc kahar start: 14th March 2023 end : 17th March 2023 @ieqachoii | 2023