❛ i can't lose you because if i did, i would lost my everything ❜
⋆ ˚。⋆୨୧˚
Iman sedang seronok melayan drama tiba tiba ada satu panggilan masuk. Iman pun dengan berat hati mengambil telefon bimbitnya dan menjawab panggilan.
"hello" Iman kalau boleh tak nak keluar rumah harini. dia nak chill chill sebelum jumpa Kahar malam ni.
"hello Iman" itu suara Mia. suara dia macam tersekat sekat. macam tengah risau dan takutkan sesuatu.
"Mia? kau okay tak tu?" tanya Iman. hati mula rasa tidak sedap.
"kau datang KUDRAT boleh?" Mia mahu minta tolong sesuatu dengan Iman. sesuatu yang sangat penting.
"kenapa? ada apa tu?" Iman tahu jika ada keperluan sangat sangat untuk dia ke sana. kalau tak penting hari lain pun dia boleh pergi.
"kau kena tolong aku sekarang ni..." Mia tidak dapat menghabiskan ayatnya.
"sekarang ni kenapa Mia?" macam ada sesuatu tak kena sahaja.
"sekarang ni tengah ada pergaduhan besar dekat KUDRAT" hati Iman berdegup laju. adakah ini berkait dengan Kahar?
"pergaduhan ni antara batch form 4 and form 5" sah memang ada kena mengena dengan Kahar. kemungkinan tinggi high council menjadi punca.
"teruk sangat ke Mia?" soal Iman. kalau sampai satu batch mesti teruk jugalah kan?
"teruk sangat weh... sebab tu aku nak minta tolong kau. aku nak cari adik aku" Mia tengah menggigil sekarang ni. dia nak minta tolong Naim tapi lelaki tu hilang entah ke mana. call tak jawab. dia boleh minta tolong Iman sahaja sekarang ni.
Iman pun tanpa berfikir panjang bila dengar sahaja pasal Kahar terus naik biliknya laju untuk bersiap.
"boleh boleh aku datang kau tunggu jap dalam 5 minit" Iman mengenakan bomber jacket dan seluar cargo, dia mengambil helmet motor di atas meja dan terus membonceng ke KUDRAT.
"okay..." Mia menamatkan panggilan. dia kena cari Kahar. dia tahu adik dia tu target utama dalam pergaduhan ni. dia tahu adik dia kapla.
selepas 5 minit Iman masuk ke dalam KUDRAT bersama motornya. pengawal tiada di pintu pagar jadi dia bawa masuk sahajalah motor dia ke dalam.
"Mia..." tegur Iman selepas dia terjumpa gadis sedang mundar mandir di tepi salah satu bangunan sekolah.
"Iman" Mia terus memeluk kawannya. dia risau. risau sangat fikir pasal adik dia sekarang ni.
Iman mengusap lembut belakang Mia yang sedikit sebanyak dapat meredakan kebimbangan gadis itu.
"Kahar will be okay. he will be okay" bisik Iman pada Mia. dia tahu lelaki itu cukup kuat untuk bertahan.
YOU ARE READING
protection; a. kahar
Fanfiction❝ let me take care of you and your heart ❞ lowercase | ooc kahar start: 14th March 2023 end : 17th March 2023 @ieqachoii | 2023