❛ i love you you to the point that words aren't enough ❜
⋆ ˚。⋆୨୧˚
sekarang ini Iman, Mia dan Naim berada di hospital. tiada satu pun di antara mereka yang senang duduk sekarang ni. semua risau dengan kondisi Kahar. sebelum Kahar dimasukkan ke dalam bilik rawatan, doktor kata kondisi cukup membimbangkan.
kawan kawan Kahar nak ikut juga tadi tapi teacher Faniza halang mereka kata terlalu ramai. jadi mereka memilih untuk tunggu sahaja khabar Kahar di asrama. teacher akan maklumkan kepada mereka jika ada apa apa.
sedang mereka duduk menunggu doktor untuk keluar, ada bunyi banyak langkah sedang menuju ke arah mereka. Mia pun mengangkat wajahnya yang sedang menunduk dan melihat keluarganya sampai.
Mia terus berdiri menuju ke arah mereka. andai terkejutnya Abu Yamin melihat anak perempuannya di sini. tidak kalah juga dengan ibu dan abang abangnya.
dalam lima tahun ini mereka tidak pernah langsung kabar daripada Mia sehinggalah sekarang.
"ayah buat apa dekat sini?" tanya Mia. kedengaran dingin sahaja. Iman dan Naim hanya diam tidak mahu terlibat dalam masalah keluarga ini.
"Mia..." panggil ibunya. wanita itu sangka untuk berjumpa semula dengan satu satunya anak gadis itu setelah 5 tahun.
"korang buat apa dekat sini?" Mia tanya sekali lagi.
"kami datang nak tengok adik" jawab Abu Yamin.
Mia tergelak dengar jawapan ayahnya. tengok adik?
"sejak bila ayah peduli pasal adik?" Mia tersenyum sinis pada ayahnya.
"Mia..." abang sulungnya (Khairul) cuba untuk menghentikan Mia.
"bukan ayah suka adik kena macam ni?" sambung Mia.
Naim dan Iman terkejut dengar cara percakapan Mia pada ayahnya.
"BUKAN AYAH MEMANG NAK ADIK MATI KE?" jerit Mia. cukup untuk satu lorong itu dengar suaranya.
Abu Yamin dengar anaknya meninggikan suara terus naik tangan namun dia baru teringat yang kini mereka sedang berada di hospital sekarang ni.
Mia tidak sikit pun tersentak dengan tindakan ayah dia. dia dah bersedia nak kena tampar.
"kenapa berhenti? tampar je lah Mia!" tengking Mia. dia pun dah lama tak rasa penampar ayah dia.
"betullah kan Mia cakap? dari kecik ayah pukul adik, sebat dia. bukan ayah nak bunuh dia perlahan lahan ke?"
"sekarang ni dah ada jalan pantas untuk adik mati. ayah tak perlu susah susah lagi dah. kalau adik mati sekalipun kalini bukan salah ayah" Mia bercakap dengan ayahnya dengan nada suara yang cukup tinggi dan tidak beradab. dia dah lama sabar dengan semua ni.
ibu Mia meletakkan tangan di atas bahu anak gadisnya untuk memenangkannya, namun di tepis kasar.
"korang bertiga pun tak pernah peduli sikit pun pasal adik"
"ibu tak pernah sikit pun tolong adik masa dia kena pukul. tengok je macam orang bodoh"
"abang abang pun sama. sikit pun tak pernah nak ambil tahu pasal adik" Mia meluahkan kemarahannya pada ibu dan abang abangnya pula.
"sebab ayahlah kan, sebab ayah adik masuk sistem high council bodoh ni. untuk banggakan ayah sebab kekalkan tradisi KUDRAT" Mia kembali menghamburkan marahnya pada Abu Yamin.
"untuk entah kali ke berapa adik cuba untuk banggakan ayah tapi ayah buat buta je kan?"
"sampai dah melibatkan nyawa macam ni baru ayah nak nampak salah ayah ke?"
"apa yang adik buat dekat ayah sampai ayah benci sangat dekat dia?"
"adik setiap masa cuba nak banggakan ayah dari kecik lagi tapi sikit pun ayah tak pandang!"
"apa dosa adik Mia yah?" Mia kini sudah kembali menangis. macam macam penderitaan yang adik dia dah lalui, untuk Mia ingat satu satu dia tak sanggup.
"ayah...ayah boleh cakap adik bawak sial dalam keluarga!" Mia memukul bahu ayahnya berkali kali untuk meluahkan rasa marah. Abu Yamin tidak buat apa. dia hanya menerima sahaja pukulan itu. untuk kali ni dia sedar ini semua salah dia. dia adalah punca semua ni.
Iman dan Naim bergegas bangun bila melihat Mia bertindak sedemikian. mereka berdua menghentikan Mia daripada terus memukul ayahnya.
Mia mendudukkan diri di atas lantai hospital sambil meraung nangis. Iman memeluk erat sahabat baiknya itu. dia tidak mahu lihat kondisi Mia sebegini. dia mahu Mia kuat.
"apa salah adik aku Iman?" Mia bertanya dengan suara sayu.
Iman menggeleng.
"Kahar tak ada buat salah apa pun Mia, satu salah pun tak" Iman memujuk kawan baiknya. gadis itu Iman peluk untuk ditenangkan.
ahli keluarga Mia hanya tertunduk menyesal sahaja.
"kami minta maaf adik, minta maaf sangat" kesal abang kedua (Khalif)
sedang mereka semua hanyut perasaan masing masing tiba tiba pintu bilik rawatan terbuka dari dalam dan keluar seorang doktor wanita.
Naim yang pertama perasan kehadiran doktor itu. dia pun bangun dan menyentuh bahu Iman dan Mia untuk menyedarkan mereka.
mereka semua terus bergerak ke arah doktor wanita tersebut.
"doktor macam mana dengan adik saya?" Mia tanya dengan penuh harapan. harapan yang berita baik akan sampai ke pendengarannya.
"saya telah cuba sehabis baik untuk selamat adik awak, tapi nampaknya hentakan di kepalanya agak kuat" terang doktor. mereka di situ mula rasa tidak senang dengan jawapan doktor itu.
"tapi adik saya selamatkan doktor?" tanya Mia lagi. tolonglah tolonglah ya Allah. jangan ambil lagi adik aku.
"dia masih dalam keadaan kritikal buat masa ni. saya tak dapat nak jamin apa apa selagi dia belum sedar. jadi buat masa sekarang saya boleh kata yang dia berada dalam koma" jawab doktor itu.
Mia kembali jatuh tertunduk di atas lantai. koma... adik dia dalam koma. mereka yang lain hanya diam terkejut. tiada satu respon pun daripada mereka.
Iman otak dia kembali tidak dapat memproses. kritikal...koma. semua itu berat untuk dia hadam sekarang ni.
"i'm begging you please comeback to me sweetheart, don't leave me"
˚୨୧⋆。˚ ⋆
YOU ARE READING
protection; a. kahar
Fanfiction❝ let me take care of you and your heart ❞ lowercase | ooc kahar start: 14th March 2023 end : 17th March 2023 @ieqachoii | 2023