Follow Instagram @nshieyruna for more teaser
***
KAKI melangkah ke arah pintu pagar sekolah sambil di tangan memeluk beberapa buah buku teks. Armel muncung. Merajuk dengan Nazhan yang mungkir janji.
Dalam perjalanannya ke kelas dengan Aidil, mereka terserempak dengan Nazhan. Lelaki itu pesan untuk jumpanya di kelas sebelum pulang. Ada perkara yang nak diberitahu.
Tapi sampai saja di sana, Nazhan tiada. Hanya tinggal beberapa orang pelajar saja dalam kelas. Tak berani Armel nak menegur. Tak pasal-pasal kena buli.
Dia hanya anggap Nazhan terlupa dan sudah pulang awal. Tiba-tiba saja ekor rambutnya ditarik dari belakang. Dia menjerit kecil dan terus terlepas buku-buku yang dipeluk Armel. Langkahnya terhenti.
Kemudian, ada tangan mencekak belakang lehernya. Kedua tangannya dikunci oleh dua orang pelajar perempuan seraya itu dua orang lagi pelajar perempuan senior muncul di hadapannya.
"Ingat lagi urusan kita berdua yang belum selesai tu?" soal Aqis Maya.
Peristiwa dia mengotorkan baju kakak senior di kantin tempoh hari menerjah kotak ingatannya.
"Tapi saya tak sengaja," ujar Armel perlahan.
"Sengaja atau tak, aku masih tak puas hati!" Baju Armel dicekak.
"Maya, jom blah. Nazhan dah nampak." Awiya menepuk bahu Maya memberi amaran. Kesemua mereka menoleh ke belakang kecuali Armel. Lega dia bila terdengar nama Nazhan.
Tangan Armel dilepaskan dan mereka melangkah pergi. Bila Armel menoleh, Nazhan sudah hampir di sisinya.
"Diorang nak apa? Buli lagi?" tidak semena Armel memeluk lengan Nazhan.
"Nasib baik abang datang. Kalau tak Mel dah mati," rengek gadis itu dan hampir memeluk lelaki itu tapi Nazhan menjauhkan diri.
"Eh eh! Orang nampak la. Tak malu ke?"
Armel mencebik.
"Nak manja sikit pun tak boleh." Armel muncung.
"Eleh nak merajuk. Tu la abang suruh tunggu tadi, pergi redah jalan sorang-sorang kenapa?" Nazhan melutut dan mengutip buku-buku Armel.
"Dia yang hilang salahkan kita pula." Armel merampas buku yang sudah dikutip Nazhan.
"Ya la sorry, abang pergi tolong cikgu. Ingatkan Mel tunggu je kat kelas tu. Beg abang pun ada lagi kat kelas tadi," kata Nazhan.
"Tak nak la tunggu. Nanti kena buli. Ni abang nak cakap apa?" soal Armel.
"Ha! Sabtu ni birthday kak Nurul dan dia ada buat party. Dia suruh abang jemput Mel. Jom!"
"Siapa je ada dekat situ?" Armel teragak-agak.
"Semua budak tingkatan lima."
"Tak nak la. Mesti bapak iblis dengan geng-geng setan dia ada sekali." Armel menggeleng. Daripada dia pergi, lebih baik dia mereput dalam bilik menghabiskan buku-buku ceritanya.
"Jom la. Nanti abang minta izin ibu dengan ayah Mel." Nazhan masih lagi memujuk.
"Tak nak! Eh... Van dah sampai. Bye abang. Thank you selamatkan Mel daripada nenek kebayan tu. See you tomorrow." Sambil jalan ke arah van yang menjemputnya balik dari sekolah, Armel jalan mengundur dan melambai Nazhan. Langsung tak beri peluang kepada lelaki itu untuk menghabiskan ayat pujukannya.
"Haih la budak ni..." Nazhan mengeluh. Dia tak habis cakap lagi tentang rancangannya dengan Nurul. Mereka tahu Armel tak akan pergi kerana ada 'Bapak Iblis'.
Tak kira! Dia akan paksa juga Armel Idriana ke majlis harijadi tu.
***
SAMPAI saja di rumah, Irham mencampak beg sekolahnya ke atas lantai dan dia merebahkan tubuh ke sofa. Baru saja nak melelapkan mata, terdengar suara orang yang paling dibenci menyapa halwa telinga.
"Am, nak makan tak? Ibu siapkan." Puan Ziya berdiri di belakang sofa.
Irham bangun dan ingin pergi dari ruang tamu itu tapi lengannya pantas ditangkap Puan Ziya.
"Lepaslah! Kau boleh tak satu hari tak kacau aku, boleh tak? Dengan muka tak malu mengaku mama aku. Ingat sikit, kau tu orang luar," jerkah Irham.
"Apa salah ibu sampai Am benci sangat dekat ibu? Cuba bagitahu." Puan Ziya bersuara.
"Kau tak tahu? Kau rampas papa daripada mama dan punca mama aku sakit sampai mati. Kau musnahkan kebahagiaan aku. Kau tak sedar lagi!"
Puan Ziya beristighfar.
"Dah. Tak payah nak pura-pura baik depan aku. Mati hidup balik pun aku takkan terima kau." Irham meninggalkan Puan Ziya dan naik ke tingkat atas.
Puan Ziya menghela nafas. Dia tak boleh nak salahkan Irham kerana kurang ajar dengannya. Irham masih tidak tahu apa-apa.
Puan Ziya pandang gambar berbingkai putih di dinding. Gambar Miza dan suami mereka.
"Aku minta maaf Miza sebab sampai sekarang aku belum mampu nak tunaikan permintaan kau." Air matanya mula mengalir perlahan di pipi. Masih dia ingat suara lembut Miza menyatakan salah satu permintaannya.
"Kau jadi la ibu dia. Ganti tempat aku. Irham takkan putus kasih sayang sayang seorang ibu."
Puan Ziya mengesat air matanya. Sama ada dia sudah gagal untuk melaksanakan permintaan arwah Miza atau dia masih perlu beri Irham masa dan jelaskan segalanya nanti.
YOU ARE READING
[C] My Girl [ EBOOK ]
Teen FictionBenda wajib yang perlu Irham Zaqwan buat pada setiap hari ialah membuli. Buli seorang gadis tingkatan tiga Sekolah Tinggi Emerald, Armel Idriana. Kerana penampilan nerd Armel Idriana dan sikapnya yang bendul, dia bukan saja dibuli oleh Irham Zaqwan...