USAI solat maghrib, Armel turun ke tingkat bawah dan masuk ke dalam. Dia lihat di atas meja terhidang pelbagai jenis lauk.
"Banyaknya lauk hari ni ibu. Lain macam je. Ada tetamu ke?" soal Armel.
"Maksu nak datang," jawab Puan Ameerah.
"Ha! Maksu? Bila?" Armel teruja.
"Kejap lagi la kut. Rumah sewa dia dengan kita bukan jauh pun."
Armel angguk. Seingat dia sudah dua bulan lebih dia dan maksu tak berjumpa dek kerja wanita itu sebagai peguam walaupun rumah mereka tidak jauh mana.
Bunyi riuh di ruang tamu menarik perhatian Armel dan Puan Ameerah.
"Dah sampai kut." Armel berlari ke ruang tamu.
"Maksu!" jerit Armel dan mendapatkan wanita itu. Mereka berpeluk erat.
"Eiii budak kecil. Rindunya! Ni kenapa makin kurus. Tak makan eh? Ke... Kena buli lagi kat sekolah? Bagitahu... Biar maksu dakwa diorang," ujar Leela.
"Mana ada la. Mel okay je. Kurus la cantik... Macam maksu." Armel cuba berdalih.
"Maksu kurus ni sebab stress tahu tak dengan kerja bertimbun tu. Tapi malam ni kita tambah lemak sikit." Leela ketawa.
Sambil melawat, boleh juga rasa masakan kakaknya. Terubat juga rindu pada air tangan arwah emak mereka.
"Dah jom makan," ajak Puan Ameerah.
"Macam mana kerja, okay ke?" soal Encik Zikri setelah mereka duduk di meja makan.
"Macam tu la abang long. Firma tu pun nak tutup dah," ujar Leela.
"Kenapa? Habis lepas ni Leela macam mana?" tanya Puan Ameerah pula. Rasanya baru setahun adik perempuannya itu bekerja.
"Biasa la. Dah lama tak dapat kes besar. Yang ada pun kes kecil-kecil je. Ramai lawyer pula dah cari firma lain sebab tak dapat gaji yang sepatutnya. Jadi kes yang ada bertimbun tu, Leela dengan berapa kerat tu la kena uruskan," cerita Leela lagi.
"Tapi Leela dah dapat yang lain. Kuala Lumpur." Leela senyum.
"Jauhnya! Makin jarang la jumpa maksu." Wajah Armel masam.
"Tak ada jauhnya. Satu jam lebih je. Itu pun kalau tak jammed." Encik Zikri ketawa kecil.
"Tak apa, maksu cuba datang melawat sekerap mungkin. Kalau cuti, kita pergi ronda-ronda dekat sana."
Ajakkan itu menaikkan senyuman pada wajah Armel.
***
BILA terdengar pintu bilik terbuka, Irham menoleh. Puan Ziya masuk bersama satu pinggan kecil di tangan. Irham mendengus perlahan.
Puan Ziya masih berdiri di pintu. Dia lihat Irham sedang belajar sendiri. Walaupun disiplin mengecewakan apatah lagi selalu dikatakan yang Irham suka ponteng kelas tertentu. Tapi di rumah dia belajar. Mungkin itu yang dia suka.
"Berapa kali nak cakap kau tak boleh masuk bilik aku." Intonasi Irham tidak mesra.
"Mama bawakan-"
"Kau bukan mama aku," pintas Irham.
Puan Ziya menarik nafas kemudian menghembus perlahan.
"Aunty bawakan puding mangga. Irham kan suka," ujar Puan Ziya. Dulu waktu lelaki itu masih kecil, dia sangat sukakan manisan itu. Jadi setiap kali bertandang ke rumah arwah Miza dulu, dia akan bawakan.
Irham tidak respon.
"Irham tahu tak kenapa aunty kahwin dengan papa? Semua atas permintaan arwah mama Irham. Dia nak kami nikah sebelum dia pergi. Even papa Am sendiri pun tak nak tapi arwah paksa juga supaya Am tak putus kasih sayang seorang ibu."
Irham berhenti menulis. Tapi tidak lama, dia sambung semula tulis nota walaupun matanya sudah berkaca. Cuba berlagak yang dia tidak peduli dengan apa yang dikatakan.
"Itu yang buat Am fikir aunty rampas papa dari arwah sampai arwah sakit dan pergi tinggalkan Am? Itu ke maksud Am aunty bunuh mama Am?" soal Puan Ziya. Suaranya bergetar sebak.
"Aunty tak ada niat pun nak rampas papa Am dari arwah mama. Kitaorang pun tak macam suami isteri lain yang mesra. Papa tu masih sayangkan arwah. Am pun tahu dia ada barah dan benda tu merebak cepat. Sebab tu dia rasa tak guna buat rawatan. Dia tak nak tengok Am sedih bila nampak perubahan dia kalau buat kimoterapi tu." jelas Puan Ziya.
"Kalau Am tak nak anggap aunty sebagai mama atau pengganti, it's okay. Cukup kalau Am makan semeja dengan papa dan berbaik semula. Dah sepuluh tahun Am, arwah mesti tak suka."
Puan Ziya bergerak mendekati Irham dan letak pinggan berisi puding mangga itu di atas meja belajar. Dia berlalu semula ke pintu bilik.
"Aunty minta maaf sebab baru hari ni aunty nak cakap perkara ni kat Am. Aunty takut kalau Am tak boleh terima dan kata semua ni alasan." Habis bicara, Puan Ziya keluar.
Irham berhenti menulis setelah pintu ditutup. Dia bersandar pada kerusi seraya itu air mata berjurai mengalir ke pipinya. Sedari tadi cuma menitik membasahi kertas.
"Mama, kenapa papa kahwin dengan aunty Ziya?"
"Am tak suka ke?"
"Tak suka. Sebab semalam Am nampak mama nangis. Sebab tu mama sakit kan?"
"Tak ada la. Nantikan mama Ziya boleh jaga Am kalau mama sakit teruk nanti atau pun kalau mama dah tak ada kat sini."
"Tak nak... Am nak mama. Mama mana boleh pergi mana-mana."
Mata yang sudah basah itu tetap pandang pada bingkai gambar yang ada di depannya. Wajah arwah mamanya ditatap.
Terlalu banyak sangkaannya yang mungkin tidak benar.
YOU ARE READING
[C] My Girl [ EBOOK ]
Teen FictionBenda wajib yang perlu Irham Zaqwan buat pada setiap hari ialah membuli. Buli seorang gadis tingkatan tiga Sekolah Tinggi Emerald, Armel Idriana. Kerana penampilan nerd Armel Idriana dan sikapnya yang bendul, dia bukan saja dibuli oleh Irham Zaqwan...