ARMEL melangkah masuk ke dalam kelas yang sudah mula riuh-rendah. Dia berjalan biasa ke tempat duduknya. Sempat matanya melirik pada Fathia dan beberapa kawannya yang lain sedang memerhatikannya.
Beg sekolah dilepaskan dari bahunya dan letak di kerusi. Armelkan beberapa buah buku untuk subjek Bahasa Melayu selepas ini.
Baru saja Armel nak duduk, dia nampak Fathia dan yang lain datang ke mejanya.
Tanpa amaran, sehelai kertas yang terselit dalam buku tulis panjang ditarik kasar oleh Fathia menyebabkan bahagian hujung kertas itu terkoyak.
"Ops!" Nada Fathia sengaja. Semua mata dalam kelas tertumpu pada mereka.
"Saya tak kacau awak kan Fathia. Bagi balik kertas karangan tu!" Armel berdiri dan cuba rampas dari tangan Fathia tapi gadis itu mengelak.
Malah, rakan Fathia yang lain menahan tubuhnya dan paksa untuk duduk semula.
"Kau kacau pemandangan aku pagi ni. Alang-alang dah koyak ni..." Fathia mengoyak kertas karangan itu menjadi dua. Tidak cukup dengan itu, dia koyakkan lagi sehingga menjadi cebisan kecil lalu dibaling ke muka Armel.
Mungkin sudah puas, mereka berlalu ke tempat masing-masing. Seraya itu, mata Armel terpandang Aidil yang baru masuk ke kelas.
Lelaki itu terus ke tempatnya dan buat hal sendiri. Kalau Aidil masuk ke kelas awal tadi, mungkin Fathia tidak akan mengganggunya.
Tapi untuk situasi begini, dia sudah ada rancangan sendiri.
Guru Bahasa Melayunya masuk ke dalam kelas. Semua berdiri untuk mengucapkan salam.
"Okay, saya nak karangan semalam," kata Puan Esma. Dia sudah bawa rotan panjang seperti biasa.
Fathia bangun bersama kertas-kertas kerja yang telah dikumpul tadi. Dia serahkan kepada guru wanita itu.
"Aidil je belum bagi lagi. Armel pula tak siapkan cikgu," adu Fathia lalu pandang Armel dengan senyuman herot.
"Armel?" Puan Esma panggil.
Armel bangun dan pusing ke belakang. Dia cari sesuatu dalam begnya. Sesaat kemudian, sehelai kertas dikeluarkan dan berjalan ke depan kelas.
Kertas karangan itu diserahkan sendiri kepada Puan Esma dan kembali ke tempatnya.
"Okay bagus Armel," kata Puan Esma.
Sebelum melabuhkan punggungnya pada kerusi, dia pandang Fathia yang nyata terkejut.
Ya, dia buat salinan bukan satu tapi dua dan sorok pada tempat yang berbeza. Bersedia takut pisang berbuah dua kali. Tapi pasti lepas ini dia akan bahana daripada Fathia.
***
IRHAM duduk di kerusi batu yang menghadap kolam ikan. Air di situ tidak lagi keruh seperti sebelum ni lepas dibersihkan oleh tukang kebun sekolah.
Dia mencubit cebisan roti yang dibeli di koperasi sekolah lalu campak dalam kolam itu. Ada dua tiga ekor ikan yang berebut untuk makan.
Tekaknya tak lalu untuk makan. Apa yang dikatakan oleh ibu tirinya semalam asyik berlegar dalam kepalanya.
Perasaannya bercampur. Yang pasti dia tidak lagi rasa marah cuma mungkin tidak bersedia untuk berhadapan dengan wanita itu.
"Kat sini rupanya. Puas kitaorang cari."
Terdengar suara menyapa, Irham mendongak. Semua berdiri dekat dengannya.
"Kau kenapa ni? Dari pagi tadi tak nak cakap," soal Haqim. Mereka semua jadi tak ada mood juga untuk bersuara. Apa lagi nak mengusik dan membuat jenaka seperti selalu sesama mereka.
"Ke... Kau sakit tekak? Aku bawa strepsils."
Lengan Aniq ditepuk kuat oleh Haqim. Dia mengaduh sakit. Dia tak main-main pun soal sakit tekak itu.
"Ha aku tahu, mesti pasal mak tiri kau kan? Apa masalah kau dengan dia sebenarnya. Kitaorang tak pernah tahu pun. Nak kata jahat macam mak tiri snow white, tiap kali kitaorang datang rumah kau elok je dia layan. Siap sediakan macam-macam makanan. Nak kata dia dera kau, sihat walafiat je ni. Sebiji lebam pun tak ada." kata Firdaus panjang lebar.
"Aku... Marahkan dia sebab ingat dulu dia rampas papa dari arwah mama. Mama aku tengah sakit barah tapi dia boleh nikah macam tu je dengan papa. Dan papa aku pula jarang nak tengok mama. Bila arwah dah tak ada baru sibuk meratap." Irham mula bercerita.
"Tapi semalam, aunty Ziya... Beritahu sebab dia menikah dengan papa atas permintaan arwah mama aku sendiri. Dia kata supaya aku tak putus kasih sayang seorang ibu." Irham senyum tipis dengan helaan tawa yang perlahan.
"Bodohnya aku..." kata Irham perlahan.
"Tak salah kalau kau nak perbaiki keadaan hubungan kau dengan aunty Ziya dan papa kau," ujar Firdaus.
"Aku tak bersedia. Nanti la dulu." Irham berdiri.
"Dah la tu. Jangan serabut-serabut. Aku tahu macam mana nak bagi kau ada mood. Armel." Aniq tersengih.
Irham sedikit senyum.
"Kau pun dah lama tak kenakan dia kan? Jom cari kat kelas. Tadi kitaorang dah pusing satu sekolah, langsung tak jumpa dia. Kat perpustakaan pun tak ada," ulas Aniq lagi.
Lepas tak jumpa di mana-mana baru mereka terjumpa Irham yang duduk seorang diri di taman sekolah ini.
Semua setuju dan mula bergerak ke kelas Armel.
Hampir sampai, ada seorang pelajar perempuan berlari keluar dari kelas dan terus berlanggar dengan Irham.
Bila gadis itu mendongak, Irham terkejut melihat wajah Armel yang penuh dengan contengan pen dan pen marker.
Belum sempat Armel nak larikan diri, Irham lebih laju menangkap lengan gadis itu.
"Kau nak pergi mana?" soal Irham.
"Lepas!" Armel meronta.
"Siapa conteng muka kau?" Irham tanya lagi.
Puas meronta tapi masih tidak lepas, Armel gigit tangan Irham sehingga lelaki itu menjerit kecil lalu melepaskan pegangan.
Armel ambil peluang itu untuk melarikan diri menggunakan laluan tangga yang lain.
"Kurang asam betul budak ni." Irham merengus tidak puas hati.
"Muka dia apa hal berconteng?"
"Apa lagi, kena buli la tu. Kau ingat kita je ke suka kenakan Armel?" Izz menjawab soalan Haqim.
Irham tengok tangannya. Ada bekas gigitan Armel. Kuat juga sampai ada kesan merah.
Memang nak kena budak ni, desis Irham dalam hati.
YOU ARE READING
[C] My Girl [ EBOOK ]
Teen FictionBenda wajib yang perlu Irham Zaqwan buat pada setiap hari ialah membuli. Buli seorang gadis tingkatan tiga Sekolah Tinggi Emerald, Armel Idriana. Kerana penampilan nerd Armel Idriana dan sikapnya yang bendul, dia bukan saja dibuli oleh Irham Zaqwan...