MG | 23

267 27 0
                                    

JEJAK saja di dalam kawasan sekolah, Armel dapat rasakan yang dia sedang diperhatikan oleh pelajar-pelajar di sekelilingnya.

Armel buat tidak endah. Selagi tak ada yang kacaunya secara terang-terangan. Jika tidak, mungkin kejadian kelmarin akan berbuah dua kali. Hatinya sudah tidak ada rasa. Seakan membara dan menjadi marak kalau disimbah minyak.

Langkah Armel mati bila ada seseorang menghalang jalannya. Kepala didongak. Tidak terkejut kalau itu ialah Irham Zaqwan. Tanpa kata apa-apa, Armel cuba jalan di sisi lelaki itu namun pantas Irham bergerak ke sisi juga.

"Mel..." panggil Irham.

"Nak apa?" soal Armel malas.

"Aku minta maaf... Untuk semua benda yang aku dah buat dekat kau," ucap Irham.

Mel kemudian tunduk. Lama sebelum mendongak semula memandang wajah si Bapak Iblis yang tiba-tiba sudah simpan tanduknya. Mungkin serba salah atas apa yang jadi dan rasa dia juga punca dan ada kena mengena.

Dia tidak marahkan Irham. Mungkin kerana lelaki itu berani meminta maaf kepadanya.

"Mel maafkan abang. Tapi... Mel tak nak abang muncul depan Mel. Mel tak marah cuma... Mel perlukan masa." Usai itu, Armel berlalu pergi.

Irham tidak menahan. Sepatutnya dia lega kerana gadis itu mahu memaafkannya tapi entah kenapa... Masih tidak cukup. Rasa serba salahnya tidak memudar.

Sementara itu, Armel menapak masuk ke dalam kelas. Pandangan dan bisikan halus orang-orang di situ dia tidak pedulikan. Langkah Armel terus ke mejanya.

Belum pun duduk, dia terkejut kerana mejanya bersih tanpa sebarang contengan. Cuma sedikit kotor kerana sudah lama digunakan.

Mana pergi conteng-conteng tu? Desis Armel dalam hati.

"Armel..."

Armel menoleh. Aidil sudah berdiri di tepi dengan senyuman.

"Kau... Okay? Takziah ya. Apa-apa pun... Kau masih ada aku," kata Aidil.

"Terima kasih awak. Oh erm... Mana meja saya?" tanya Armel.

"Yang banyak conteng mengejek tu kau kata meja kau? Biar meja macam tu kembali kepada tuan dia."

Dahi Armel makin berkerut. Apa ni? Dia makin tidak faham.

"Semalam, senior Irham datang kelas kita. Dia cari meja kau. Bila dia nampak meja kau banyak contengan, terus dia tanya siapa punya kerja dan dapat tahu Fathia yang buat. Terus dia jerkah suruh tukar meja dia dengan meja kau. Siap bagi amaran lagi kalau si Fathia tu berani nak tukar meja balik," cerita Aidil.

Armel terdiam seketika. Kali ini dia pelik pula dengan si Bapak Iblis itu.

"Kenapa dia buat macam tu?"

Aidil cuma angkat kedua bahunya tanda tidak tahu.


***


SAMPAI di kantin, Armel meletakkan botol airnya di atas meja yang masih kosong.

"Mel duduk dulu. Akak belikan makanan," ujar Nurul lalu meninggalkan Armel.

Armel pandang ke sekeliling. Kebanyakan pelajar curi pandang padanya sambil berbisik. Malas nak fikir, dia duduk.

Dia rasa tidak sedap badan dan rasa mukanya sedikit bahang. Malah kepalanya juga rasa pusing. Dia tahu ini selalunya simptom yang menunjukkan dia akan demam.

Kepala cuma ditongkat tapi tak sampai beberapa saat, meja dihentak kuat buatkan Armel terkejut. Bila kepalanya diangkat, wajah senior Riss Inara dengan renungan tajam.

Armel cuma buat tidak tahu. Tiba-tiba saja terasa rambutnya dicengkam dan ditarik hingga memaksa dia ikut bangun.

"Kau buta ke? Tak nampak ke aku kat sini, kau boleh buat tak tahu?" Sebelah tangan semakin menarik rambut gadis itu biar mendongak.

"Sakit la!" Armel menolak tubuh Inara hingga gadis itu hampir jatuh terduduk ke lantai.

"Biadap!"

Inara lekas bangun. Tangannya dilayang tinggi bersedia untuk menampar Armel namun terasa ditahan. Laju Inara memaling wajah.

Wajah ketat Irham bersama mata tajam menikam anak mata Inara. Tangan Inara yang dia pegang dilepaskan dengan kasar.

"Hey Inara! Apa lagi yang kau tak puas hati dengan Armel?" Nurul yang baru kembali segera dapatkan Armel bila perasan ada kekecohan dan nampak Armel berdiri sambil memegang kepalanya.

Terus saja Armel rebah. Nasib baik Nurul ada di sebelah dan dapat sambut tubuh gadis itu. Suasana kantin semakin kecoh.

Irham juga dapatkan Armel dan bantu Nurul untuk sokong tubuh itu.

"Badan dia panas. Dia memang tak sihat. Aku nak bawa dia ke bilik sakit." Nurul bawa tangan Armel ke lehernya dan mahu papah.

"Tak apa, aku bawakan." Irham pula tarik tubuh Armel dan terus cempung. Sebelum melangkah, dia pandang Inara dan sekalian pelajar yang ada di situ.

"Lepas ni aku tak nak sesiapa pun ganggu atau buli Armel... Termasuk kau Inara. Jangan cabar aku. Faham!" Irham berlalu pergi.

"Kenapa dengan Irham tu? Selalu dia yang juara membuli budak Mel tu." Qamila berdiri rapat dengan Inara dan mencemik.

[C] My Girl [ EBOOK ]Where stories live. Discover now