MG | 5

2.6K 245 21
                                    

SEMUA pelajar sudah mula keluar dari kelas dan berpusu ke kantin. Nazhan dan Rayqal juga tidak terkecuali. Mungkin mereka beli saja makanan ringan sebelum bergerak pula ke perpustakaan. Ada banyak buku baru sampai dan proses coding masih belum selesai.

Matanya terpandang seorang beberapa orang lelaki yang masuk ke dalam tandas. Nazhan suruh Rayqal pergi dulu ke kantin. Ada urusan yang perlu diselesaikan. Dia berlari anak ke tandas lelaki dan masuk.

Nazhan menutup pintu tandas lelaki. Irham ketika itu sedang mencuci tangannya dan kedua mereka bertentang mata melalui pantulan cermin.

"Irham Zaqwan, aku nak cakap sikit dengan kau," ujar Nazhan.

Irham tarik tisu dan lap tangannya yang basah. Dia pusing menghadap lelaki berkemeja ungu itu dan bersandar pada sinki.

"What is it?"

"Aku nak kau berhenti buli dia."

"Siapa?" Irham soal balik.

"Dalam sekolah ni, kau cuma buli Armel Idriana. Tak ada lagi budak nama Armel dalam Emerald School ni selain dia." Suara Nazhan mula tegas.

"Kalau aku masih nak buli dia, kau nak buat apa?" Irham senyum sinis.

"Kenapa kau suka sangat buli dia? Apa salah dia pada kau? Sampaikan perangai hantu kau ni melekat dekat satu sekolah." Wajah Nazhan mula tegang.

"Aku buat untuk suka-suka. Dan pasal satu sekolah ni buli dia, bukan salah aku. Aku tak hasut diorang. Diorang yang nak buat sendiri."

Nazhan ketawa perlahan. Mereka yang nak buat sendiri?

"Diorang nak buat sendiri eh? Kau jangan ingat aku tak tahu, ada masa kau suruh mana-mana budak kenakan Armel. Macam dulu, suruh budak bagi konon makanan percuma padahal kau letak julap."

Irham menggaru hujung keningnya.

"Aku cari budak yang spesies Armel juga. Nerd. Lepas aku suruh tu mana ada diorang buli Armel dah."

"Kalau kau berhenti buli dia, everyone will do the same. Kau punca," tekan Nazhan.

"Okay fine. Aku akan berhenti buli dia..." Kedua tangan Irham naik seakan mengalah.

"... Tapi tahun depanlah, sebab aku dah tak sekolah. Puas hati? Chaww..." Irham keluar diikuti yang lain.

Nazhan mengetap bibirnya geram.

Sampai di kantin, Irham ternampak mangsa kesayangannya yang baru meletakkan botol air di atas meja dan pergi beratur untuk membeli makanan. Memang ini masa yang sesuai untuk dia kenakan gadis itu.

Telinga Haqim ditarik dekat ke mulutnya untuk berbisik. Haqim tersenyum.

"Beres boss." Haqim ajak yang lain untuk ikut sertanya kacau mangsa mereka sementara Irham jalankan misi lain.

"Tepi! Abang long sekolah nak lalu." Semua budak menoleh ke belakang bila terdengar lontaran suara seseorang. Mereka semua keluar dari lorong barisan untuk beri laluan kepada keempat-empat lelaki itu.

Mereka mendekati Armel.

"Hai Armel comel kesayangan abang. Beli makanan ke tu?" soal Haqim seakan mengayat perempuan.

Armel yang sudah mendapat baki duitnya cepat-cepat pusing dan mahu angkat kaki pergi dari situ. Tapi pantas saja Firdaus merampas makanannya.

"Untuk aku ke? Terima kasih. Dah berambus!" Firdaus menolak tubuh genit itu.

Armel berjalan ke tempat duduknya. Matanya tidak lepas dari memandang empat iblis yang mula berjalan mendekati Irham usai membeli makanan. Mereka berlima terus saja menjeling ke arahnya dan ketawa.

Armel malas nak pergi beratur semula. Penutup botol airnya dibuka perlahan lalu diteguk. Belum pun air itu sempat ditelan, terasa seperti lidahnya digigit. Armel tersembur.

"Ahh masinnya!" Lidahnya terjelir keluar. Rasanya sangatlah tidak sedap.

Tika Armel bangun dari tempatnya untuk berkumuh dia terlanggar seseorang hingga air nescafe milik gadis itu tertumpah terkena baju mereka berdua.

Makin galak tawa semua pelajar yang ada di kantin.

"Kau!" Suara Maya sudah melantun naik. Wajahnya cukup bengis bila melihat baju sekolahnya habis kotor terkena air nescafe.

"S-saya minta maaf." Perlahan suara Armel. Terasa nak kiamat dunianya kerana bukan sembarangan orang yang dia langgar itu.

***

SAMPAI di depan pintu rumah, Armel menanggalkan kasut sekolahnya dan dicampak ke rak kasut. Dia masuk tanpa sedar ibunya sedang turun dari tingkat atas.

"Balik dah. Eh! Kenapa baju bertompok ni?" tegur Puan Ameerah bila nampak baju putih itu kotor dan bertompok dengan warna seperti coklat.

"Erm... Air tumpah je." Armel beri senyuman.

"Mel kena buli lagi ya? Bagitahu ibu..." Puan Ameerah mendesak tapi nadanya masih lembut.

Dia tahu anak gadisnya selalu dibuli sejak di tingkatan satu. Susah sekali untuk Armel bercerita. Gemar pendam. Dia dan suaminya dapat tahu pun bila pihak sekolah yang hubungi dan maklumkan hal itu.

Habis itu, dia fikir sudah selesai tapi tidak juga. Dia tahu Armel cuba sembunyikan.

"Betul. Mel beli air lepas tu tertumpah je."

"Okay la kalau Mel dah cakap macam tu. Mandi, solat lepas tu makan."

"Baik boss! Masuk bilik dulu." Armel memijak anak tangga naik ke atas.

Bila saja pintu biliknya sudah ditutup rapat oleh mamanya, Armel mengeluh. Apa terjadi di sekolah tadi terlayar semula dalam ingatannya.

"S-saya minta maaf."

"Kau ingat dengan maaf kau tu, boleh hilangkan terus kotor dekat baju aku ni... Ha budak nerd! Dah pakai empat mata pun masih buta lagi?" jerkah Maya sambil menunjal kepala Armel.

"Saya tak sengaja. Betul!" Armel hampir menangis.

Saat itu kak Nurul tiba-tiba saja muncul entah dari mana lalu terdengar bunyi seperti tamparan. Armel mendongak. Gadis bernama Maya itu memegang sebelah pipinya.

"Berani kau tampar aku?" Maya mencerlung ke arah kak Nurul.

Beberapa pengawas datang untuk menahan serta meleraikan kak Nurul dan Maya.

"Mind your manners Aqis Maya. Kau tak ada hak nak perlakukan Armel macam tu. Sesiapa pun tak ada hak. Dan korang yang pengawas ni... Baru sekarang nak muncul? Habis selama ni masa Armel kena buli korang buat apa? Sibuk jadi patung lilin." Kak Nurul tengking kumpulan pengawas itu pula.

Kak Nurul tunding tepat ke wajah Maya.

"Dan kau Aqis Maya Dato' Aizudin, setakat kotor macam ni, bibik kau kan ramai untuk basuhkan. Dan kau pun cukup kaya untuk beli satu almari baju sekolah ni. Jom Mel..."

Tangan Armel ditarik oleh Nurul pergi dari situ.

Armel menghela perlahan. Baginya, malapetaka ini tak akan habis selagi bapak iblis itu masih membulinya. Masalah lain timbul semuanya berpunca daripada dia.

Armel melekatkan semula lukisan bapak iblis pada dinding. Dia meraba bawah bantal dan menarik keluar benda bulat sebesar genggaman tangannya. Bola tennisnya digenggam sebelum dibaling sekuat hati ke arah lukisan itu. Berdetum bunyinya.

"Bapak iblis tak guna," bisik Armel.

[C] My Girl [ EBOOK ]Where stories live. Discover now