MG | 19

285 24 5
                                    

KAKI memijak keluar dari eskelator dan berjalan beriringan dengan suaminya menuju ke pasar raya untuk membeli barang rumah. Keadaan agak lengang memandangkan pasar raya besar itu baru buka.

Terdengar deringan telefon, Puan Ameerah segera keluarkan dari beg tangannya.

"Hello, assalamualaikum?" sapa Puan Ameerah dulu.

Langkah wanita itu semakin perlahan dan terus berhenti. Encik Zikri juga, dia kemudian menoleh. Hanya melihat wajah berkerut isterinya.

Seketika, Puan Ameerah pandang wajah suaminya dengan cemas.

"Ya ya kami ke sana. Terima kasih." Puan Ameerah terus meletak panggilan itu.

"Kita kena ke sekolah Armel. Dia bergaduh," beritahu wanita itu.

"Dengan siapa? Budak hari tu ke?" tanya Encik Zikri. Tapi Puan Ameerah langsung melangkah laju kembali ke eskelator

Encik Zikri juga ikut langkah isterinya. Mereka keluar dari pasar raya dan kembali ke tempat di mana kereta diparkir.

"Cepat bang!" gesa Puan Ameerah.

Encik Zikri terus menghidupkan enjin kereta dan memandu keluar dari situ dengan laju. Kereta membelok ke kiri dan berada di kawasan lampu isyarat empat simpang.

"Siapa yang call?" soal Encik Zikri.

"Pengetua. Dia kata Armel bergaduh dengan beberapa pelajar dekat belakang stor," ujar Puan Ameerah sedikit gusar.

Encik Zikri terdengar mengeluh kuat.

"Mesti dengan budak hari tu. Kalau abang tahu..." Belum pun ayatnya habis, Puan Ameerah memintas.

"Tapi Armel kata budak tu jaga dia dari kena buli. Mesti dengan pelajar lain ni. Abang pun tahu bukan budak tu seorang je dulu yang suka buli Mel. Nak marah dalam kereta ni pun tak guna, settle kat sekolah nanti," dengus Puan Ameerah.

Lepas dari lampu trafik tadi, Encik Zikri memandu terus dan lalu jalan di sebelah jambatan flyover turun ke bawah namun tiba-tiba saja lori besar di depannya membunyikan hon dan berhenti secara menagejut.

Refleks kakinya menekan pedal brek tapi masih merempuh kuat dengan belakang lori kontena. Sesaat kemudian terasa dentuman kuat dari belakang.


***


SUASANA di dalam bilik Pengetua sepi. Tiada yang bersuara kecuali bunyi pendingin hawa dalam bilik tersebut.

Pengetua yang tadi menulis sesuatu terus berhenti dan melirik pada jam tangannya. Kemudian lelaki itu pandang tiga orang pelajar yang duduk di depannya.

"Dah satu jam saya hubungi keluarga masing-masing. Masih ada yang belum datang," kata Pengetua.

"Saya dah kata kan cikgu, mak saya kerja hari ni. Ayah saya lagi la kerja jauh dekat Singapura tu," ujar Azlan sambil menekan wajahnya dengan jari bagi mengurangkan rasa sakit kerana dicakar oleh Armel.

"Tapi dia kata nak datang. Tak apa la, saya nak tanya dulu. Apa yang jadi sebenarnya. Apa kamu bertiga buat dekat belakang stor tu? Irham Zaqwan... Kamu buli Mel lagi?" soal Pengetua.

"Tak cikgu, saya dengar orang jerit je belakang stor. Bila sampai saya nampak Armel. Saya tolong leraikan je. Sumpah! Azlan yang buli Armel. Saya boleh jadi saksi Mel kata Azlan selalu peras duit dia," jelas Irham.

"Mana ada saya buat apa-apa," jawab Azlan berdalih.

Irham terus tarik tepi kolar baju Azlan dan menjerkah.

"Kau jangan nak tipu!"

"Sudah! Depan saya pun nak gaduh? Armel, awak nak cerita?"

Irham pandang Armel yang duduk di sebelahnya. Hanya senyap dengan wajah mendatar.

"Kalau Mel cerita pun, apa yang berubah nanti? Mel tetap kena buli lagi. Itu je cara Mel boleh buat untuk orang yang buli Mel. Lawan sebab cikgu sendiri pun tak dapat nak bantu Mel, kan?" jawab Armel.

Pengetua sedikit tersentak.

"Mel tak takut kalau cikgu panggil ayah dengan ibu datang sekolah. Sebab ayah sendiri yang suruh Mel lawan. Ayah dah janji akan datang sekolah untuk pertahankan Mel. Jadi Mel tunggu dia."

"Tak apa la, nanti bila mereka semua sampai Armel boleh ceritakan semuanya. Cuma... Cikgu nak sahkan betul Azlan buli kamu peras duit?" 

Armel terus mengangguk.

"Apa lagi bentuk pembulian dia?"

"Tak ada. Itu je," jawab Armel.

"Irham pula?"

Irham cuma tunduk. Entah kenapa kali ini dia resah kalau Armel ceritakan semua yang telah dia lakukan. Selama ini, dia tidak peduli pun.

Bila lihat Armel lambat respon, Irham terus bersuara.

"Ya, saya mengaku... Saya masih buli dia. Tapi... Saya janji tak buat lagi."

"Boleh percaya ke kamu ni? Sebelum ni pun kata macam tu tapi masih buat juga." Pengetua menggeleng tidak percaya.

Bunyi ketukan pada pintu menghentikan perbincangan itu.

"Pengetua, ada orang nak jumpa katanya nak jemput Armel. Tapi saya beritahu yang Armel dengan Pengetua," kata seorang kerani setelah masuk.

"Panggil dia masuk."

Selang lima minit, seorang wanita muda masuk. Armel menoleh. Pelik kerana yang datang ialah maksunya.

"Assalamualaikum pengetua, saya nak jemput Armel sebab ada hal kecemasan," pinta Leela lalu mendekati Armel.

"Mel, ibu dengan ayah kemalangan teruk. Kita pergi hopsital ya."

Armel kaku.

Irham tergamam dan terus berdiri menghadap Armel dan wanita yang baru datang itu.

Tanpa kata apa-apa, Armel berlari keluar dari pejabat pengetua.

"Saya minta maaf pengetua." Leela berkali-kali tunduk memohon maaf. Itu pun setelah Pengetua memberi isyarat tidak mengapa, baru Leela melangkah keluar dari bilik itu.

Irham tanpa kata apa-apa juga keluar dari bilik itu. Dia nak ikut.

"Irham, kamu nak ke mana?" Laungan Pengetua tidak diendahkan.

[C] My Girl [ EBOOK ]Where stories live. Discover now