MG | 24

417 28 4
                                    

Hey guys! Just to tell kemungkinan ebook MY GIRL akan siap dalam bulan ogos. Kalau dapat, author masukkan sekali dalam Merdeka Sale kat Shopee.  Ada diskaun.

Apa-apa hal author update kat Instagram (nshieyruna)

Thank you for your support :)


***


HABIS membelek majalah di tangannya, terus dicampak semula ke dalam rak kemudian capai yang lain. Tak ada yang menarik untuk dibaca. Hanya artikel yang berkaitan dengan hal-hal perubatan.

Irham mengeluh. Sudah dua jam dia tunggu Armel di bilik sakit ini. Dia langsung tidak kembali ke kelas. Argh! Peduli apa.

Tubuh dipusing menghadap katil single itu. Dia hanya duduk di muka pintu bilik sakit kerana tidak mahu mengundang fitnah. Takut pula kalau dituduh mahu mengapa-apakan Armel.

Tidak! Dia cuma mahu jaga dan tunggu sampai gadis itu sedar. Takut kalau Armel perlukan apa-apa. Lagi pun guru yang bertugas untuk merawat sudah pun masuk ke kelas untuk sesi mengajar.

Ekor matanya menangkap gerakan tubuh. Dilihat Armel sudah bangun. Matanya celik memandang siling.

Irham bingkas bangun dan mendekati.

"Kau dah bangun? Nak apa-apa tak? Air? Makan?" Irham beria buka penutup botol lalu menuang ke dalam cawan plastik di atas satu meja kecil.

"A-awak buat apa dalam bilik saya?" Armel menjauhkan dirinya dan rapat ke dinding.

"Bilik kau? Eh... Ni bilik sakit kat sekolah la. Baru kena dengan Inara tu takkan amnesia kut."

Sekolah? Armel terus duduk tegak seraya itu kepalanya sakit bagai direnjat elektrik. Dia cuba mengimbas semula apa yang jadi. Nafas dihela. Fikirnya dia sedang bermimpi.

Irham perasan riak Armel menjadi sedih tiba-tiba. Rasa serba salah menyerang dirinya semula. Kasar sangat ke dia cakap tadi.

"Sorry la weh, aku... Aku tak ada niat nak cakap kasar dengan kau. Jangan la sedih," kata Irham.

"Bukan sebab tu. Mel ingat, Mel tengah mimpi kena buli dengan Inara. Lepas tu terbangun dari mimpi tu sebab ibu yang kejut..."

Irham kaku.

"Lepas ibu dah tenangkan Mel, dia suruh sambung tidur. Sekarang bila Mel terjaga... Rupanya itu mimpi yang sebetulnya." Air mata mula berkumpul.

Irham melutut di tepi katil. Dia nak pujuk, dia tidak tahu bagaimana. Dia tidak pernah pujuk perempuan.

"Aku... Aku tak tahu macam mana nak pujuk perempuan, nak pujuk kau tapi aku nak kau tahu yang kau masih ada Nazhan, Nurul, family kau yang lain... Aku."

Armel terus pandang Irham bila mendengarkan ayat terakhir tadi.

"Takkan sama..."

Irham tidak menafikan itu. Memang ibu tirinya tidak akan sama dengan ibu kandung. Orang-orang di sekeliling yang sudi menemani mungkin tidak akan sama dengan ibu dan ayah sendiri tapi...

"Memang tak sama tapi... Sekurang-kurangnya kau tak keseorangan," balas Irham.

Armel membalas pandangan Irham.

"Kenapa tiba-tiba?"

"Hah?"

"Kenapa tiba-tiba baik dengan Mel? Bukan abang ke yang paling suka buli Mel?" soal Armel lagi.

"Aku punca... Lagi pun ada janji tak tersengaja antara aku dengan ayah kau. Jadi aku nak tebus salah aku," jawab Irham.

"Tak perlu pun buat macam tu."

"Eh suka hati aku la. Dah... Rehat. Tak payah masuk kelas. Nurul kata, nanti dia datang sini bawa kan beg kau. Tidur balik," suruh Irham. Habis hilang rasa sedihnya bila sebut tentang janji tadi tapi Armel pula selamba menolak.


***


SEBAIK saja loceng sekolah berbunyi, Irham menapak masuk ke dalam kelas melalui pintu belakang agar tidak disedari oleh guru subjek terakhir sebelum balik.

Irham ke tempatnya dan kemas barang-barang. Yang lain tercengang bila Irham tiba-tiba muncul.

"Kau pergi mana?"

"Teman Armel kat bilik sakit." Irham berhenti mengemas kemudian pandang yang lain.

"Kau okay tak ni? Sejak bila kau baik dengan Armel?" soal Haqim.

"Atau sebab kau serba salah je?" tambah Izz pula.

"Dua-dua. Puas hati?" kata Irham kemudian mengeluh kecil. "Lepas ni berhenti kacau dia. Aku nak korang tolong tengok-tengokkan dia juga."

Beg disangkut ke bahu dan berlalu namun ayat Aniq mematikan langkahnya.

"Perlu ke? Kau yang serba salah dengan dia kan."

"Hey, kalau kau tak nak buat tak apa. Korang tak nak buat tak apa. Aku tak kisah la." Nada Irham sedikit bengang dan menyambung langkahnya pergi.

Langkah Irham laju hingga ke hujung bangunan. Dia ambil jalan ke kanan dan terus ke bilik sakit.

Kata-kata Aniq tadi asyik teringat-ingat. Dia tak sepatutnya libatkan kawan-kawannya juga walhal ini cuma salahnya seorang. Mereka cuma turut dan berseronok.

Irham intai di hujung bangunan yang selari dengan bilik sakit. Dalam 10 minit berlalu, dia nampak Nurul tiba di bilik itu bersama Nazhan. Ada juga beg milik seseorang yang dia kenal.

Irham masih menunggu sampai la dia nampak Armel keluar. Sekarang dia tidak risau sangat kerana ada Nurul dan Nazhan yang akan jaga Armel sampai gadis itu balik.

[C] My Girl [ EBOOK ]Where stories live. Discover now