MG | 17

282 23 0
                                    

ARMEL cuma duduk di atas katil sambil menopang kepalanya di atas kaki kiri yang dirapatkan ke badan. Kaki kanan pula melujur. Hari ini dia tidak ke sekolah. Lukanya sudah kering tapi masih terasa sakit.

Elok juga. Tak perlu dia nak berhadapan dengan Azlan.

Dia teringat hal semalam. Matanya melirik pada laci meja belajarnya. Di situ dia simpan lukisan Irham bertanduk.

"Tak ada la teruk sangat dia tu," bisik Armel. Kalau tidak, tak mungkin Irham nak hantarnya pulang siap gendong di belakang.

Walhal dia boleh saja jalan sendiri. Biarlah terkedek-kedek pun.

Armel menoleh bila pintu biliknya dibuka dari luar. Ayahnya menjenguk sebelum menolak daun pintu lebih lebar.

Lelaki itu menghampiri Armel dan menghenyak punggung pada birai katil.

"Ayah kerja sekerat hari ke?"

"Tak ada la. Ayah balik nak makan tengahari je. Boleh tengok Armel sekali. Kaki okay belum? Ke saja kata sakit padahal tak nak pergi sekolah." tembak Encik Zikri.

Waktu itu Puan Ameerah masuk.

"Eh betul la ayah, sakit. Mel kan jarang ponteng sekolah. Betul tak ibu?" Armel senyum pada Puan Ameerah.

"Mana la tahu, mula buat perangai macam masa tingkatan satu dulu. Asyik tak nak pergi sekolah je. Ada je sakit dia. Rupanya tak nak pergi sekolah sebab kena buli." Setepek Puan Ameerah beri.

"Itu dulu. Sekarang memang sakit," sengih Armel sambil tunjuk kakinya yang luka.

"Mel betul tak kena buli ni? Kalau betul bagitahu ayah. Siapa... Dia buat apa?" kata Encik Zikri.

"Budak semalam tu, betul ni dia dah tak buli? Kenapa tiba-tiba dia nak jaga Mel pula. Atau Mel tak berani nak berterus-terang sebab dia ada. Dia ugut?" Puan Ameerah menyoal pula.

Armel diam sejenak. Entah kenapa dia nak kata begitu semalam. Padahal boleh saja dia mengadu. Biar bapak iblis itu kena tumbuk dengan ayahnya.

Tapi reaksi Irham terkedu sewaktu dia katakan yang pembuli juga lembik dan hanya mahukan perhatian kerana kurang kasih sayang. Reaksi itu... Seperti membenarkan.

"Betul ibu, ayah... Dia dah tak buli. Dia jaga Mel macam abang Naz dengan kak Nurul," tutur Armel lebih yakin.

"Elok la tu. Lega sikit hati ibu dengan ayah ni. Kami tak ada nak tengokkan Armel," balas Puan Ameerah tersenyum.

"Tapi kalau ada orang buli, lawan je balik. Tak apa. Kalau cikgu panggil ayah, sepantas kilat ayah datang sekolah Mel. Ayah sendiri akan mengaku, ya saya yang suruh Armel lawan balik orang yang kacau dan buli dia," bicara Encik Zikri buatkan Armel tersenyum dan gelak kecil.

"Ya la, nanti Armel lawan balik kalau kena buli." Armel angkat kedua-dua ibu jarinya dan tunjuk pada ayahnya.

"Dah, ibu nak sapu ubat kat luka tu. Esok kena sekolah. Trial PT3 tak lama lagi kan?" Puan Ameerah tukar tempat dengan suaminya. Kini dia pula duduk di sisi kaki Armel.

Armel merengek dan terus merebahkan diri. Kenapa ingatkan dia pada peperiksaan percubaan itu. Naik tegak bulu romanya.


***


IRHAM melirik jam di tangannya. Ada lima belas minit sebelum waktu kokurikulum bermula. Lepas solat Zuhur dan makan, dia dan yang lain melepak di taman sekolah.

Dia mengeluh perlahan sambil pandang ikan-ikan di dalam kolam. Sejak pagi dia tak nampak Armel.

Tak datang sekolah ke budak ni? Desis Irham.

Takut dengan Azlan?

Irham menggeleng. Kalau takut dengan Azlan berbanding dirinya, tak adalah dia dapat gelaran bapak iblis daripada Armel.

Takut kena buli dengan pelajar lain? Tak mungkin juga. Se-nerd Armel pun tapi bersemangat waja. Jarang sekali Armel ambil cuti. Setiap hari pergi ke sekolah juga walaupun kena buli.

Atau kerana kaki Armel yang tercalar semalam? Irham mendengus.

"Lembik!" tutur Irham.

"Siapa?"

Irham menoleh ke belakang pada Haqim dan Firdaus. Wajah mereka berdua terpinga-pinga.

"Tak ada siapa," dalih Irham dan pusing semula menghadap kolam.

Haqim dan Firdaus saling berpandangan kemudian jongket bahu. Tak lama lepas itu, Haqim ternampak Aniq dan Izz datang ke arah mereka.

Dia terus mencuit Irham. "Aniq dengan Izz dah sampai."

Irham pusing ke belakang. Masih duduk. Tangannya diletak atas meja batu. Dia suruh si kaki rayau dua orang itu pergi cari pelajar sekelas Armel yang suka membuli gadis itu juga. Hal itu pun dia tanya pelajar 3Azreas yang lain.

Sampai saja di tempat mereka, Izz paksa pelajar lelaki yang dia dan Aniq heret itu duduk di kerusi batu antara Haqim dan Firdaus.

"Siapa nama kau?" soal Haqim.

"Naufal."

"Kau tahu tak kenapa kau kena panggil dengan Irham?" tanya Haqim lagi.

Naufal sekilas melirik pada Irham yang duduk bertentangan dan memandang tajam. Dia kembali tunduk. Kepala menggeleng.

"Armel datang tak hari ni?" Kali ini Firdaus pula menyoal.

"Tak." Ringkas.

"Sebab tu kitaorang panggil kau. Ada info kata kau pun suka buli dia. Kau mesti tahu sebab budak nerd tu tak datang sekolah kan?" Firdaus tepuk belakang badan Naufal.

"Sumpah bang, tak tahu. Betul." Naufal angkat tangan bersumpah. Dia beranikan diri pandang Irham.

Seketika loceng berbunyi. Waktu kokurikulum bermula. Irham menghela. "Blahh..."

Naufal tercengang. Tak sampai sesaat, tubuhnya ditolak dan disergah Haqim.

"Blahh la tunggu apa lagi!"

Naufal bergegas pergi.

Izz keluarkan plastik jernih dari poket seluar treknya. Ada seekor cicak yang sudah nyawa ikan.

"Apa nak buat dengan cicak ni? Aku tangkap khas untuk Armel tau," kata Izz.

Irham senyum. "Kau la makan."

"Ish! Geli. Simpan la. Mana tahu esok dia datang." Izz kembali simpan dalam poket seluarnya.

"Untuk esok cari yang baru," suruh Irham dan berdiri. Dia melangkah pergi meninggalkan taman sekolah kemudian diikuti yang lain.

[C] My Girl [ EBOOK ]Where stories live. Discover now