MG | 10

485 32 1
                                    

"NAZ!"

Nazhan berpaling ke belakang bila namanya dipanggil. Nurul berlari anak ke arahnya.

"Dah cakap dengan Mel?" soal Nurul teruja.

"Cakap apa?" Nazhan berkerut.

"Ish orang tua ni! Pasal yang I jemput dia ke birthday party tu la."

"Oh! I dah ajak tapi dia tolak."

"Kenapa?" tanya Nurul.

"You kan jemput semua budak Tingkatan 5. Dah tentunya ada Irham dengan geng dia. Memang tak la Armel tu nak tunjuk muka. Silap-silap dia kena buli lagi dekat situ," terang Nazhan.

"Jangan kata geng Irham, semua budak tingkatan 5 pun akan buli dia. Termasuk si Maya tu," sampuk Rayqal, kawan sekelas Nazhan merangkap rakan setugas di perpustakaan.

"Itu pun kalau Maya tu nak datang. Aku jemput secara umum. Nak datang, dipersilakan. Tak nak, sudah." Nurul membalas.

"Alah, I kalau boleh nak juga Armel ada sekali. Kesian dia duduk terperap dalam rumah. Sekali-sekala kena la bersosial." Nurul memeluk tubuhnya.

Lagi pun, adik angkat mereka tu bukannya ada kawan. Armel cuma hanya ada dia dan Nazhan saja untuk diajak berborak.

"You tak bagitahu ke plan kita kat Armel."

"I tak sempat nak cakap dia dah blah. Hari ni pun I langsung tak nampak dia," ujar Nazhan. Dia pun sebenarnya dalam perjalanan ke perpustakaan. Manalah tahu kalau Armel ada di sana.

"Tak apa la. I pun nak pergi library ni. Kut dia kat sana. Nanti I cakap lagi dengan dia," beritahu Nazhan.

"Okay, I pun akan cakap dengan dia kalau terserempak nanti. Apa-apa hal you whatsapp I tau," pesan Nurul sebelum berlalu pergi.

Nazhan dan Rayqal meneruskan langkah mereka ke perpustakaan.

"Kau dengan Nurul ada rancang apa untuk Mel?" tanya Rayqal.

"Ada la." Nazhan pandang Rayqal kemudian senyum.

"Poyo la dengan aku pun nak berahsia." Rayqal merajuk.

"Alah merajuk pula dia. Nanti kau akan tau juga. Tak pun masa plan tu nanti, aku ajak kau sekali."

"Okay aku tunggu."

***

MALAM ITU, usai makan malam Armel terus masuk ke dalam biliknya. Dia langsung tak ada mood nak buat kerja sekolahnya. Apa guna kalau siap lepas tu kena koyaklah, kena soroklah. Esok lusa kena bakar agaknya.

Tapak tangan kirinya ditelek. Masih ada kesan dirotan. Dia nak bercerita perkara sebenar pun tak mungkin Puan Esma nak terima. Nanti dia dikata beri alasan.

Aidil pun turut menyaksikan dirinya dirotan. Lelaki itu tidak dapat berbuat apa-apa. Tapi dia tak marahkan Aidil kerana ada betulnya juga, lelaki itu bukan ada setiap masa untuk jadi heronya dalam kelas.

Tambah lagi kena hadap Irham Zaqwan yang hobi asyik membulinya. Muncung mulut Armel terkenang hari-hari malangnya.

"King sekolah konon. Aku rasa nama Bapak Iblis lagi sesuai untuk dia," gumam Armel seorang diri.

Kepalanya ditongkat dengan kedua tangannya. Bagusnya kalau dia ada pelindung daripada dibuli seperti dalam drama yang selalu dia tengok.

Tapi tu la... Siapa nak jadi pelindung dia yang nerd ni. Tak ada manfaat. Armel merengek sendiri.

Tak sampai sesaat bayangan wajah Aidil menerpa di ruang matanya.

"Takkan nak harapkan Aidil je?"

"Kau ni... Cuba melawan sikit. Buat aduan ke apa. Aku bukan setiap masa ada nak tolong kau."

"Diorang takkan berhenti selagi kau tak bersuara. Cuba lagi. Ganaslah sikit..."

Dia teringat kata-kata Aidil. Memang ada betulnya tapi kekuatan untuk melawan itu belum ada.

Armel menoleh bila terdengar telefonnya berdering. Bila dia capai, nama Kak Nurul terpampang. Terus dia jawab.

"Mel!" sapa Nurul separa menjerit.

"Hai akak. Kenapa call Mel malam-malam ni?" tanya Armel terus.

"Akak rasa abang Naz dah bagitahu Mel pasal ni. Akak kan nak buat birthday party-"

"Mel tak nak pergi."

"Ala Mel... Tak bosan ke duduk rumah? Ke sebab ada Irham dan budak tingkatan lima yang lain. Mel takut kena buli?"

Armel cuma diam.

"Okay macam ni, akak janji yang diorang tak akan buli Mel. Diorang tak akan kenal Mel pun," kata Nurul buatkan Armel berkerut.

"Tak kenal Mel? Maksudnya?"

"Mel akan tahu nanti. Hari sabtu ni pukul 11 pagi, Mel siap-siap okay. Akak dengan abang Naz akan jemput. Okay?"

Armel menggaru kepalanya.

"Okay..." jawab Armel bersetuju akhirnya. Dia tahu selagi dia tidak beri jawapan yang Kak Nurul mahu, selagi itulah gadis itu akan memujuknya.

Telefon ditaruh tepi lalu keluhan kecil dilepaskan. Dia bangun dan menuju ke meja belajar. Laci meja itu ditarik dan keluarkan sehelai kertas yang ada lukisan seperti iblis bertanduk.

Setiap kali dia nak lepaskan marah pada Irham, lukisan itulah yang akan dia tampal pada dinding kemudian baling guna bola tennis.

[C] My Girl [ EBOOK ]Where stories live. Discover now