HARI sabtu, Armel bersiap-siap seperti yang disuruh oleh Kak Nurul. Masih lagi ragu-ragu sama ada mahu turut serta ke majlis hari lahir itu atau tidak.
"Okay makcik, sebelum pukul 10 malam Naz hantar Mel balik. Kitaorang pergi dulu," pinta Nazhan yang berdiri di depan muka pintu menghadap Puan Ameerah. Nurul juga berdiri di sebelah Nazhan dengan senyuman menghiasi wajahnya.
Armel yang sedari tadi duduk di bangku yang ada di halaman tepi rumah berdiri dan bersedia untuk ikut Nazhan dan Nurul. Mereka berjalan ke kereta sedan mewah milik keluarga Nurul.
Sempat Armel melambai pada ibunya kemudian masuk ke perut kereta itu.
"Kita nak pergi mana kak?" soal Armel sebaik saja Nurul masuk ke dalam kereta.
"Kita nak bagi semua tetamu tak kenal Armel la."
Dahi Armel berkerut. Kereta mula dipandu oleh pemandu peribadi Nurul.
"Kalau diorang kenal juga?"
"Tak apa, abang ada."
"Mana boleh macam tu, abang mesti nak tolong Kak Nurul uruskan itu ini..."
"Jangan risau, member abang ramai dekat situ. Diorang akan jadi mata-mata. Anything happen, diorang akan datang dan protect Mel," kata Nazhan.
Seketika, Armel terasa dia sangat lemah sampai tak boleh berdiri untuk diri sendiri. Asyik berharap pada orang lain.
***
SAMPAI di sebuah Mall, Nurul terus tarik tangan Armel. Pertama sekali, masuk ke kedai cermin mata.
"Saya nak buat contact lens... Untuk orang rabun."
Armel terkejut dan terus menoleh pada Kak Nurul yang sudah menunding padanya. Armel menggeleng tak mahu tapi Kak Nurul menolak ke mesin untuk periksa tahap rabun matanya.
Habis itu Armel cuma berdiri di tepi dan Kak Nurul yang berurusan dengan staf kedai.
Dia ternampak Nazhan berjalan ke arah kedai cermin mata ini. Ada seorang lelaki juga di sebelah Nazhan. Jika tidak silap dia itu Rayqal, kawan Nazhan.
"Kak Nurul mana?" soal Nazhan.
Armel menunding pada kaunter.
"Hai Armel," sapa Rayqal.
Armel cuma senyum manis.
"Dah siap! Jom next station." Tiba-tiba saja Kak Nurul menyergah dari belakang dan tarik tangan Armel keluar dari kedai.
Armel diheret masuk pula ke kedai pakaian. Belum sempat tercengang, Kak Nurul sudah capai beberapa helai pakaian dan diserahkan kepada Armel.
"Armel cuba semua baju ni dalam fitting rooms okay. Cuba sampai Mel rasa Mel suka dan berkenan dengan baju tu. Go go! Akak pergi cari lagi," kata Nurul dan pergi ke tempat lain.
Tubuhnya dipusing hingga ternampak Nazhan dan Rayqal. Kedua lelaki itu cuma tersenyum. Armel melangkah jua ke bilik persalinan.
Setiap kali Armel keluar dengan pakaian yang berbeza, semuanya Nurul menggeleng kerana terlalu banyak benda yang tidak kena. Terlalu ringkaslah, terlalu melampaulah.
"Akak, Mel dah penat la. Baju tadi kan okay," ujar Armel setelah keluar dari bilik persalinan dan masih dapat gelengan daripada Kak Nurul.
"Baju tadi, warna kuning bunga-bunga tu? No sayang. Baju tu sesuai jadi langsir boleh la," tolak Nurul.
"You yang bagi baju tu dekat dia. Tiba-tiba tak kena pula?" soal Nazhan.
"Sebab baju tu nampak comel. Tapi bila pakai, tak kena pula dengan Mel. Maybe I kena cari plain dress. Tunggu kejap." Nurul berlari anak dan hilang dari pandangan mereka.
Armel mengeluh dalam diam. Kalau dah Kak Nurul pergi cari lagi, entah berapa banyak lagi harus dia cuba. Perutnya sudah berdongdang sayang ni.
"Armel cuba yang ini!" Kak Nurul muncul semula bersama sehelai gaun kosong berwarna krim susu.
Armel masuk semula dan tukar baju tadi kepada baju yang baru. Usai itu, dia pusing sedikit ke kiri dan ke kanan di depan cermin besar itu. Dia suka.
Ringan tapi dia nampak manis. Gaun kosong krim susu labuh bawah lututnya dan lengan panjang. Bahagian kolar pula berbentuk V.
Armel keluar dari bilik persalinan itu. Senyuman lebar di setiap wajah tiga orang itu menandakan mereka juga sukakan baju itu.
"Yes finally. You look gorgeous!" sorak Nurul.
"Maknanya kita dah boleh pergi makan ke?"
"Okay kita pergi makan dulu. Lepas tu, kita pergi spa pula," balas Nurul.
"Buat apa pula? Tak nak la..." Armel garu kepalanya.
"Akak nak buat facial kejap. And for you kita rapikan rambut sikit. Habis tu kita balik la."
"Okay. Nanti semua ni akak claim duit dekat ayah eh," kata Armel.
"Tak apa. Hari ni akak belanja Mel sebab Mel nak datang birthday party akak."
Armel senyum.
YOU ARE READING
[C] My Girl [ EBOOK ]
Novela JuvenilBenda wajib yang perlu Irham Zaqwan buat pada setiap hari ialah membuli. Buli seorang gadis tingkatan tiga Sekolah Tinggi Emerald, Armel Idriana. Kerana penampilan nerd Armel Idriana dan sikapnya yang bendul, dia bukan saja dibuli oleh Irham Zaqwan...