MG | 4

2.6K 263 30
                                    

IRHAM ZAQWAN bangun dari kerusi setelah selesai menyarung stokin. Dia buka zip begnya dan mengeluarkan buku-buku untuk subjek yang tiada dalam jadual hari ini. Buku teks Sejarah dicapai lalu dipandang lama penuh meluat. Tidur lagilah nampaknya dia dalam kelas nanti.

Buku itu dimasukkan ke dalam beg dan zip ditarik. Matanya terpandang pada bingkai gambar yang memang dia letak di atas meja belajar. Gambar dia sewaktu kecil bersama seorang wanita. Wanita itu tersenyum lebar sambil memeluknya dari belakang.

Jarinya mengusap perlahan permukaan gambar. Wajahnya mendung tiba-tiba.

"Am rindu mama." Dia berbisik.

Bingkai gambar itu diletak semula. Beg sekolahnya dicapai begitu juga kunci motor dan terus keluar dari bilik. Kaki menuruni anak tangga dan terus ingin ke pintu rumah.

"Irham, mari sarapan dulu," ajak Puan Ziya bila saja dia nampak kelibat Irham terus ke pintu rumah.

Irham pula langsung tidak mengendahkan wanita itu.

"Irham Zaqwan, tak dengar ke ibu panggil tu?" Encik Haidi menegur. Irham terus pusing ke belakang dan memandang mereka. Wajahnya seperti tiada perasaan.

"Pa, how many times should I remind you that I only have one mama. Dan dia... Dekat syurga. Perempuan ni bukan ibu atau mama Irham Zaqwan. Penat la nak kena cakap banyak kali." Habis berkata, Irham cepat pergi.

Enjin motornya dihidupkan, lebih kurang seminit selepas itu, Irham terus pecut ke sekolah.

Begitulah keadaan setiap pagi, dia tak pernah duduk bersarapan sama juga waktu makan tengah hari dan makan malam. Dia tak pernah sukakan perempuan itu. Papanya selalu melebihkan perempuan itu lebih daripada anaknya sendiri. Apa yang dia buat semuanya salah.

Hingga satu masa, dia sendiri lupa bila kali terakhir dia bermesra dengan papanya.

Hampir sepuluh minit selepas itu, dia sampai di sekolah. Motornya dibawa ke garaj yang disediakan dalam kawasan sekolah berdekatan dengan pagar. Helmetnya ditanggalkan dan diletak ke raga motor. Cermin sisi motornya dialihkan sedikit menghadapnya. Tangannya menyikat sedikit bahagian rambut yang tidak terurus.

Habis itu, Irham turun dari motor seraya itu ternampak seseorang. Mulutnya mengukir senyuman lebar. Kuncinya dimasukkan ke dalam poket dan segera mengejar orang itu.

Irham berlari dan tanpa sebarang amaran, dia menepuk kuat beg milik gadis itu.

"MAK!" Gadis itu terkejut. Habis berterabur buku-buku teks yang berada dalam pelukkannya.

Irham gelak kuat.

"Padan muka kau!" Irham berlalu pergi.

Armel terkebil-kebil. Dia perasan pelajar lain yang lalu lalang di sekitarnya sedang menjeling dan mentertawakannya. Armel melutut untuk mengutip bukunya dan tiba-tiba ada tangan lain yang menolong.

Armel menoleh.

"Mel okay?" soal Nazhan. Mereka berdua sama-sama berdiri. Nazhan menyerahkan buku Armel.

"Okay je," jawab Armel. Suaranya tidak ceria.

Nazhan menggeleng.

"Abang suruh Mel mengadu dekat cikgu disiplin, Mel tak nak. Tengok sekarang, Mel tak habis-habis kena ganggu dengan Irham tu." kata Nazhan.

"Mel dah pernah mengadulah dulu. Mana ada kesan. Elok-elok bapak iblis tu je yang buli tiba-tiba satu sekolah ikut sama, buli Mel juga. Tu semua saka-saka dialah tu. Silap hari bulan kalau Mel mengadu lagi... Makcik kantin, pakcik guard semua buli Mel sekali," seloroh Armel buat Nazhan tertawa kecil.

[C] My Girl [ EBOOK ]Where stories live. Discover now