DAUN pintu ditolak perlahan. Kaki melangkah ke dalam ruang bilik itu seterusnya menghenyak punggung di birai katil. Mata pandang ke setiap tempat. Kemas.
Puan Ziya menghela nafas perlahan. Irham melarang dia masuk ke dalam bilik itu. Tapi kadang dia masuk juga untuk sapu lantai dan vakum. Itu saja dan dia tak sentuh apa-apa kerana Irham pandai kemas sendiri bilik tidurnya.
Dia merenung pada bingkai gambar yang ada di atas meja belajar Irham. Gambar Irham sewaktu kecil bersama seorang wanita.
Puan Ziya bangun dan bergerak ke meja itu. Bingkai itu diangkat. Wajah wanita pada gambar itu disapu perlahan. Matanya mula berkaca dengan air jernih.
Peristiwa 10 tahun lepas menjengah kotak ingatannya.
"Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau ada barah? Kalau kau tak pengsan dan bawa ke hospital, sampai bila-bila pun aku tak tahu kan?"
"Kalau kau tahu, bukan boleh buat apa-apa. Aku tetap akan mati. Doktor kata dia merebak cepat. Aku memang tak nak buat kimo. Aku tak nak Irham tengok aku sakit. Aku tak nak dia sedih."
"Apa bezanya? Dia akan sedih juga kalau kau tak ada nanti."
"Kau jadilah ibu dia. Ganti tempat aku."
"Kau cakap apa ni Miza?"
"Irham takkan putus kasih sayang sayang seorang ibu. Aku pun akan pulangkan Haidi kat kau..."
"Kau ni merepeklah-"
"Aku pernah terbaca diari kau. Kau suka Haidi sejak sekolah. Kau dengan dia kawan dari kecil. Tak pernah berenggang. Tapi bila Haidi suka aku, dia mula jarang dengan kau. Tapi kau tak ambil hati. Kita bertiga jadi kawan sampai sekarang. Kau pun dah anggap Irham macam anak sendiri. Tolonglah Ziya,"
Disebabkan permintaan itu, dia dan Haidi disatukan. Hanya akad dan tiada majlis besar-besar pun. Tak lama selepas itu, Miza tinggalkan mereka.
Dan sejak itulah, Irham marahkannya tiba-tiba dan tuduh dia pembunuh dan perampas. Tak terdetik pun. Dia dan Haidi pun tidak seperti suami isteri lain. Lelaki itu tidak pernah cintakannya. Hati itu masih untuk Ziya.
Kerana itulah, dia tak ada anak dengan Haidi.
"Dah 10 tahun Miza. Tak ada apa yang berubah. Irham masih bencikan aku. Tak tahu nak ceritakan perkara sebenar macam mana sebab dia asyik mengelak dari aku. Kalau dia dah dengar pun, belum tentu dia nak percaya."
Puan Ziya meletakkan kembali bingkai gambar itu. Dia berjalan keluar dari bilik Irham.
***
IRHAM menolak pinggan yang masih ada baki nasi lemak itu. Dia sudah kenyang kerana sebelum makan nasi lemak itu, dia asyik mengunyah kudap-kudap yang Haqim bawa dalam kelas.
"Kau cari apa? Mel?"
"Aku cari minah hari tu la. Macam tak ada je," kata Irham.
Pagi tadi pun, dia siap tunggu di pagar sekolah dan perhatikan seorang demi seorang. Tapi tak ada yang mirip dengan wajah gadis di malam itu.
"Yang panggil kau bapak iblis tu?" tanya Izz.
"Ya la!"
"Aku syak kan, dia ni dah jatuh cinta dengan minah tu. Pagi tadi... Sanggup weh tunggu dekat pagar semata nak cari minah tu. Budak Armel lalu pun buat tak kisah je," cerita Firdaus.
"Eh tak ada makna aku nak tangkap cinta dengan minah tu. Aku geram sebab dia panggil aku bapak iblis." bidas Irham lalu menghadiahkan jelingan.
"Tapi malam tu, dia berdiri sebelah Nurul tau masa sesi potong kek. Nampak rapat semacam. Entah-entah geng Nurul. Cuba kau tanya dia," cadang Aniq.
Irham angguk. "Betul juga. Bijak!"
Dia terus berdiri dan melangkah.
"Kau nak pergi mana?" jerit Firdaus.
"Cari Nurul."
Irham keluar dari kawasan kantin. Dia tidak tahu nak cari Nurul di mana sebab mereka bukan sekelas. Kalau sama kelas boleh saja dia tanya habis waktu rehat nanti. Tapi dia mahu juga cuba cari di kelas Perakaunan.
Sampai saja, Irham tanpa teragak masuk. Dia nampak Nurul duduk berkelompok dengan kawannya yang lain.
"Kenapa?" soal Nurul bila Irham menghampiri kumpulannya.
"Aku nak cakap sikit dengan kau. Kat luar." Irham berlalu keluar dari kelas dan tunggu di balkoni koridor.
"Ha kenapa?" tanya Nurul lagi bila dia berdiri depan Irham.
"Masa potong kek malam tu, siapa perempuan sebelah kau? Dia pakai dress krim." ujar Irham.
"Kenapa kau tanya?" Nurul berdebar. Risau juga kalau Irham tahu identiti Armel.
Tapi kalau Irham tahu, tak mungkin lelaki itu akan tanya.
"Aku nak jumpa dia."
"Kau suka dia ke?" Nurul tanya lagi.
"Tak ada makna la. Dia panggil aku bapak iblis tahu tak." Intonasi Irham sedikit tinggi.
Nurul kawal reaksinya yang hampir ketawa. Wajah Irham kelihatan tegang.
"Dia kawan kau ke apa? Aku cari satu sekolah tak jumpa."
"Memang la tak jumpa sebab dia tak sekolah sini. Dia... Adik sepupu aku," jawab Nurul.
"Betul? Kenapa muka dia macam pernah nampak?" soal Irham.
"Buat apa aku nak tipu kau. Mana la aku tahu kenapa muka dia macam kau pernah nampak," balas Nurul tak nak kalah.
Irham mengeluh. Tanpa kata apa-apa, dia pergi saja.
Nurul tersenyum saja. Nasib baik lelaki itu sudah mengalah. Kalau tidak habis pecah rahsia dan habis riwayat Armel.
"Mel pun satu, boleh pula terpanggil bapak iblis depan mamat tu." Nurul menggeleng kepala.
Irham turun ke tingkat bawah dengan perasaan mendongkol geram.
"Nasib baik kau bukan sekolah sini. Cis!"
"Am! Macam mana? Nurul kata apa?" soal Haqim bertubi-tubi bila mereka bertembung di kaki lima.
"Adik sepupu dia. Sekolah lain," jawab Irham bersama dengusan.
Izz letak tangannya di atas bahu Irham. "Rileks la. Lepas ni kau bukan jumpa dia pun."
"Betul. Daripada kau moody macam ni... Kita ponteng. Lepas ni subjek sejarah. Kang asyik nama kita je kena jawab soalan. Jom la Am," ajak Aniq.
Irham senyum.
YOU ARE READING
[C] My Girl [ EBOOK ]
Teen FictionBenda wajib yang perlu Irham Zaqwan buat pada setiap hari ialah membuli. Buli seorang gadis tingkatan tiga Sekolah Tinggi Emerald, Armel Idriana. Kerana penampilan nerd Armel Idriana dan sikapnya yang bendul, dia bukan saja dibuli oleh Irham Zaqwan...