MG | 21

285 23 0
                                    

Saya update story antara hari jumaat/sabtu/ahad. Jadi kalau tak ada harini mungkin esok atau esoknya lagi. Saya update MY GIRL sampai ebooknya siap in sha Allah sebelum bulan 8. Jadi apa-apa hal saya inform kat Message Board dan Instagram (nshieyruna)

Terima kasih kepada yang sudi tunggu, baca dan vote! Maaf kalau banyak sangat kekurangan.


***


IRHAM termenung sekejap kemudian memerhati gelagat semua pelajar yang ada di kantin. Kawan-kawannya yang sedang rancak berborak pun langsung dia tidak hiraukan apatah lagi mencelah.

Tak tahu apa yang diceritakan. Tak ada yang menarik perhatiannya. Pagi tadi dia datang ke sekolah awal dan tunggu di pagar sekolah semata nak melihat Armel.

Hampa. Gadis itu tidak hadir hari ini. Mana mungkin, pasti perlu selesaikan berkenaan ibu dan ayahnya.

Entah kenapa dia rasa serba salah.

PAP!

Irham terkejut sekali mendongak. Wajah Nazhan yang menyinga itu dipandang.

"Puas hati kau sekarang, ha Irham Zaqwan!" jerkah Nazhan sampai semua pelajar pandang mereka.

"Kau apa hal?" Haqim bingkas berdiri dan menjerit juga pada Nazhan. Cuba mempertahankan Irham.

"Aku tak cakap dengan kau sial!" Nazhan membalas.

"Tak rileks sial. Apa yang kau tak puas hati sangat ni? Serang macam orang gila," sinis Firdaus lalu menjeling.

"Ya memang aku tak rileks sebab kawan musibat kau ni punca parents Armel Idriana mati!"

Suasana kantin yang senyap mula riuh dengan rasa terkejut dan bisikan.

Firdaus terkedu. Yang lain juga. Entah bila. Langsung tak ada pengumuman rasmi di sekolah.

Irham laju bangun dan menghadap Nazhan.

"Cara kau cakap ni macam aku yang pergi bunuh diorang. Walhal diorang mati sebab terlibat dalam kemalangan la bodoh!"

Nazhan ketawa kecil.

"Aku dah bagi amaran dekat kau kan? Berhenti buli dia dan semua orang akan berhenti juga. Atau kalau kau tak pernah buat semua tu, Armel takkan dibuli. Semua pelajar Emerald takkan anggap dia mangsa buli terbaik untuk diorang. Dia tak perlu ke bilik Pengetua. Parents dia tak perlu datang ke sekolah untuk selesaikan hal yang tak pernah selesai tu dan semua tu takkan terjadi. Tapi kau bodoh. Kau nak buat juga. Sekarang dia dah jadi anak yatim piatu. Puas hati kau Irham Zaqwan? Puas hati korang semua?" tengking Nazhan bukan setakat kepada Irham tapi juga gengnya yang lain.

Kata-kata itu bagai menampar tangkai hati Irham.

"Kalau kau berani dekat dengan dia lepas ni... Aku sepak muka kau." Nazhan berlalu pergi usai kata begitu.

Irham melangkah perlahan meninggalkan kantin. Saat itu, Aniq dan Haqim bangun untuk mengejar Irham tapi ditahan Firdaus.

"Bagi dia masa."

Aniq dan Haqim kembali duduk. Patut saja dari pagi Irham hanya senyap dan muram.

Tapi pelik bagaimana Irham boleh tahu lebih awal tentang berita itu?


***


HAMPIR tiba di rumah yang pernah dia tandang... Sekali. Namun kali ini dia datang lagi dengan hati kosong.

Kaki masih melangkah hingga tiba di garaj rumah itu. Penuh dengan tetamu yang datang untuk tahlil sampai ada yang duduk di lantai garaj beralaskan tikar.

Irham mendekati di ruang yang masih ada. Berdiri tegak selari dengan pintu rumah. Dia terpandang Armel. Duduk bersimpuh dengan kepala melentok ke dinding dari sisi. Mulut bergerak membaca surah yaasin. Sesekali menyeka pipi dengan jari.

Dia duduk bersila lantas membuka buku kecil itu dan mencari ayat yang sedang dibaca.

Hati Irham terasa berat. Bagaikan dejavu. Dia merasai semula perasaan sewaktu majlis tahlil arwah mamanya.

Nyerinya dada kerana kehilangan. Dan kali ini, Armel yang melaluinya... Kerana dia.

Tidak lama, bacaan selesai sekali dengan doa. Tetamu semua bangun. Irham masih duduk. Tekad untuk berjumpa Armel.

Bila tetamu beransur pulang, Irham bangun dan melangkah ke pintu rumah. Armel terpandang akan dirinya.

Nazhan dan Nurul yang ada di sisi Armel turut ikut pandang. Nazhan laju menghampiri.

"Kau buat apa dekat sini?" Nazhan menolak tubuh Irham.

"Aku nak jumpa Armel." Mata Irham beralih pada sekujur tubuh yang berdiri tegak di depannya.

"Aku dah larangkan. Kau pekak ke apa?" Nada Nazhan tinggi.

"Abang Naz, tolong jangan kecoh. Hormat tahlil arwah ibu dengan ayah Mel. Abang dengan Kak Nurul balik la. Esok sekolah. Terima kasih sebab datang. Mel nak rehat." Armel terus pusing untuk naik ke biliknya. Langkahnya lemah.

Irham menghela. Memang patut pun Armel seakan tak nampak dirinya.

Nazhan ajak Nurul balik. Saat melangkah keluar, sengaja dia melangkah bahu Irham.

Nurul berdiri dekat dengan Irham.

"Aku harap kau... Tak jumpa dia atau dekat dengan dia."

"Aku cuma nak minta maaf..." tutur Irham.

"Sorry means nothing now Irham. There's nothing to fix anymore." Nurul berlalu pergi.

Irham mengetap bibirnya. Sekali pun Armel menolak atau Nazhan bangkang sekerasnya, dia tetap akan tepati janji yang tanpa sengaja termeterai dengan ayah Armel.

Cuma ini saja cara untuk tebus salahnya kepada gadis itu.

[C] My Girl [ EBOOK ]Where stories live. Discover now