• B a b 1 7 •

76 7 0
                                    

B a b 1 7 - K i s a h S i l a m

____________________

SETELAH selesai disoal dengan berbagai soalan oleh dua polis itu, Aiden Mikael terus menapak ke arah pintu bilik untuk beredar. Urusannya di situ telah selesai.

"Aiden" panggilku sekali. Thanks. Ujarku di dalam hati bagi menguji benarkah Aiden Mikael benar-benar boleh membaca fikiranku seperti yang dikhabarkan lelaki itu.

Aiden Mikael menghentikan langkahnya seketika sebelum menoleh, tepat memandang ke dalam bebola mataku. Senyuman halus diberikan sebelum langkahnya pergi meninggalkan aku keseorangan di bilik hospital ini.

Aku sejujurnya langsung tidak menyangka akan ada psychic yang berdekatan dengan aku, apatah lagi sama sekolah.

Tuk! "Nah air. Aku tak sure kau suka yang mana so aku beli je. Kau nak yogurt ke, susu ke, jus, or mineral?"

Bahu aku hampir terjungkit akibat tersentak dengan suara garau sedalam lautan itu. Aku menggaru perlahan tepi kepalaku. Asal harini dia lain ek? getus hatiku penuh kehairanan.

"Nak yogurt"

Ethan Adrian mengeluarkan yogurt daripada plastik besar itu dan menghulur yogurt itu kepadaku.

Aku dan Ethan Adrian masing-masing berjeda seketika sebelum lelaki itu memecah hening bersama soalannya. "Aurora. Siapa laki tadi?"

"Kawan baru" balasku acuh tak acuh.

"Aku tak pernah nampak pun muka dia dekat sekolah. Mana kau jumpa dia?" soal Ethan Adrian lagi sambil mengambil tempat duduk di kerusi sebelah katilku. Matanya tidak lepas dari mataku walaupun aku langsung tidak melihat ke arahnya.

"Dia yang selamatkan aku masa aku kena belasah dekat sekolah tadi. Aku pun tak tanya dia kelas mana tapi yang aku tahu dia form 5 sebab nametag dia colour oren" balasku dengan muka tidak bersalah.

"Kau ni, boleh tak jangan terus percaya orang yang kau tak kenal. Kau literally baru kenal dia tadi, kau dah terus kasi dia rapat-rapat macam tu dengan kau. Kau tak takut ke dia apa-apa kan kau?" bebel Ethan Adrian.

Aku menjuihkan bibir. "Sejak bila pulak kau suka membebel ni. Kau dengan aku pun tak rapat mana. So aku kena berhati-hati dengan kau juga lah kan? Tak adillah kalau aku kena hati-hati dengan dia je" balasku memerangkap kenyataannya tadi.

Ethan Adrian menyilangkan tangannya ke dada. "Ha tengok. Aku nasihat sikit dia menjawab. Tak kesahlah, aku ke, dia ke, lelaki mana pun kau kena hati-hati. Kau tak tahu ke lelaki ni bahaya. Macam musang"

Aku melirik ke arah raut wajah Ethan Adrian. Sebiji muka ayah-ayah sedang membebel!

Pfft! "Kau ni. Jangan risaulah. Dia tu okay je. Kalau tak kenapa dia selamatkan aku? Baik dia join dorang je kalau dia pun jahat"

Ethan Adrian mengecilkan matanya ke arahku. "Ada je dia ni menjawab. Ha kau back up lah dia. Kalau dia attack kau nanti jangan salahkan aku pulak"

Aku tertawa kecil. Terhibur dengan lelaki seorang ini. Sejak bila entah lelaki ini seekspresif ini. Sifat ambil berat dan suka menyakat itulah yang menghilangkan sunyi dalam hari-hari aku. "No worries lah. Kau kan ada" balasku menyakat dia.

"Hm" Ethan Adrian terdiam seketika sebelum mengiakan.

"Berapa lama kau admit?" soalnya lagi.

"Seminggu, Kalau doktor check keadaan aku makin okay, baru aku boleh discharge"

Ethan Adrian hanya mengangguk faham. Seketika kami berdua berjeda kembali sebelum bunyi ringtone kedengaran daripada telefon bimbit jejaka itu.

"Adrian! Adrian ponteng kelas ya? Cikgu call mama tadi. Adrian dekat mana sekarang? Balik sekarang" suara di hujung corong kedengaran amat tegas sebelum talian dimatikan.

Aku menjungkit kening memandang ke arah wajah gelisah Ethan Adrian. Aku tertawa kecil. "Kau pergi baliklah sebelum kena sebat dengan mak kau" bahanku kepadanya.

Ethan Adrian lekas bangun dari kerusinya dan berlari ke pintu. "Eh mana ada, bukan mak aku lah call tadi. Anyway, bye. Nanti aku datang balik" sangkalnya sebelum pecut meninggalkan hospital itu.

DUA jejaka yang memenuhi jadual harianku hari ini telah pun pergi meninggalkan aku keseorangan. Tiba-tiba mata aku terasa berat dan perlahan-lahan aku dibawa arus mimpi.

Aku mencelikkan mata dan melihat sekelilingku. Ini bukan hospital.

Prang! Bunyi sesuatu jatuh menyapa hujung corong telingaku. Aku terus membawa langkahku ke punca bunyi tersebut. Kelihatan dua figura sedang bertelingkah berdekatan tangga rumah agam ini.

"Ayumi! Kau sini! Kau memang anak tak guna! Kau memang sengaja nak tengok aku mati kan?!" suara lelaki separuh usia itu bergema di seluruh ruang rumah itu. Tubuh tegap dan berotot itu langsung tidak sepadan dengan umurnya yang sudah berusia 49 tahun itu. Bersama wajah bengis dia memegang tali pinggang di tangannya.

"Ayah, please! Ayumi tak salah! Ayumi langsung tak tahu yang ayah jual dadah! Bukan Yumi yang lapor dekat polis. Please ayah, percaya Yumi kali ni je" rayu gadis yang bernama Ayumi itu bersama esakan di hujung ayatnya.

"Kau memang anak tak kenang budi! Kalau bukan kau, siapa lagi yang pergi lapor?!" tengking lelaki itu sambil menghampiri tubuh Ayumi yang sedang menggigil ketakutan di hujung tangga itu.

"Yumi tak tahu! Bukan Yumi! Kenapa ayah tak percaya Yumi?!"

"Kurang ajar!"

Pang! Lelaki itu menampar pipi kanan gadis itu. Darah mengalir di tepi bibir gadis itu dek terlampau kuat tamparan yang diterimanya itu.

"Kau memang nak tengok aku matikan?! Aku mati, kau dapatlah semua harta aku ni kan? Sebab kau je anak aku. Eh, kau memang tak sepatutnya lahir lah! Aku menyesal ada anak macam kau! Anak tak guna!" seraya itu lelaki tua itu meninggikan tangannya bersama tali pinggang di tangan dan terus melibas belakang badan Ayumi yang menggigil ketakutan itu. Dia peduli apa, yang penting dia puas.

Aku menutup mataku kerana tidak sanggup melihat penderaan fizikal yang dialami gadis lemah itu. Aku menghampiri dua figura itu. Perlahan-lahan aku belai kepala Ayumi dan berkata "Ayumi, kau insan yang paling kuat aku pernah jumpa" bisikku perlahan di telinga gadis itu sebelum persekitaranku berputar-putar menjadi seperti acuan kek.

Ayumi memandang sekelilingnya sebelum air matanya mengalir semakin deras.

Psychic Queen's KingWhere stories live. Discover now