• B A B 1 2 •

984 88 12
                                    

B a b   1 2  -  H e r    A d d r e s s

—————

PAGI ini seperti biasa Ethan Adrian datang lambat lagi ke sekolah. Dia melangkah masuk ke kelas bersama wajah selamba. Yelah kan, pelajar kelas itu pun sudah lali dengan wajah dia yang asik datang lambat. Peminat-peminatnya pun sudah sedia maklum akan perangainya yang satu itu.

   Dia menuju ke tempat duduknya. Tetapi ada yang pelik hari ini. Perlahan-lahan dahinya berkerut. Mana Aurora?

   Segera dia memandang ke arah Arif Raffael. Ah, lelaki itu mana mungkin tahu mengapa Aurora tidak hadir hari ini.

   Dia terus mematah balik untuk ke luar dari kelas. "Eh, Adrian, you nak pergi mana?" soal Melinda yang entah dari mana datangnya.

   Ethan Adrian hanya buat-buat tidak dengar dan terus menuju ke kelas Naufal. Dia perlu tahu jika lelaki itu hadir atau tidak. Dia masih ingat yang Aurora Humaira keluar bersama Naufal semalam. Jika Aurora tiada, pasti ada yang tidak kena!

   Bersama wajah kerisauan dia menuju ke kelas Naufal, 5 Sc Lambda. Sedang dia berjalan, tiba-tiba dia terserempak dengan Rin Aqira. Rezeki!

   "Eh, Aqira. Kenapa Aurora tak datang hari ni?" soal Ethan Adrian laju bersama beg sandangnya yang sedikit terlucut ke hadapan. Panik betul ni tetapi riak wajah dicuba juga untuk kelihatan macho. Tidak mahu kelihatan beria-ia.

   "Hah, aku pun tak tahu. Dia tak whatsapp aku semalam. Tahu-tahu je tak datang. Asal kau tanya?"

   Kening Ethan Adriana semakin bertaut. "Kau tahu tak rumah dia kat mana?" soalan Rin Aqira dia abaikan.

   "Tahu. Nak buat apa?" Rin Aqira mengecilkan matanya yang sudah tersedia sepet itu.

   "Nak melawatlah... Mana tahu ada apa-apa jadi ke" dalih Ethan Adrian yang cuba menutupi nada kegelisahannya itu.

   "Hee... Kau ni sebenarnya kenapa? Suka dia ehh?" soal Rin Aqira diiringi dengan tawa kecil. Dia sudah mula dengan mood mengusiknya.

   "Merepeklah kau. Kalau dia cakap dia suka aku pun belum tentu aku suka dia balik" alah yela tu Ethan Adrian oii. Konon-konon jual mahal.

   Rin Aqira mencebik.

   "Eh, cepatlah. Kau tahu ke tak rumah dia kat mana?" desak Ethan Adrian. Seolah-olah tidak mahu Rin Aqira mengatakan 'tak, aku tak tahu'.

   "Dah kalau tak suka tak payahlah sibuk nak tahu rumah dia kat mana. Buang masa je. Wekk!" sejurus itu Rin Aqira terus jalan menonong meninggalkan Ethan Adrian yang terkial-kial itu. Aduh, menyesal pula cakap macam tu. Tapi tak kan nak cakap aku suka Aurora pula? Betul apa... Aku bukannya suka Aurora pun, detik hatinya.

   Tiba-tiba terpacul satu idea bernas di kepala Ethan Adrian. Dengan segera dia terus berlari ke kelasnya semula dan mendapatkan Fawwaz. Dia tahu yang Fawwaz agak rapat dengan Rin Aqira. Ini akan memudahkan kerjanya untum mendapatkan alamat rumah Aurora. Mengapa dia begitu bersungguh-sungguh? Entahlah... Dia amat risau akan keadaan Aurora sekarang ini. Adakah gadis itu selamat? Bermacam-macam persoalan terpacul di benak fikirannya.

   "Weh Fawwaz!" Ethan Adrian menggamit Fawwaz yang sedang berada di dalam sekumpulan pelajar lelaki yang sedang bergossip mengenai sesuatu itu.

   Fawwaz membuat isyarat meminta Ethan Adrian untuk menunggu sebentar sambil kepalanya terangguk-angguk mendengar gossip rakan sekelasnya itu. Khusyuk betul!

Psychic Queen's KingWhere stories live. Discover now