• B A B 1 0 •

2.2K 159 27
                                    

B a b 1 0 - S. U. N

—————

Atas ni cast Aurora Humaira ye guys. Dah fahamkan kenapa ramai suka dia. Hm aku yg perempuan tengok muka Aurora pon cair. But anggap she is not freehair la eh.

🐼 🐼 🐼 🐼

AKU dengan wajah sedikit pucat menoleh ke kiriku. Aku tidak pernah setakut ini dan lelaki itu berjaya menggoncang ketenteraman hatiku.

"Siapa yang sombong?" ulang jejaka itu.

Aku menoleh ke kiri dan ugh... Ethan Adrian rupanya.

"Ee kau ni, sebok je" balas aku kegeraman dan kembali memulakan langkahku.

Ethan Adrian masih tidak berputus asa. Dia menyaingi langkahku dan berjalan di sebelahku. "Kau boleh je beritahu benda yang kau tak boleh beritahu orang lain dekat aku" dia mencuba lagi.

"Tak, tak ada apa-apa. Pergi main jauh-jauh" halauku. Aku sendiri tidak mengerti mengapa benci sangat aku terhadapnya. Mungkinkah kerana dia try hard?

Ethan Adrian mengangkat kedua-dua tangannya lagak orang tidak bersalah lalu menghadiahkan senyumannya yang membunuh sebelum dia berlalu pergi.

Aku menghembuskan nafas lega dan memandang ke hadapan. Budak lelaki yang terlampau beku itu memandang sekilas ke arahku sebelum kembali fokus ke arah jalan.

Sesampai sahaja di perhimpunan, syukur ke hadrat Ilahi yang aku tidak lambat. Kalau tidak, mampus aku kena berdiri di tepi dewan dengan ramai mata memandang.

Usai sahaja majlis, pengacara majlis sempat berkata "diminta Aurora Humaira untuk tunggu sebentar selepas perhimpunan bagi berjumpa dengan Pengetua" dan sekarang semua murid memandang ke arahku dalam kiraan dua saat.

Aku mengekalkan wajahku yang tenang dan manis di khalayak ramai sehingga mereka semua naik ke kelas dan tinggal aku seorang sahaja di dewan bagi berjumpa dengan Pengetua.

"Assalamualaikum, cikgu" sapaku ramah bersama senyuman yang tidak lekang di bibir.

Encik Firhan membalas senyuman dan memulakan bicaranya. "Waalaikumussalam. How was your weekend? Is it okay?" soal Pengetua tenang.

"Yeah quite meaningful" padahal dalam hati, worst ever! Memenatkan aku sahaja dengan kes Dalisya diculik. Tetapi okay juga, dapatlah 500 ribu ringgit sebagai upah.

"Oh... I see. So macam ni, cikgu nak utarakan pendapat cikgu. Pasal Ethan"

Aku mengangkat keningku. Ethan Adrian? Apa kena-mengena dengan aku sekarang ni?

"Pasal Ethan? Hmm... Kenapa eh, cikgu?" aku harap Encik Firhan bukan menyuruh perkara yang bukan-bukan pula.

"Awak rapat dengan Ethan kan?"

Aku tergelak kecil mendengar soalan Pengetua. Rapat? Celah mananya rapat? Takkan disebabkan kami duduk bersebelahan dan sering bersilihan pendapat boleh mencetuskan istilah yang kami ini rapat?

"Not really, but he is okay for me... " meleret sahaja aku jawab. Tidak ikhlas.

"Okay, good. Sekarang ni macam ni. Ethan ni, sejak-semenjak ni I don't know what happened to him but his result drastically drop tau, Aurora. Daripada C ke Fail. Like almost every subject and sebagai Pengetua, it's really killing me. Kita ni sekolah kluster kecemerlangan, how can we keep student yang result macam tu. So untuk kekalkan dia dekat sekolah ni, cikgu nak mintak tolong awak sikitlah. Are you willing to help me and your friend, sincerely?" Pengetua sudah mula dengan kata-katanya. Oh, come on! Aku tak boleh tolak arahannya. Dia adalah guru kesayangan aku dan Pengetua kepada sekolah ini. Macam mana aku nak tolak? Dia ada kuasa veto terhadap aku, sejujurnya.

Psychic Queen's KingWhere stories live. Discover now