• B A B 1 6 •

91 7 0
                                    

B a b  1 6  -  I s a b e l l a

______________

NAUFAL menapak masuk ke dalam bilik khas yang menempatkan Mejar Rizal itu bersama telefon pintar di genggamannya.

"Kau duduk dulu dekat sofa tu" ujar Mejar Rizal yang sedang mengemas mejanya yang sedikit bersepah disebabkan fail-fail siasatan mengenai Smile Masker.

Beberapa minit kemudian, Mejar Rizal mengambil tempat duduk di sebelah Naufal bersama satu fail besar berwarna kelabu. Terdapat beberapa helai kertas yang sedikit terkeluar dek kekabutan yang sedang melanda mindanya. Kes Smile Masker masih belum menemui petunjuk yang dapat mengurangkan sedikit beban dan kegelisahan mereka.

Fail yang dipegang Mejar Rizal dihempas perlahan di atas meja berhadapan mereka. "Isabella, 22 tahun, berlatar belakangkan keluarga berpendapatan biasa hilang sejak tiga hari yang lepas"

Naufal mengambil fail dihadapannya dan menyelak helaian demi helaian. Berdarah campur, berkulit sawo matang, namun mempunyai ibu bapa yang berpendapatan bawah RM3,000. Sekaligus menyangkal teorinya dan Aurora berkaitan ciri-ciri mangsa yang diculik Smile Masker. Mereka sangka anak golongan elit sahaja yang diculik Smile Masker, tetapi ternyata tidak.

"Jadi, kau dah dapat any lead tak?" soal Naufal sambil terus membelek fail tersebut.

"Ada dua orang sahaja saksi setakat ni" balas Mejar Rizal bersama keluhan berat.

"Bagi aku info dorang. Aku akan selesaikan kes ni walau apa pun" minta Naufal seraya bangun dari sofa dan menuju ke pintu.

SETELAH puas dia menyoal keberadaan Aurora kepada Kak Siti di bilik rawatan sebentar tadi, dia terus menunggang motosikalnya laju menyusuri jalan raya ke hospital yang menempatkan Aurora. Dia menyumpah seranah dirinya sendiri kerana tidak berada di sisi Aurora ketika kejadian yang menimpa gadis itu terjadi. Dia berjaya melesapkan dirinya tanpa ditahan oleh pengawal keselamatan di pondok bersebelahan dengan pagar sekolahnya.

Sampai sahaja di parkir hospital, dengan segera dia menanggalkan helmet hitam dan jaket hitamnya sambil berjalan laju ke lobi hospital.

"Encik datang sini untuk apa ya?" soal petugas di kaunter hospital itu.

"Melawat, puan" Ethan menjawab sambil melipat kecil jaketnya.

"Boleh saya tahu nama pesakit?" soal petugas itu dengan senyuman sopan.

"Aurora Humaira"

Kelihatan petugas itu sedang menaip laju di papan kekunci hadapan komputernya sebelum membalas. "Alright. Encik boleh ke tingkat 3, bilik 4 ya".

Ethan Adrian mengangguk dan memberikan ucapan terima kasih sebelum menaiki lif ke tingkat 3.

Ting! Pintu lif terbuka. Kakinya menapak keluar dan matanya membaca nombor yang tertulis di setiap pintu di koridor itu sebelum menjumpai digit empat, iaitu bilik khas yang menempatkan Aurora.

Sebelum masuk, dia sempat membetulkan rambutnya di pantulan tingkap kecil di pintu bilik yang menempatkan Aurora itu. Sedang dia leka membetulkan rambutnya itu, dia baru terperasan susuk tubuh asing yang berada dekat dengan Aurora. Kenapa lelaki tu dekatkan muka dia dengan telinga Aurora? Dorang bisik apa? terpacul soalan itu di benaknya.

Tiba-tiba lelaki yang bersama Aurora di dalam ruangan itu menghalakan mukanya ke arah Ethan Adrian sebelum memberikan senyuman kepadanya. Entah kenapa Ethan Adrian merasa tercabar dengan senyuman itu lalu terus membuka pintu bersama raut wajah yang sungguh tegang.

AKU yang masih malu dengan tingkah laku lelaki bernama Aiden Mikael ini tersentak apabila pintu dikuak besar dari luar bilik. Ethan. Getus hatiku.

Ethan Adrian menapak laju ke arah Aiden Mikael bersama riak wajah yang tidak pernah diberikan kepadaku. "Kau buat apa ha dekat Aurora?" soal Ethan Adrian dengan nada tegas bersama cengkaman di kolar baju Aiden Mikael.

"Ha? Sembanglah. Takkan itu pun nak marah" balas Aiden Mikael bersama raut wajah selamba.

Ethan Adrian mendengus sebelum melepaskan kolar baju lelaki yang satu itu. Malas mahu membesarkan hal agaknya. Sejurus itu dia terus bergerak mendekati aku dan melihat satu per satu balutan yang ada di kepala dan badanku. Dapat aku lihat riaknya yang aku tidak sangka akan dapat lihat. Selalunya dia hanya menjengkelkan, tetapi entah mengapa kali ini renungannya membuatkan aku terasa dihargai dan diambil berat.

"Siapa?" ujar Ethan Adrian sepatah.

Aku menjungkitkan kening. "Siapa apa?"

"Siapa yang buat kau sampai macam ni?" dapat aku lihat Ethan Adrian sedang mengawal amarahnya kerana dia sedang menggenggam penumbuk di tangannya.

"I don't know" balasku sambil mengangkat bahu.

"Aurora, please" Ethan Adrian memujuk aku untuk beritahunya, dia fikir aku tipu yang aku tak tahu.

"Tak, aku serious tak tahu dan tak kenal. Tahu-tahu je dah kena aim dengan dorang" balas aku sambil mengangkat kedua tangan tanda menyerah.

Ethan Adrian mengeluh perlahan. "Please lepas ni jangan sorang-sorang. Kau tu kena ingat kau tu perempuan, lawa, pandai. Mesti ada yang suka atau tak puas hati dengan kau"

"Hah? Apa kau cakap?" mata aku terbuntang. Lelaki ni nak puji aku? Lambat lagi. Tapi ni tiba-tiba puji siap ambil berat lagi. Sangat luar biasa!

Ethan Adrian seperti tersedar dengan ujarannya tadi terus mengalihkan pandangannya. "Tak, kau tu kena pandai sikit jaga diri" dalihnya.

Pfft!

Aku dan Ethan Adrian menoleh ke arah Aiden Mikael. "Oops, sorry sorry" Aiden Mikael menekup mulutnya untuk menutupi tawanya dek kerana merasa geli dengan dialog Ethan Adrian di hadapannya itu.

Suasana berjeda seketika sebelum kedengaran bunyi ketukan di pintu bilik. Aku memanjangkan leherku untuk melihat identiti di luar pintu. Dua orang polis telah pun sampai bagi menyoal dan menerima kenyataan daripada saksi iaitu Aiden Mikael.

Aku berdehem sebelum menegakkan sedikit badanku. Tanpa disuruh, Ethan Adrian membuka pintu bagi memberikan ruang kepada polis-polis tersebut dan membawa dirinya keluar dari bilik itu. Sudah tentu dirinya tidak diperlukan di situ.

"Cik Aurora Humaira?" salah seorang daripada polis itu menyoal bersama kertas di tangannya yang kelihatan seperti borang itu.

"Ye saya"

"Dan encik?" soal polis itu kepada Aiden Mikael.

"Aiden Mikael. Saksi"

"Baik. Mari kita mulakan kalau Cik Aurora tak kesah"

Aku hanya mengangguk sambil melirik ke arah tubuh Ethan Adrian yang semakin hilang dibalik tembok luar bilik.


ETHAN ADRIAN yang sedang membeli air di kedai berdekatan lobi hospital itu masih memikirkan adegan di bilik Aurora sebentar tadi. Rambutnya diraup kebelakang dan dinding pipinya ditolak menggunakan lidah.

Psychic Queen's KingWhere stories live. Discover now