• B A B 9 •

1.6K 125 8
                                    

B a b 9 - T h e P s y c h i c s

—————

TAPAK sahaja ke dalam pintu utama rumah, aku menghalakan langkahku ke bilik Pak Ngah dan Mak ngah dan ternyata mereka sudah pun balik daripada menjaga saudara kami yang sakit. Awal sehari daripada yang dijanjikan.

Aku seperti biasa menyediakan air kopi untuk Naufal yang sering berjaga itu. Lagi pun, klu yang kami dapat masih belum diselesaikan, iaitu buku Sad.

Uncang kopi yang terletak di dalam bekas kaca aku capai dan aku letakkan ke dalam cawan. Sedikit gula aku gauli sekali bersama uncang kopi itu dan... Siap!

Sinki di bahagian kiri dapur itu menjadi hala tujuku. Pili paip ku putarkan agar air dapat dialirkan ke luar. Ketika aku sedang membasuh tangan, tiba-tiba telingaku berdesing. Ianya seolah-olah bunyi frekuensi kesan daripada geseran udara dan kapal terbang.

Bunyi itu seakan-akan memenuhi segenap ruang dapur itu. Tidak dapat tahan dengan desingan ini, aku menyengetkan kepalaku ke kiri kerana pelipis kepala terasa sangat sakit dan berdenyut. Aku cuba atasi rasa sakit ini dan seraya itulah bayangan yang entah datang daripada mana menyerpa kewarasan otakku. Situasi pada hari esok mulai terlayar di mindaku.

Seorang lelaki berambut coklat terang, bermata hazel akan datang ke sekolah aku. Namanya... Ahh! Aku tak dapat lihat, tetapi dia adalah budak baru.

Selang beberapa saat selepas bayangan itu, perlahan-lahan rasa sakit yang menjulang tadi beransur pulih. Meninggalkan mindaku dalam kondisi sedia kala.

Aku yang sudah terbiasa dengan keaadan sebegitu langsung tidak menghiraukannya dan kembali mengambil cawan yang berisi kopi tadi dan memulakan langkah.

"Hmm... Budak baru lagi. How boring" gumamku perlahan. Bukan apa, sudah 14 orang budak baru yang berpindah ke sekolah aku. Hampir kesemuanya lelaki dan hampir kesemuanya juga cuba untuk mendekati aku. Aku bukan ingin mengatakan yang aku hot atau pun apa, tapi aku rimas! Tolong jangan salah faham.

Aku spesies yang tidak reti buat kawan baru. Spesies introvert dan malas untuk memulakan bicara dengan orang yang aku tidak seberapa rapat. Aku pun tak tahu kenapa dengan aku. Weirdo, mungkin.

Sesampai sahaja di bilik Naufal, aku mengetuk pintu terlebih dahulu sebagai adab sebelum batang tubuh Naufal yang sedang duduk di atas kerusi 'belajar' itu aku dekati.

"Nah, kopi" aku menghulurkan cawan itu kepada Naufal.

Naufal menoleh dan tersenyum manis. "Thank you"

"Welcome" balasku dengan nada slenge bersama hidung yang dikembangkan.

"Meh, duk sebelah aku"

Aku membuat muka geli. Dari dulu sampai sekarang, dia asik melayankan aku seperti tuan puteri sahaja. Kadang-kadang rasa macam gedik pula aku ni kerana dilayan sebegitu.

"C'mon, penat dah berdiri time mission tadi kan, duduk cepat" suruh Naufal acah-acah tegas.

Aku memerhati ruang yang ingin diberikan kepada aku itu. Kecil sahaja. Mana muat! Dia tu lelaki yelah punggung kecil. Aku ni punggung mantap. Hahaha.

"Sanalah bontot kau tu, besar sangat" omelku bersahaja. Nak ajak duduk sebelah, macamlah besar sangat kerusinya tu. Baik aku duduk dekat katil je. Tapi kalau ditolak ajakkannya, merajuk pula nanti.

"Iye nak sanalah ni" seraya mengucapkan itu, Naufal mengetepikan sedikit badannya. Sampai duduk terkeluar sebahagian punggung dia. Aku tengok macam dah nak terjatuh je.

Psychic Queen's KingWhere stories live. Discover now