• B A B 2 •

2.9K 190 6
                                    

B a b   2  -  U n n a t u r a l    P o w e r

—————


"ASSALAMUALAIKUM Mak Ngah, Pak Ngah!" aku memberi salam sebaik sahaja pintu utama dikuak.

"Waalaikumussalam, Aurora! Balik pun. Penat Mak Ngah tunggu Aurora. Naufal dah lama tunggu Aurora balik" jelas Mak Ngah dengan tenang. Aku lihat, Mak Ngah sedang mengacau lauk di dalam kuali. Barangkali makan petang hampir siap.

"Mak Ngah, Pak Ngah mana?" soalku sambil berjalan menghampiri Mak Ngah. Hmm... Sedapnya bau masakan Mak Ngah! Tidak pernah menghampakan.

Mak Ngah menoleh ke sisi, tersenyum kepadaku dan berkata "Pak Ngah belum balik lagi. Hari ni kena hantar ke Seremban pulak. Jadi, Pak Ngah mungkin sampai rumah lambat. Kita makanlah dulu. Lagi pun Pak Ngah tu mesti singgah kedai makan punya. Perut dia tu mana boleh tahan tak makan" ujar Mak Ngah tergelak kecil di hujung ayat. Pak Ngah seorang pemandu van yang bertugas menghantar barang-barang dari syarikat bosnya, iaitu syarikat menjual karpet. Jadi, tugasannya selalu memerlukan dia untuk menghantar ke serata negeri. Memenatkan, tetapi kerja ini jugalah yang memberinya rezeki untuk menampung kami sekeluarga.

"Ouhh... Okay! Aurora panggil Naufal kejap ye" balasku sambil tersenyum.

Aku melangkah ke bilik Naufal, abangku. Hari ini Naufal ponteng. Dia malas hendak ke sekolah. Semudah itu dia berkata. Lupa, Naufal memang selalu mendapat kedudukan nombor satu dalam aliran tingkatan. Jadi, hendak datang sekolah ke, tak nak datang sekolah ke, suka hati dia aje. Sudahlah tu tahun ini Naufal bakal menduduki SPM. Senang-lenang sahaja lelaki ini aku tengok.

Sesampai sahaja di hadapan pintu biliknya, aku memberikan tiga ketukan. Namun, pintu biliknya masih belum dibuka. Aku tidak dapat bersabar, aku terus melangkah masuk ke dalam bilik Naufal tanpa izin.

"Ya Allah... " aku terkejut melihat keadaan bilik Naufal. Bersepah! Lelaki ni memang nak kena bebel dengan aku agaknya, getus hatiku kegeraman. Sampai sahaja mataku pada bibir katil, lagi terbuntang luas biji mataku. Serasa bagai biji mata hendak terkeluar dari soketnya.

Macam manalah aku boleh tak terkejut, pandang-pandang sahaja, posisi Naufal di hujung katil itu adalah dalam keadaan kepala mencecah lantai manakala kaki masih di cadar katil. Dengan dengkuran kuatnya lagi. Mashaallah, lelaki ni! Itu belum lagi disebut mengenai mukanya. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa buruknya muka kacak Naufal ketika ini. Tiada ciri-ciri bakal suami pun abangnya seorang ni. Tidur mati pula tu!

"Naufal! Bangun! Aku dah balik ni" jeritku sedikit kuat untuk mengejutkan Naufal dari mimpi entahkan buruk atau indah itu.

Terdengar sahaja jeritanku, tersentak abang aku. Bahu Naufal terhinjut sedikit akibat jeritanku yang boleh tahan pekik itu. Naufal segera mengangkat kepalanya yang melurut ke lantai itu dan bertukar ke posisi duduk bersila. Dia menenyeh-nenyeh matanya sambil menguap luas. Tak senonoh betul lelaki ni.

"Eh, adik! Balik pun kau, hehehe..." sapa Naufal kemudian berdiri di tepi katil. Dia masih tercegat di situ. Tidak tahu sama ada hendak mandi atau makan. Aku seperti biasa memeluk tubuh dan menggeleng-geleng kepala kalah nenek tua.

"Kau pergi mandi. Busuk kau tahu. Entah berapa harilah kau tak mandi ni" arah aku tegas walaupun terselit sedikit gurauan. Acah-acah mem besar pula kan! Hohoho...

Naufal mencebik lalu mencampak bantal busuknya ke arahku. Aku tidak sempat mengelak, hanya sempat terima balingan bantal busuknya itu sahaja. Aku hanya mengetap bibir lalu tersenyum. Banyak senyum pulak aku hari ini.

"Eh, aku nak cakap benda penting ni. Lama aku tunggu kau balik, kau tahu! Kayuh basikal macam mak nenek. Penat aku tunggu, sampai tertidur aku" bebel Naufal. Dia masih belum melangkah masuk ke tandas walaupun tuala mandi sudah bergayut di bahunya.

Psychic Queen's KingWhere stories live. Discover now