• B A B 1 •

3.8K 243 19
                                    

B a b  1 - W h i z z k i d

—————

AKU berjalan masuk ke dalam kelas bersama beberapa buku subjek matematik tambahan yang tidak seberapa tebal. Beg sandangku juga tidak dipenuhi dengan buku-buku teks yang hanya akan membebankan aku. Aku cuma penuhkan beg sandangku dengan dua buku catatan dan pencil box. Itu sahaja sudah memadai. Kerana... Mengapa aku perlu bawa buku tebal-tebal sedangkan aku boleh faham sendiri?

Kelas yang riuh-rendah sebentar tadi terus bertukar menjadi hening. Yang kedengaran hanyalah bunyi kipas di syiling. Aku memandang wajah satu per satu murid di kelasku dengan senyuman manis.

Ah, sudah! Diorang suka buat macam ni bila aku masuk kelas. Stress aku. Aku bukannya siapa-siapa kalau hendak dibandingkan seperti guru disiplin. Masuk kelas sahaja terus senyap.

"Assalamualaikum cikgu, sorry saya lambat" ucap aku sebaik sahaja Cikgu Zafi memandang aku atas bawah.

Aku pandang ke dalam anak mata Cikgu Zafi dan aku tersenyum nipis. Cikgu ini sedang hairan mengapa aku masih pandai walaupun aku selalu datang lambat. Lawak.

"Tak apa kan cikgu kalau saya datang lambat? Sebab saya masih bagi credit score kepada cikgu. Tak adalah Encik Firhan bising dekat cikgu" ujar aku selamba seolah-olah tidak memahami pandangan Cikgu Zafi. Oh, Encik Firhan itu adalah Pengetua sekolah aku.

Cikgu Zafi mengerutkan kening. Kali ini dia sedang hairan bagaimana aku boleh membaca fikiran dia. Ingin sekali aku bantai gelak di situ. Tidakkah dia tahu pandangannya itu jelas sekali menunjukkan rasa hairannya?

Satu kelas memandang wajahku dengan pandangan aneh. Oh, aku lupa! Aku seorang sahaja yang boleh membaca minda orang. Maaf.

"Betul tak apa yang saya cakap tadi tu cikgu? Kenapa cikgu senyap" aku menghadiahkan senyuman lebar.

Cikgu Zafi memeluk tubuh dengan wajah serius dan tiba-tiba senyuman juga terbit di bibirnya. "You may sit. Class, we proceed topic tadi. So setakat ni ada yang tak faham?"

Aku berasa lega. Tidak perlu lagi aku menghadap wajah slenge Cikgu Zafi. Aku melabuhkan punggung di tempat dudukku. Kepalaku aku tolehkan ke kiri. Eh, tak ada pula lelaki perasan ni. Tak datang ke?

"Okay, so kita proceed to topic inverse. So how to find..."

Drap! Drap! Drap!

Bunyi derapan tapak kaki seorang lelaki yang sedang berlari kedengaran kuat di tingkat itu. Dan tiba-tiba pintu kelas ditolak kasar.

"Cikgu, sorry saya lambat!" sampuk seorang pelajar lelaki dengan nada suara termengah-mengah. Pelajar tersebut menghampiri tubuh cikgu dengan wajah keresahan. Peluh dari dahinya meleleh dan menitis ke bahu. Habis bauan minyak wangi berjenama mahal itu bercampur dengan bau peluhnya. Geli.

Cikgu Zafi ini adalah seorang guru yang tegas, jadi wajarlah untuk dia berasa takut. Sejurus itu, Cikgu Zafi memusingkan badan dan wajah Ethan Adrian menghiasi retina matanya. Budak ini lagi. Kalau bukan Aurora yang buat hal, mesti Adrian. Tiada orang lain ke?

"Kau lagi. Kali ni apa pula alasan kau datang lambat?" soal Cikgu Zafi penuh sarkastik.

Semua pelajar senyap. Banyak pula drama yang mereka tonton secara percuma untuk hari ini. Qeesha yang masih pening untuk menjawab soalan matematik tambahan itu juga turut terhenti. Baiklah, kali ini Cikgu Zafi pasti akan mengamuk.

"Macam ni cikgu, parents saya tak boleh hantar pagi tadi. Jadi saya nak naik bas, tapi saya tertinggal bas. Jadi saya naiklah uber. Jalan jam pula. Sebab tu saya lambat cikgu" jelas Ethan Adrian dengan bersungguh-sungguh.

Psychic Queen's KingWhere stories live. Discover now