• B A B 3 •

2.2K 174 12
                                    

B a b   3  -  G a g a p

—————

PAGI ini aku dan Naufal bertolak ke sekolah bersama-sama dengan menaiki basikal. Naik basikal masing-masing. Pukul 6.30 pagi kami sudah bertolak dari rumah kerana sekolah kami boleh tahan jauh juga dari rumah.

"Next week aku wakil basketball peringkat antarabangsa untuk sekolah. Doakan team aku menang tau"

Aku menoleh ke arah Naufal dan dia mengerdipkan matanya. Ew.

"Nak aku datang sana ke support kau?" sudah menjadi kebiasaan apabila salah seorang dari kami mewakili sekolah, salah seorang daripada kami pasti akan datang untuk memberi sokongan. Boleh dikira, kami ini adik-beradik yang paling tidak banyak bergaduh. Saling memahami. Mungkin masa silam yang mematangkan kami.

Naufal senyum. "Of courselah! Kalau kau tak ada, macam mana aku nak menang. Tak ada semangatlah aku nak lawan" sengih Naufal. Tak tahulah sama ada dia membodek ke apa.

Oh, lupa nak beritahu. Abang aku, Naufal antara jejaka hot juga di sekolah. Salah satu sebabnya adalah kerana Naufal adalah salah seorang ahli dari The 5 Hot Shots iaitu nama team yang mereka sendiri reka bagi kumpulan bola keranjang mereka setelah berkenalan di peringkat kebangsaan.

Pada mulanya mereka memang sudah popular di sekolah masing-masing disebabkan ketampanan mereka. Tetapi setelah kelima-lima mereka menang bagi peringkat kebangsaan, nama The 5 Hot Shots terus meningkat naik di sekolah kami. Makanya, Naufal terus menjadi nama hangat di sekolah kami. Macam teen life drama dekat netflix pulakan?

Bukan itu sahaja, followers Naufal di Instagram juga sudah mencecah 700 ribu. Manakala Instagram The 5 Hot Shots pula adalah 1 juta. Mereka sekarang sudah semakin popular apabila wajah mereka acapkali keluar di surat khabar halaman sukan.

"Wakil kat mana pula kali ni?" aku fokus mengayuh basikal.

"Thailand"

Aku tersenyum lebar. "Waaa untunglah kau"

"Kau pun untung jugak, dapat ikut aku"

Aku terus menoleh ke arah Naufal. Dia mengangkat keningnya dan tersenyum lucu apabila melihat muka terkejutku.

"Kau serius lah?!"

"Betul... Tak tipu. Cikgu tak ikut, so ada lagi satu tempat kosong untuk kau. Nanti aku dengan team aku berkumpul dulu dekat airport, then ada consultant yang akan ambil kitorang dekat situ. So cikgu-cikgu just hantar sampai airport je" terang Naufal terperinci.

"Ouhhh... "

"So aku dapatlah support kau! Lepas tu kita jalan-jalan okay?" aku teruja. Inilah kali pertama kami keluar negara setelah kematian ibu bapa kami.

"Okay, set!" Naufal juga teruja. Manis sahaja wajahnya.

Sesampai sahaja di hadapan pagar sekolah, aku dan Naufal terus meletakkan basikal kami di tempat khas basikal yang sekolah telah sediakan.

"Fewwittt... Sweetnya pergi sekolah sama-sama" sakat Amar, salah seorang kawan rapat Naufal.

"Otak kau"

Aku tergelak kecil sahaja sebelum melangkah masuk ke perkarangan sekolah.

Pelik tapi benar, hanya orang yang rapat dengan aku dan Naufal sahaja yang tahu akan status pertalian darah kami. Bagi orang asing, mereka akan fikir bahawa kami adalah pasangan bercinta. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi Amar cakap sebab muka kami langsung tak sama. Macam itik dengan ayam (kurang ajar dia tu). Agaknya sebab itulah orang tak pernah terfikir kami adik-beradik. Walaupun nama bapa sama. Pelik...

Psychic Queen's KingWhere stories live. Discover now